Sabtu, November 29, 2008

Aku aktif. Kamu?


Mata meliar ke kiri ke kanan. Udara di sedut dalam-dalam. Rokok dinyalakan. Masih lagi khuatir dengan kehadiran mereka yang tak diingini. Seluar katuk yang jadi peneman setia setiap pagi dan petang itu dilabuhkan di bawah paras punggung.

Di sebalik bongkah-bongkah batu yang setiap daripadanya menyamai saiz 2 buah van yang dipateri bersama secara atas-bawah, I took a stock of the life dan kaboom. Bau macam sial, I never thought nasi beriyani boleh berbau sebegitu rupa setelah dihadam dan tercerna. Aku tak tahu sebab baru semalam aku mencuba nasi beriyani buat pertama kali dalam hidup aku.

Aku benci nasi beriyani. It makes you fat. Faster.

Dan aku juga benci kepada ruangan memori otak aku yang semakin menyempit sejajar dengan peningkatan usia. Jangan sesekali buat sebarang aktiviti kardiovaskular sebelum ada bowel movement kerana semua sebab akan disambungkan kepada satu penghujung; ditemui mati sesak nafas dalam keadaan bogel/separuh bogel-tanpa seluar dan tompokan najis terpalit di beberapa bahagian tubuh.

Aku terpaksa. Dah sampai 1 tahap ketakselesaan muktamad. Kematian jijik di atas adalah worst case scenario dan hanya akan berlaku jika aku buang air besar di persekitaran berkurung i.e. jamban.

Sedang aku meneran, tiba-tiba,

'OOOOUUCCHHH!! MOTHERFUCKER!'
Rupa-rupanya Mother Nature hantar siluman yang memakai suit hitam-merah untuk memberhentikan aku dari terus mengotorinya dan memaksa aku berjalan lagi 10 kaki untuk ke tempat yang dibina khusus agar hasil tinjaan itu dapat diproses, dirawat, disalur dan diguna semula dan dikenali sebagai air yang mengalir dari pili air.

Pada mulanya aku nak pijak dan sambung semula hajat yang terbantut hinggalah ke beberapa saat terakhir aku nak meratakan dia dengan tapak kasut. Aku rasa aku dapat dengar bisikan halus yang datang dari arah semut gigantik itu yang berbunyi sebegini, 'get the fuck outta here before me and my peeps bite your testicles off.' 

Ok, I feel threatend by an ant dan aku sayang benda yang terkandung dalam kerandut aku. Pablo dan Consuela mempunyai peratusan yang tinggi untuk bagi aku duit pada kehidupan aku yang mendatang dalam fantasi aku terdampar di negara orang without a job and money. Di mana Pablo dan Consuela boleh bagi sehari lagi untuk hidup dengan makan minum yang cukup dan tempat berteduh yang suam? Jawapannya: di bank sperma. 

I named my nuts, don't you get it?