Sabtu, November 08, 2008

Kesesuaian ayat dengan kondisi fizikal.

Sebulan setengah yang lepas, jika aku keluarkan ayat kecaman seperti 'jangan rapat nanti aku lipat' ramai yang tertawa sinis dan seterusnya gave a pat on the back.

Mereka tak pandang serius. Dalam mata mereka aku hanyalah patung Pinata. Keras tapi non-responsive. 

Mereka hanya akan cedera jika aku tumbang dan menghimpap mereka. Kemungkinan aku untuk beri mereka santapan fizikal adalah pada peratusan yang rendah.

Itu sebulan setengah yang lepas.

Semalam aku berjaya buktikan bahawa faktor fizikal individu mampu mempengaruhi tindak-tanduk dan keputusan orang yang lain.

Pertelingkahan idea antara aku dan seorang rakan pada akhirnya memihak kepada disebabkan mata bonus yang ada pada aku.

Mata bonus itu adalah lengan yang pejal, ketara ketulan dan segmennya, dada yang bidang dan bahu yang besar.

Ayat ancaman juga telah diberi suntikan African American.

'I'm gonna open a pile of whoop-ass on you!' Tegas aku sambil mengepal buku lima.

'Sumpah seh tak paham sepatah haram ekau cakap, tapi seh ghaso ado baik seh duduk di sudut sano dan monyosali setiap perkataan yang keluar dari mulut busuk ini.'

That wasn't so bad. Actually it went pretty well. Aku cuma ada hujah rapuh dan dia seorang penghafal isi kandungan akhbar. Cuba bertikam lidah tentang konspirasi kejatuhan seorang menteri kabinet kelak.

Menteri tersebut ada kena mengena dengan kami. Tiada pertalian darah tapi banyak juga busuk tentang dia kami pegang.

Dan di saat aku terbuka ruang vulnerability, dia serang aku dengan fakta demi fakta hingga mencalarkan mental aku.

Bila mental tercalar, saraf di dalam otak sana akan hantar impuls kepada beberapa bahagian lain sebagai contoh mulut, lidah, tangan dan kaki.

Duduk aku jadi bangun. Tenang aku dipukau baran. Maka keluarlah ayat African American di atas.

Dan aku menang. Bukan dari segi idea.

Tapi sebab aku berjaya memanipulasikan dia dengan faktor fizikal.

Jadi, kamu cubalah pergi angkat besi apa yang patut dan jangan baca apa-apa bahan ilmiah.  

O yeah.