Selasa, November 25, 2008

Ada rupanya.

Dalam siri komedi medikal Scrubs, terdapat satu kumpulan acapella yang dikepalai oleh Theodore Buckland, watak yang dipegang oleh Sam Llyod, seorang yang tak penting dan sering jadi bahan jenaka dan vent dalam siri tersebut.

Kumpulan tersebut dinamakan sebagai The Worthless Peons. Terdiri daripada 4 orang termasuk Ted dan 2 orang lagi yang mempunyai masalah yang sama dengan Ted iaitu keguguran rambut dan seorang lagi dengan the gorgeous wave like I used to have.

Padi tadi masa aku dengar LiteFm sambil menghirup segelas teh O panas, ada 1 lagu yang aku rasa aku pernah dengar dekat berpuluh kali dalam versi acapella. Lagu lama, yang sampai sekarang aku masih tercari-cari tajuk lagu tersebut.

Ok. Cukuplah tentang obsesi aku dengan lagu-lagu lama dan sekarang sudah masuk waktu untuk kamu mengenali kumpulan The Blanks. Klik sini untuk laman web rasmi mereka dan sini untuk mendengar hasil kerja mereka.

Oh, The Worthless Peons = The Blanks. The Worthless Peons dalam siri TV, The Blanks adalah realiti.