Akhirnya aku pilih nama yang diberikan House kepada tikus yang ditangkap di attic rumah Stacy.
Dan disebabkan kucing di atas berjantina betina, aku namakan dia Stephanie McQueen. It's still rhymes. Got some power flow innit.
Aku dah bagi macam-macam produk makanan industrial pada Stephanie McQueen. 2, 3 hari dia layan. Masuk hari seterusnya, terus dia pandang pun tak nak.
Jadi dalam beberapa bulan ini, Stephanie McQueen telah merasai variasi makanan kucing yang kalau nak diikutkan telah melebihi variasi makanan yang pernah aku hadam.
Dan jika tradisi 3 hari sekali bersalin makanan ini diteruskan, maka aku akan end up kopak di suku pertama setiap bulan. Bukan klise, tapi she once ate a cheeseburger for fuck's sake.
icanhascheezburger, anyone?
Oh my, how pathetic.
Dulu maa aku kecil aku ada bela banyak kucing kampung. Mereka makan ikan kembung rebus yang digaul bersama nasi putih. Sesekali, aku selangkan dengan ikan keli. Yang itu aku tak gaul. aku letak seekor terus atas nasi. Saja nak tengok reaksi mereka. Ikan keli somehow resemble a snake.
Kucing takut ular, get it?
Mereka main acah-acah. Cakar-cakar, gigit-gigit, kuis-kuis and in the end, nasi tak berusik, ikan keli tersebut masuk dalam tong sampah sebab dia tak nak makan.
So, back in present.
Aku cubalah resepi turun temurun buat makanan kucing.
I thought, what the hell, kalau tak jalan juga, nasiblah. Aku bahagia tengok orang lain bahagia disebabkan kebahagiaan itu tidak membahagiakan aku. What the fuck yang aku taip?
Tidak diduga, selepas seminggu, Stephanie McQueen kini ketagih dengan ikan kembung rebus. Belum sempat aku nak gaul dengan nasi, dia dah terjah dalam lesung.
I have a bad feeling about stuffing her with too much protein. Takut mati sebab kecacingan, sama seperti episod pengkebumian mini yang lepas-lepas.
Vet? I'm not a gold digger.