Rabu, Oktober 29, 2008

Bulan jauh, kalau nak pergilah petik sendiri.

'Kanda. Dinda terpegun dengan keindahan purnama malam ini.'

'Yeah, so?'

'Ingatkah kanda dulu pernah cakap, kanda sanggup seberangi lautan api, menyambung buluh meninggi ke langit agar dapat dikaut bulan dan bintang?'

'Oh, itu.'

'Ya, itu. Dinda mahukan bulan itu.'

'Err..Dinda salah konsep ni.'

'Konsep apa duhai kanda?'

'Tentang lautan api. Itu cuma kiasan yang juga promosi kepada industri pelancongan tempatan seperti yang kanda Google dulu untuk perancangan berbulan madu kita.'

'Dinda tak mengerti.'

'Apalah payah benar kau ni. Ini ha!'

'Tak perlu tinggikan suara wahai kanda. Bagaimana pula dengan "kan ku petik bulan dan bintang"?'

'Kenapa pula dengan itu? Kanda cetek astronomi.'

'Dinda enggakkan bintang. Ia kecil. Dinda kan rakus, mahu yang besar-besar sahaja. Jadi, berikan dinda bulan. Sekarang jugak!'

'Tenang dinda. Berkenaan bulan. Ada mesej subliminal sebalik ungkapan pasca mabuk tapai lepas majlis akad nikah tempoh hari.'

'Apakah yang tersirat kanda?'

'Yang tersurat aku mabuk. Yang tersirat, kau termakan kata-kata aku. I got lucky. One thing lead to another. Sudahlah. Pergi tidur. Melayan kau berceloteh sampai Subuh minggu depan pun tak habis.'

'KANDA!!!'



Terus terang, aku nak jadi macam lelaki yang digelar kanda pada dialog Sepurnama Selepas Nikah di atas. Minus the nikah part.