Itu sahaja yang dibualkan. Baik di kantin, tandas, belakang kelas, celah pepohon rendang, padang mahupun di gelanggang bola keranjang cum bola baling.
Jadi, bagaimana mereka boleh menguasai 5(ini yang paling tinggi) peratus ilmu pengetahuan yang hanya boleh dipelajari dalam kelas sedangkan mereka buat kelas itu sebagai stor simpanan beg dan tempat pembuangan sampah bersakala besar?
Jawapannya adalah pembelajaran di luar kelas.
Tapi di mana?
Siapa yang tukang ajar?
Seperti yang aku taip pada entri Mula, guru yang terbaik adalah diri sendiri. Ayat pertama. Perenggan pertama.
Dan seorang guru itu memerlukan tempat untuk mereka mengajar. Dalam erti kata lain, sebuah bangunan. Well, asalkan tempat itu berbumbung sudah memadai.
Itu baru dari sudut tempat, belum lagi alatan pembelajaran. Faktor kewangan lagi. Fasiliti apa cirit.
Jadi bagaimana mereka ini turn out to be orang yang berpendidikan tapi tidak terima menerima pendidikan secara formal?
Ianya bermula di sebuah pusat snuker. Not a fancy one, just a plain dirty snooker center.
Ingat, di tempat aku inilah sekolah. Dan gurunya adalah individu itu sendiri. Most of them are men. Women are there for the karaoke machine only.
Tunggulah bila aku betul-betul senang, akan aku feast your eyes dengan bantual visual bagaimana situasi sebenar pedagogi subdivisyen.
But for now, I'm gonna go lie down.