Sabtu, Oktober 25, 2008

Ini baru satu, ada banyak lagi.

Tak semua hari aku dapat pergi ke gimnasium. Maka ini akan melambatkan lagi proses pertumbuhan otot-otor kencang lagi mapan di segenap pelusuk tubuh aku.

Jadi aku ingat adalah lebih menyenangkan jika di rumah aku sendiri ada kelengkapan seperti di gimnasium. Dan setelah menghabiskan masa seorang jurujual di kedai alatan senaman selama sejam, aku berkeputusan untuk bina sendiri benda-benda yang merepek mahalnya.

Aku nak kahwin ni, nak simpan duit. Bah! You wish.

Ada benda lain aku nak buat dengan duit, tiada kena mengena dengan urusan berumah tangga.

Aku budak lagi.

Ok, I think that's enough.

Ada kerusi kayu panjang yang tak digunakan sebab kaki dia dah patah. Notice ada kepingan logam hitam berskru pada kaki kerusi tersebut. Aku skru balik. Agak kukuh tapi dapat menampung seorang saja pada 1 masa. 

Kemudian aku cari bangku meja solek. Dah bersawang tapi dalam kondisi yang baik. Akhir sekali sebuah bangku yang sederhana tinggi. Aku stack em all sampailah jadi macam figura di atas sana.

Perhatikan perbezaan antara papan incline yang sebenar-benarnya dengan papan incline yang aku buat sendiri. Of course rekabentuk papan aku lebih eksotik tapi paras kecondongannya tidak begitu memuaskan.

Kenapa?

Kerana jika menggunakan papan incline yang betul, perut aku akan senak bila mencapai sit-up yang ke-15 manakala rekaan aku memerlukan sit-up yang ke-25. Tapi aku rasa rekaan aku lebih efektif kerana aku kena buat 25 kali baru sama dengan 15. Aku berhenti bila senak. 

Senak 15 dan senak 25. Mana yang lebih banyak menggunakan tenaga?

Do the math.

Baik. Aku nak buat sesi yang ke 5 untuk hari ini. Setiap sesi consists of 25 sit-ups. Sekali lagi, do the math.

Tolong percaya kerana aku penat menipu.