Aku tanya kenapa dia riang semacam.
Dia senyum.
Aku garu kepala.
Dia masih lagi tersenyum.
Aku masuk bilik pasang Test Switch Isolator.
Dia ketuk pintu bilik aku. Masih lagi mengetuk sedang perenggan ini ditaip. Banyak juga ayat-ayat yang tak sedap telinga mendengar terpacul satu demi satu dari mulut dia.
Aku perlahankan volume, aku cuba cari lagu-lagu klasik Melayu.
Tak ada.
Masih lagi kedengaran suara kurang enak.
Astrud Gilberto, ini mungkin solusi terbaik buat setakat ini.
'That's what I'm talking about!'
Terus hilang suara, ketukan pintu, derapan kaki.
1 minit. Dia datang balik.
'Salah tema lah lagu ni. Tukar lagu lain. Mood tu biar romance, mesej tu kasilah happy sikit.'
If it takes forever, I will wait for you
For a thousand summers, I will wait for you
'til you're here beside me, 'til I'm touching you
and forever more cherish your love
'Abah kau keluar kejap je. Pergi gas station.'
'Oopsy daisy.'
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke- erk. Tak tahu.
Dah naik bersawang headphone besar tempurung kelapa yang lama tak berusik. Malam ni aku kasi bersih sikit, sarung dekat kepala. Sunyi damailah rumah malam ini.