Bagaimana mahu musnahkan sepenuhnya industri tersebut?
Dulu Napster kasi orang percuma, sekarang FireFox dengan add-on tertentu boleh menjadikan komputer kamu sebuah gedung muzik gigantik. Dengan percuma. Tak adalah percuma mana sebab bil internet kena bayar juga but that's not my point.
Video DownloadHelper ini bukan sahaja sekadar perisian memuat turun video bahkan lagu dalam apa sahaja format.
Dan ianya hanya boleh digunakan pada FireFox, setahu aku lah.
Sesudah proses memuat turun, dan setelah kamu restart FireFox akan ada satu butang berikon bola tiga biji di hujung address bar. Butang itu kalau ada fail multimedia pada laman web yang kamu lawati, nescaya berpusing-pusinglah bebola tersebut. Jika masih kabur jangan risau, akan aku sertakan diagram untuk memudahkan kamu.
Bercakap tentang laman web berasaskan multimedia, aku mengesyorkan, lantaklah kamu mahu ikut atau tidak, Project Playlist. Aku suka cari lagu-lagu lama dekat sini sebab aku suka dengar lagu lama. They help me to get better sleep.
Macam ada benda yang kurang pula. Oh, diagram. Behold,
Nanti dah dapat lagu yang kamu mahukan, sila biarkan ia main untuk seketika. Kasi itu bola pusing lama sikit dan klik pada anak panah di sebelah kanan butang tersebut. Jangan klik pada bola. Aku dah besarkan pun ruangan tersebut. Pandai-pandalah kamu sesuaikan lokasi sasaran simpanan fail. Jangan rename fail semasa kotak tetingkap Save As muncul. Langgarlah pantang larang, kena tulah baru tahu.
Tiada sial, keluarga kamu takkan dilanda pandemonium selama 7 keturunan, anak dalam kandungan takkan persis seekor mengkarung bila tiba masa bersalin kelak. Cuma fail atau lagu tersebut tak dapat dimainkan dalam pemain audio. Itu sahaja.
Ada juga metod lain yang menggunakan konsep pengekstrakkan fail seperti yang ditawarkan oleh IDM. Aku pakai lama juga IDM sampailah satu ketika Norton mengklasifikasikan patch .exe nya sebagai Trojan Pintu Belakang.
Banyak orang cakap Google Chrome bagus. Bagus celah punggung siapa yang bagus? Harapkan cepat load halaman sahaja, mesin pencetak aku lagi cepat mencetak dokumen berbanding page load di Chrome. Sudahlah copy paste pakai tetikus tak boleh guna.
Namun yang demikian, entri ini ditaip menggunakan Chrome sebab cepat load. FireFox lembab sikit, almaklumlah dengan add-ons sana sini, mahunya tak lembab?
Dah. Selamat ber-intercourse.