Aku dah habiskan masa selama 2 hari untuk menunggu proses muat turun fail installation Fate/Stay night, satu permainan 3D yang berunsurkan pertarungan yang penuh dengan elemen mengarut lagi tak masuk akal. Sebagai contoh, salah satu watak dalam permainan tersebut boleh menyerang pihak lawan yang terletak 30 kaki di hujung sana hanya dengan melambai senjata.
Come to think of it, that's what makes it fun. Siapa nak main permainan berunsur pertarungan yang dipenuhi silat koboi dan pukul curi atau memberi submission maneuver klasik yakni "The Nut Cracker" bilamana seseorang itu tidak lagi ada peluang untuk memenangi perlawanan tersebut. Jalan mudah, sepak telur dan diikuti kombinasi serangan kepala lutut di hidung apabila pihak lawan menunduk menahan perit/senak for an instant K.O.
Pentingnya pelangi ditembak keluar dari mulut, kuku yang boleh memanjang 2 kilometer dan kemudian menguncup semula, fountain of youth dan bermacam lagi kemengarutan dalam industri permainan berunsur pertarungan adalah untuk kita menyedari bahawa projek human genome perlu kick it up a notch dan perlu jadi lebih berani dengan bereksperimentasi dengan mutasi DNA.
I would like a cannon planted on my shoulder in the future.
Where was I?
Siap muat turun, aku hadapi masalah dengan proses installation. Kebiasaannya akan ada fail setup.exe yang di mana bagi aku, kita semua hanya perlu tekan butang "Yes" sampailah proses itu siap.
The thing is, there ain't such file.
Yang ada cuma fail yang ber-extension .bin. I was like, fuck, apekebendenya ni? Dan entah macam mana, epifani datang. Peralatan Daemon yang aku install sekali dengan beberapa perisian pengaturcaraan bertahun yang lepas terpacul sedang aku menguit-nguit program yang aku pasang pada komputer.
Hati aku terdetik, patutkah aku mount fail .bin tersebut kepada virtual drive yang langsung aku tak pernah usik. Lalu aku serap sedikit motivasi Thomas Newton dan kemudian gelak dekat usahanya mencipta lampu. 1000 kegagalan untuk 1 yang sempurna? Hah.
Berjaya.
Proses mounting berjaya dan setup window pun keluar. 1 lagi masalah.
What the fuck are those? Alien-speaking?
This is nothing like The Da Vinci Code nor The National Treasure. I'm guessing versi asal tulisan tersebut adalah dalam Bahasa Jepun dan komputer aku berfungsi menggunakan kod ASCII, kecelaruan interpretasi agaknyalah.
Siap.
Aku cuba run aplikasi tersebut. Tak boleh. Babi. Tekanan sial. Dan sekali lagi epifani yang ditiup oleh mendiang Thomas Edison datang. Kali ini ia datang dengan agresif.
I could swear I heard he said this, 'Oi imbicile! How many times have you installed a game before?'
Aku tersepuk. Segan. Orang dah mati pun tahu. Dengan sinis aku berbisik kepada suara halus tersebut, 'What do you know? Computer at your time sized 40 millions time compares to ours. Oh wait. There ain't no computer at your time. So leave me the fuck alone. Alright T-Dog?'
Baru kau nak sedar mendiang Thomas Edison? Baru cipta lampu dah heboh mengalahkan ayam bertelur sebiji.
Maksud mendiang adalah, kita takkan dapat main sebarang permainan yang diperoleh secara illegal tanpa menggunakan patch. Patch di sini adalah patch yang kita tampal dekat tayar yang bocor.
It's not like that literally, but it works that way; membolehkan benda yang tak boleh dengan menampal something.
Kamu tak faham tak mengapa. Dah sampai sini pun pembacaan kamu maka aku jadi lebih pandai dengan berkongsi dan dalam masa yang sama mengaplikasikan ilmu dan kamu juga jadi pandai sebab cari ilmu.
Seminggu bosan aku berjumpa koma(,).
Dah, I got an awesome game to be played with. Peace out.