Ahad, Oktober 26, 2008

Sayangku intan payung. Haha.


Bukan sos soya itu ya. Kicap juga adalah salah satu kerja. 

Petikan dari Kamus Dewan edisi ketiga.

kicap I kicau

kicap II benda cair yang hitam warnanya dibuat daripada air kacang soya dan garam
___

Kini aku dah ada haiwan peliharaan baru. Juga tak payah keluar duit sebab orang bagi. Memperkenalkan Gunter. Sebut ikut sebutan orang Melayu. Gun as in terpegun manakala ter as in helikopter.

Gunter adalah dari spesis, seperti yang disebut nenek aku, burung keling. Tapi setelah aku semak di internet, nama burung tersebut adalah burung kekek keling atau nama saintifiknya aku sendiri tak tahu. Ensiklopedia burung aku dijilat api satu masa dahulu.

Memang cantik warna bulu pelepahnya. Hijau gelap dan jika dipusingkan pada darjah tertentu, warna hijau tersebut akan bertukar hitam. Fenomena subliminal-lah sangat itu sama seperti kita tengok baju Melayu/kurung yang dwi warna.

Pagi tadi selepas aku pulang dari pasar tepi lautlah aku dapat Gunter. Jerat burung wak wak yang dipasang abang ipar aku tersangkut Gunter. Memang malang nasib dia sebab 5 minit selepas aku bagi nama kepada Gunter, kakak-kakak serta mak aku mula membincangkan perihal lauk apa yang sedap dibuat dengan daging burung.

Salah seorang kakak aku siap cari resepi.

Setelah kematian mengkarung yang aku bagi nama Sullivan beberapa bulan yang lepas, aku memang dah malas nak bela binatang pelik. Tapi hari ini disebabkan aku terkesima dengan keindahan bulu hijau dan mata merah saga Gunter, aku terus berminat semula untuk bela binatang pelik seperti katak bulan, misalannya.

Gunter kini pasrah dengan apa saja yang mendatang. Jika tak disuakan pisang, pisau. Tapi jangan risau Gunter, selagi kau belum boleh sebut 'Yo momma so fat' akan aku cuba sedaya upaya menghalang segala jenis objek tajam yang ditujukan kepada kau.

Kita akan jadi duo trash talkers paling hebat dewasa ini. 

Read em' and weep.