Ahad, November 16, 2008

Halusinasi? Lebih kepada menghampiri cahaya putih adalah.


Entri ini khusus untuk peminat Grey's Anatomy sahaja.

Sebelum aku rosakkan mood kamu untuk mengikuti episod seterusnya dalam musim kelima ini, ingin aku ajukan 1 soalan.

Who's the hottest surgeon there is? In that story of course.

Jika kamu terfikirkan Dr. Montgomery Shepherd, think again. Ya, dia hangat tapi itu cerita lama. Belum tentu lagi akan ada kemunculan semula dalam episod yang mendatang.

Bercakap tentang muncul semula, ada 1 watak yang muncul semula recently. Watak yang sepatutnya telah dieradikasi tapi ia tetap muncul semula. Watak yang telah mati, Danny Devito.

Musim kedua, episod-episod penghujung, Danny melamar doktor yang paling hot, Dr. Isobel Steven. Dr. Steven cuba dapatkan jantung untuk Danny dengan cara kotor iaitu dengan memotong wayar LVAD, yang hingga kini aku masih ragu fungsi dan akronim kepada apa.

Long story short, Danny bertunang dengan Dr. Steven and he died soon after that. Boo hoo!

Ok, sila perhatikan gambar di bawah:

Familiar? No? Yes? 

Itu sedutan dari episod 6 dan 7 musim kelima. Penampakan sosok tegap dan berbulu(chanelling Entiti Indonesia punya narator) itu sikit pun tidak menggoncangkan rasa takut Dokterr Isobel. Kenapa ya?

Dan Danny itu udah enggak bernyawa, tapi mengapa Dokterr Isobel mampu menyentuhnya? Bukankah Danny itu si mati? Bukankah si mati itu hanya boleh datang dalam bentuh roh sahaja? Bukankah roh itu ekstoplasma? Bukankah plasma itu gas? 

Mana boleh usik gas. Gas tak ada bentuk. 

Jadi, Dr. Steven ni dah kenapa? Jawapannya ada dalam figura di bawah:

Macam mana aku tahu? Entah. Aku main sebat je. Kalau betul-betullah, kalau salah-salahlah.