Dan efek asap itu bukan datang dari ais kering yang digunakan semasa pementasan teater, ianya semulajadi. Ianya kondensasi. Ianya ada dalam buku.
Seperti pagi-pagi yang lain, I normally passed out selepas berjaya tiba di tiang di sebelah. Mahunya tak nampak bintang dan burung kartun pelbagai setelah sprint pada kelajuan 1 meter per minit mendaki bukit.
Pagi ini aku ingin cuba sesuatu yang baru. Setiap kali aku panjat bukit tersebut, telinga aku akan disumbat dengan earphone untuk menunjukkan bahawa "I don't give a fuck" kerana bukit ini juga dinaiki/dituruni manusia yang peramah dan menyapa 'Good morning' atau 'Have you taken bath yet?' atau dalam kes-kes tertentu, 'Can you meet me later for a cup of coffee, I would like to chat more on your stupendous biceps'.
Pentingnya telinga ini disumbat supaya mulut ramah di atas tidak memaksa aku bercakap kerana I'm dying from shortness of breath and muscle pain. Dengan tersumbatnya telinga, mereka yang ramah itu hanya akan bagi head nod dan senyum dan simple hand gesture agar aku dapat mengoptimumkan tenaga kepada mendaki bukit sahaja.
So, everything was completely normal at the beginning. Aku dengar orkestra mergastua dan lotong saling sahut menyahut disokong oleh deruman air terjun yang boleh diklasifikasikan sebagai tali air yang so happens to be wujud dekat bukit tersebut. Ianya air terjun jika dekat cerun, bila sampai tanah rata, jadi tali air tempat membiaknya ikan laga, water strider dan katak. Juga lintah dan pacat dan lintah bulan. Dan siput. The list keep coming on.
Setibanya aku pada tiang nombor 28 kalau tak silap, aku memasuki satu daerah baru. A realm of deep psyche. Ianya tak menyeramkan, cuma how can I put these into words, mengelirukan.
Telinga aku menangkap bunyi asing. Bunyi yang mustahil boleh dibuat seekor burung sebab bunyi itu seolah-olah datang dari sekumpulan manusia sedang meratib, meratib itu apa aku tak tahu. But, meratib nontheless.
Macam Gospeller? Koir? Anyone? Oh my.
Bila kita dah dengar benda-benda pelik, datanglah gatal isi hati mahu tahu sumber bunyi tersebut. Aku tengok sekeliling, ah sudah.
Tak ada sesiapa, sebuah, sesuatu dalam radius 10 meter. Jika aku keluar dari bulatan tersebut, bunyi itu hilang. I supposed to pee in my pants but I didn't. Aku lebih kepada curiga dari takut. Kemungkinan bunyi ratib tersebut datang dari sekumpulan manusia majusi yang menyorok di celah-celah pokok adalah tinggi.
Aku tahu macam mana bunyi sebutan orang berzanji and all, it's nothing like that. ianya lebih kepada ratib spiritual yang tak diamalkan pada landasan yang betul.
My guess, ajaran sesat.
Bukit dan entiti spiritual pelik=pelik memang tak boleh dipisahkan. Mungkin ada orang tengah puja nombor ekor dari semangat bukit tersebut.
Aku tinggalkan persoalan tentang agama, kepercayaan karut marut dan headed to kolam yang aku panggil The Ugly Duckling yang terletak 10 meter di hadapan tiang nombor 40 yang kamu tengok di atas.
Kenapa The Ugly Duckling?
Satu terisolasi manakala yang lain(4 buah kolam) gembira having the time of their life together(rujuk rajah di bawah). I passed out for a couple of minutes dan setelah aku sedar aku nak balik. Lapar. Haus dan keliru.
Masuk semula ke daerah kekeliruan tersebut, masih ada lagi chanting. Kepala aku semak, aku penat dan panas. Aku marah. Aku teriak 'Enough already!'
Aku dengar bunyi butang radio ditekan.
Nampak kelibat manusia keluar dari celah-celah kabus. I wish I peed in my pants, tapi air dalam badan aku dah dikumuhkan terlebih dahulu oleh organ paling besar, kulit you idiot.
'*##&^@?||&^%' Kata orang tersebut.
Oh, orang yang datang dari bukan negara kita, PATI atau PADI sebab aku bukan pegawai imigresen, sedang bersantai sambil mepraktikkan ajaran agama dia. Aku rasa bersalah dan cuba minta maaf. But I'm too macho for an apology so go eat horse feces you PATI! Or PADI or whatever.
Dan aku pulang dengan kosong kekeliruan dan selera membaham seekor lembu pada tahap tak boleh nak elak lagi.