What does it takes for a guy to, memetik kata hikmat Old Young Mc:
Lumrah alam. Kalau takkan setiap petang jururawat-jururawat ini setelah menyalin uniform serba putih dan serba melitupi kepada sesuatu yang lebih sensasi, maka semakin buncitlah semua lelaki yang ada dekat tempat aku.
Dahulunya 4 tempat rekreasi berpusat dipenuhi warga emas setiap pagi dan petang dan jika ada warga perak pun sekerat dua sahaja iaitu aku dan seorang wanita berbangsa Cina. Aku terhibur dengan sapaan dan lambaian tangan warga emas yang pada kala itu masih belum skeptikal dengan orang muda bersenam di teritori mereka.
2 bulan yang lepas, ketibaan 2 buah bas berisi jururawat pelatih dari entah mana aku tak nampak benda yang ditulis dekat sisi bas tersebut kerana aku tak pakai cermin mata semasa bersenam. Dulu pernah jatuh sekali dan pecah; belajar dari kesilapan, jangan pakai atau bawa sebarang benda yang beratnya melebihi 50 gram dalam poket. Seluar aku pernah terlondeh sebab aku letak telefon bimbit dalam poket seluar.
Kini aku dikenali dengan nama manja Penguin sebab, should I elaborate?
2 minggu yang pertama mereka masih lagi belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran serba baru. Maka dengan itu 2 minggu pertama, rutin mereka adalah pergi hospital balik tempat penginapan, makan dan minum di kantin hospital and repeat.
Mungkin atas dasar kagum dengan keremajaan warga emas di sini, mereka mula berjinak-jinak dengan kawasan rekreasi yang terletak bersebelahan dengan tempat penginapan mereka.
Bermula dari situlah khabar angin seperti "wanna get a fast boner? Go to the stadium." atau "nak tamatkan zaman membujang, silalah beli kasut sukan cap Adidas atau Nike atau yang sewibawa dengannya untuk menampakkan diri kamu seorang yang athletic dan mempunyai citarasa fesyen sukan yang kontemperori" atau "aku dah muak dengan bini aku, aku nak tambah sorang lagilah. Kau pun elok ikut sama. Bawak perfume plus mint sekali ya petang nanti. Manalah tau kot ada rezeki."
Dan berduyun-duyunlah lelaki tak kira peringkat umur yang sebelum ini berselimut sampai ke senja menampakkan diri mereka di kawasan rekreasi berpusat tersebut.
Impak tak sedap per individu yang ketara kena pada batang hidung aku sendiri. Warga-warga emas yang sebelum ini boleh main tepuk tampar dengan aku telah bertukar selera menyapa. Kini bila aku melintas di sebelah, they'll give the classic stink-eye dan berbisik kepada rakan sebelah dan seperti epidemik, yang lain-lain turut sama mengecilkan mata sambil mencebik bibir.
I gotta say, they look cute, in a parallel universe where they're still an infant that is.
Kebiasaannya jururawat pelatih akan berpraktikal selama 6 bulan maka tambah tolak, ada lagi 4 bulan mereka akan meniup semangat kesukanan dalam sanubari lelaki-lelaki di sini.
4 bulan yang depan yakni Februari 2009, order will be restored. Aku akan kembali bertepuk tampar dan berbual tentang pasaran saham, mostly aku angguk kepala buat-buat faham.
Cepatlah datang duhai Februari.