What are you, idiot?
Sudah semestilah nama ikan tersebut arapaima gigas. Sebesar-besar ikan air tawar yang boleh dijumpai di Amerika Selatan sana dan di sini, akuarium saiz colossal dan kedai haiwan perliharaan akuatik.
Bantuan visual:
Aku paling benci dengan ikan saiz besar sebab aku fobia dengan kewujudan raksasa air seperti Nessy, Ogopogo, Leviathan, Naga Tasik Chini(haha) dan beratus lagi yang tersenarai di sini.
Benda-benda sebesar bulldozer adalah creepy. Mereka makan orang for a living. Damn straight.
Lebih-lebih lagi mereka ini duduk menghendap dalam tasik atau air dalam dan menanti habuan seperti manusia bangang yang pergi berkayak tengah-tengah tasik atau berenang sampai ke tengah laut.
Next thing you know, Speedo sighting.
Ikan yang depan mata aku tadi, dengan penuh eksagerasi, besar sebuah van.
Yang aku nampak 4 ekor van, eh, ikan sedang ber-sunbathing tanpa bergerak seinci pun. Pada mulanya aku ingatkan semua dah mati sebab masing-masing yang ada kena mengena dengan kedai itu takut kena baham masa nak bagi makan. Sedang minat untuk mengikis fobia aku pada haiwan akuatik gigantik mula tawar, macam dia dapat baca saja apa dalam kepala otak aku, dan-dan dia bergerak.
Seinci. Patutlah senang kena tangkap. Malas nak bergerak rupanya.
Terus menggeletar kepala lutut aku. Seram sial. Manalah tahu datang hantu ikan tersebut lapar orang, dia langgar dinding kolam yang beranggaran setebal 10 inci sampai pecah lalu gigit aku sampai putus dua. Hish, seram sial.
Bergegas aku dan Otto mengalihkan minat kami ke haiwan yang lebih kecil, berbulu tebal dan tinggal di darat dan makan sayur dan buah-buahan saja. Ada satu haiwan marsupial yang saiznya lebih kecil daripada sebotol deodoran jenis roll-on tapi mengeluarkan bunyi seperti enjin bajak.
Keluar sekejap roh aku dek terkejut.
Aku cari dari mana datang bunyi tersebut. Dari bawah surat khabar. Aku selak ada 2 ekor entah tikus entah tupai yang menyorok di bawah helaian surat khabar di dalam sangkar.
Ni kalau terpicit kuat sikit mahu terkeluar esofagus dari mulut dia. Bosan dan mual dengan persekitaran kebinatangan, kami bergegas pergi mengikut mana angin mahu bawa.
Berterima kasih kepada Otto, seorang teman yang membawa aku ke kedai haiwan perliharaan daratik(I just made this shit up) dan akuatik tersebut.
Sebab kaulah aku susah nak tidur malam ni. Pejam mata sikit terpapar imej aku dibaham arapaima bigass.