Ketepikan scorching heat yang dibawa oleh cuaca panas pada suku akhir setiap tahun dan pusatkan fokus kepada situasi lembab dan basah.
Hujan = sejuk. Persamaan mudah yang semua orang tahu akan fakta tersebut. Bila sejuk, apakah aktiviti yang biasa dibuat?
Tidur? Kemas rumah? Bercucuk tanam? Main scrabble bersama seisi keluarga?
Yawn.
Sejuk sering dikaitkan dengan kegiatan yang tak memerlukan banyak pergerakan dan family-related. Bosan dan boleh mengundang kepada banyak masalah kesihatan dan worst case scenario, seseorang itu menjadi suicidal.
Bagaimana pula jika seseorang itu jauh dari keluarga dan dalam rumahnya hanya ada sebuah tilam dan bantal, pewangi bilik, scented candles dan sekotak love glove? Tiada televisyen, radio dan gajet tangan paling canggih adalah sebuah telefon bimbit berskrin hitam putih.
Hujan dan mall tak boleh dipisahkan kerana bila hujan segala aktiviti hanya tertumpu pada kawasan yang beratap. Aku baru pulang dari membeli penyendal pintu dan mata ini cukup menjadi bukti kepada teori hujan-mall aku.
Budak-budak sekolah adalah dalam 3-4 kerat macam tu manakala selebihnya adalah golongan dewasa. Tak beli apa-apa cuma habiskan wang di francais makanan, bowling, karaoke dan tandas berbayar. Kencing pun nak berbayar, buat apa kontraktor mall itu susah payah bina tangga cum tandas mega?
Dan seperi apa yang aku taip di ruangan tajuk nun di atas sana, musim tengkujuh tiba dengan membawa cinta di dalam bayu yang dihembusnya. Yang lelaki menjadi lebih romantis dan berani, yang perempuan menjadi lebih terbuka dan memahami. Eughh.
Who would've thought seorang mat rempit yang menjinjit helmet 24jam siap rambut berekor pusing-pusing laksana ekor khinzir mampu membawa pulang seorang gadis yang dari pengamatan aku, jika takkan tengkujuh sampai matilah mat rempit itu menyapu air liur yang diludah perempuan tersebut dimukanya sebab tak berkenan dan geli dengan penampilan beliau.
Dalam erti kata lain, she's a slammin' hottie I tell you.
Jadi buat lelaki yang tinggal bersendirian dan masih lagi sendirian, aku nasihatkan pergilah ke pusat membeli belah dan lambai-selamat-jalan-kanlah sumpahan dry spell/solo kamu yang dah
perlu sangat diberi lambaian selamat tinggal.