Setiap hari ada saja juadah untuk mata aku. Ada hari aku rasa gembira, ada hari aku rasa sedih, ada hari aku rasa nak gelak berguling gelantang, ada hari aku rasa macam nak open someone's can of whoopass dan berbaris lagi perasaan yang tak dapat digambarkan dengan perkataan.
Pagi tadi aku saksikan ini:
Aku tersenyum. Aku cuba menyoroti kamus perasaan dan mencari emosi mana satu yang berpadanan dan malangnya tak jumpa. Jadi aku biarkan kamu sendiri berfikir apakah perasaan yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas.
Aku pilih terasa seperti ulu hati dipulas lembut hingga mendatangkan sensasi luar biasa di pangkal ubun. Seriau kot nama lainnya. Diikuti dengan tingling in the thorax. Yeah, it's that amazing.
____
Lagu yang berkumandang ketika gambar diambil adalah lagu inang. Aku sempat ambil 1 gambar sahaja sebab nampak kakak yang berbaju belang kiri sekali tu? Dia jerit, 'jangan amek gambar kitorang la!' dan aku sahut, 'kot payah sangat pergi berjoget dekat dalam gua!' di dalam hati.
Aku sambung larian yang terbantut dek keterpegunan itu. 2 minit kemudian, lagu bertukar. Boombox mengkeudarakan lagu kantonis pula. Dan dari jauh aku saksikan betapa girangnya sekumpulan wanita berbilang kaum, ikut istilah kakak yang marah aku tu, tarian-robik berirama. Right.
Aku dah nak meninggalkan perkarangan padang serbaguna tesebut bilamana kakak baju belang tersebut sekali lagi menjerit, 'esok kalau kau datang dan ambik gamba kitorang perform tarian-robik berirama, akak telefon polis!'
Pulak dah. Malas nak layan, aku lap peluh dan balik.
___
Jika kamu ada perasaan lain, luahkan pada diri sendiri. Jika ragu dengan jawapan kamu, go get a pair and start standing up for you believe in.
Oh ya, jika nak cepat kurus masa berlari/joging/power walk/jalan terkedek-kedek laksana itik pulang petang, pakai sweater. I lost 5lbs in 2 days. Word.