Duduk memerhatikan retakan cermin dan kepalan buku lima yang berdarah membawa aku beberapa tahun ke belakang. Kembali ke zaman telefon bimbit dibingkai dan disimpan elok dalam almari kaca, pen dan kertas adalah medium komunikasi prima dan pengutus cinta adalah rakan sebelah meja.
Dalam aku memikirkan punca pembengkakan 2 pori di muka. Imbas semula segala benda yang aku hadam dalam masa seminggu ini-negatif dari sebarang bahan yang boleh meransang pertumbuhan benda yang tak diingini, Imbas semula rutin sebelum tidur, tidak pernah sekali ketinggalan proses pemulihara dan pemeliharaan kecantikan kulit semulajadi yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Membawa aku kembali ke zaman kekacauan hormon dalam tubuh. Aku dibesarkan bersama 3 perempuan, cuba lakarkan sendiri bagaimana aku mengharungi masalah kecelaruan identiti. Dan menjadi penyimpul kepada generasi ke-berapa belas entah dengan katalis feminiti-kalau kamu membesar dengan 3 perempuan dan kamu merupakan zuriat terakhir, kamu akan faham.
Mujur aku regroup awal, baligh awal, pecah suara awal dan segala yang awal tentang proses penghijrahan dari kanak-kanak ke remaja. Matang dari segi pemikiran lewat tiba memandangkan faktor persekitaran kala itu dikelilingi oleh mereka yang rata-ratanya kena matang paksa.
3 tahun pertama aku belajar berdiri atas kaki sendiri tanpa sokongan famili, aku perlu menyelesaikan misteri tentang kehidupan dengan bantuan mereka-mereka yang diberi kepercayaan beribu famili yang lain. Misteri pertama, kenapa ada bulu tumbuh di bebarapa bahagian tertentu pada tubuh dan kenapa ia mengeras sedangkan aku tak sapu gel hyper strong all over it.
Misteri itu masih kekal misteri sampai sekarang sebab cikgu sains aku penyegan orangnya. Misteri kedua, jerawat. Berjaya diungkaikan dengan bermacan teori sains tapi seperti biasa aku mempunyai ruang storan yang terhad dan aku benci cikgu sains aku sebab dia tak minta maaf pada tikus makmal yang bakal dijadikan spesimen sebelum riwayatnya ditamatkan.
Itu kekejaman, sungguhpun dalam nama sains.
Aku lupa penerangan saintifik berkenaan proses kemunculan jerawat. Lama selepas itu cuti penggal bermula dan aku balik rumah nenek. Melihat redup wajah orang tua tersebut, aku teringat kata hikmat terakhir yang cikgu sains aku cakap pada kelas sains yang terakhir.
"Experience trump science in no time"
Dan aku pula, 'Sains-sainslah, keep Donald Trump out of this monstrosity.' yang pada kala itu masih begitu lemah dalam tatabahasa.
Dan kembali menghadap tenang wajah tegang dikatalis ulam-ulaman. Kulit muka nenek aku tegang dan bersih sampailah sekarang. Pada usia 80 tahun, keremajaan beliau masih lagi terserlah. 80 rasa-rasanya. More or less.
'Apsal jerawat tumbuh nek?'
'Rahsia. Kot nak tahu sangat urut kaki aku dulu.'
Khusyuk aku mendengar penjelasan nenek sedang tangan aku memicit tapak kaki dia. Setiap ayat berselang sendawa, maklumlah orang dah berumur.
Katanya jerawat itu simbol kepada seorang yang dilamun cinta. Aku gelak. Nenek sepuk kepala aku. Dia kata jerawat itu adalah keajaiban percintaan. Sang teruna itu misalannya tumbuh jerawat, membawa makna si dara sedang merinduinya.
'That's bull.'
'Apo deh?'
Aku diam. Dia sambung lagi. Dahulu lelaki akan tinggalkan kampung halaman dan pergi mencari rezeki. Sebelum mereka bersedia untuk berangkat pergi, mereka akan mencari pasangan sekampung agar hati mereka dekat dengan kampung halaman. Pemangkin berusaha kuat dan bersungguh-sungguh seorang lelaki pada masa itu adalah imej senyuman si dara yang disemat elok dalam ingatan agar terpelihara kelakuan dan nama baik keluarga.
'Iyo bona la tu nek oi. Takde utus-utus surat ke?'
'Diamlah. Aku tak abih laie ceghito.'
Dahulu, kebanyakan orang masih lagi buta huruf maka mustahillah jika berutus surat meluah rasa rindu terpendam. Si dara tak tahu samada sang teruna masih ingatkan lagi pada dirinya. Tiada bukti kukuh dapat menyatakan bahawa hati sang teruna masih lagi terikat dengan janji-janji manis bila pulangnya beliau dari perantauan.
Dan keajaiban cinta pun berlaku. Si dara yang menanti kepulangan cinta hati masing-masing tumbuh jerawat. Mana-mana perempuan yang terpisah dengan pasangan mereka akan ada paling kurang satu jerawat kecil pemanis wajah di pipi.
Rindu itu disampaikan secara mistik, ia disebarkan dalam bentuk kuman dan dari perumah ia cekap mengenal pemangsa dan semakin tebal rasa rindu di hati, makin besarlah jerawat itu gamaknya.
Back to present. Dari balkoni rumah aku perhatikan nenek sedang mengambil angin di buaian yang dibuat by bare hands oleh arwah datuk.
Aku terima 1 mesej teks dari seorang rakan yang sama-sama mentekedarah di restoran Korea 2 hari yang lepas.
"How's your face buddy?"
"I got zits. Wait. Why do u ask abt my face?"
"I nut-jacked u the other day, u skin obses freak."
"Fuck u."
Well, there goes the "experience trump science".