Isnin, November 10, 2008

Jangan usik sana! -Satu lagi kisah yang memerlukan kamu memenuhi syarat entri sebelum.

Apa yang kamu akan buat jika kamu menderita simtom di bawah:

1. Sengal-sengal badan.
2. Sendi rasa macam dipulas.
3. Urat seperti disimpul.
4. Otot rasa macam kena pijak.
5. Betis dan peha sering dilanda spasma.
6. Pendek kata, seluruh tubuh kamu rasa macam sial.

Pergi hospital. Righhttt.

Kali terakhir aku pergi dan pada kala itu aku tiba pada jam 9 pagi dan aku keluar lepas makan tengah hari. Dalam tangan aku pada masa itu adalah bungkusan ubat-ubatan yang terdiri daripada pil KK, ubat batuk, ubat selsema, antibiotik yang di mana tiba saja aku di rumah, semua ubat tersebut dieradikasi bersama plastik hitam yang mengandungi sampah berusia 3 hari.

Aku nak surat cuti saja.

Orang yang diburu masa seperti aku perlu serik ke hospital. Bagaimana mahu memandu kereta import yang dibeli murah semasa lelongan Kastam menjelang usia 30-an jika masa aku yang dinilai setiap saat menggunakan mata wang Ringgit Malaysia dileburkan dengan menunggu tanpa sebarang kerja dapat dibuat.

Dan ada lagi kisah silam yang memilukan antara aku dan hospital. In short, aku tak nak pergi lagi dah. For now.

Simtom-simtom di atas were killing me softly.

Seorang rakan mengesyorkan satu perubatan alternatif. Pergi urut.

I was like, 'what the fuck?'

Itu aku pada 3 hari yang lepas. Kesakitan yang aku tanggung memuncak peritnya bila tibanya Ahad, setelah aku pulang dari berjalan menaiki bukit yang di mana tinggi puncaknya masih lagi aku ragui memandangkan baru sekali aku dapat berbual dengan pengawal keselamatan stesen pemancar Telekom(kot), 4 tahun yang lepas.

Petang itu dengan jalan mengangkang, aku pergi ke satu rumah di kawasan tempat seorang YB muda yang penuh kontroversi. Aku jalan mengangkang ke kereta, rumah tersebut terletak berbatu-batu jauhnya dari rumah aku.

Khabar angin tentang seorang Cina kaya dari Sabah bermastautin selama 3 bulan di rumah orang tersebut seems promising. Dia lumpuh dan setelah diurut selama hampir 100 hari, dia boleh berjalan.

Sejauh mana kebenarannya tak tahu pula aku. Aku malas nak ringan mulut sebab ada satu lagi khabar angin yang kurang enak tentang tukang urut tersebut menjadikan aku sedikit was-was dan pada satu ketika aku mahu terjun dari rumah dia, start enjin kereta dan berdesut pulang.

Dalam aku sibuk mengelamun memikirkan tentang escape plan, in case benda yang kurang enak itu berlaku, tukang urut tersebut panggil aku.

Berderau darah. Bulu roma tegak pada paksi-Y atau X, aku keliru.

'Here goes nothing.' Bisik aku pada diri sendiri.

Telah aku ceritakan masalah aku pada awal aku sampai. Salin kain pelekat yang baunya mak datuk, hamis bukan main.

Mulalah dia melakukan "exploratory surgery" dengan tapak tangannya mengelilingi aku(cuba bayangkan orang baca chakra).

Dalam kepala aku, 'Yokoyo je orang tua ni.'

Dengan muka bersungguh-sungguh, tangan terketar-keta, I thought he was just you know, cuba menghiburkan aku dengan mentaliti tipikal orang dengan pengamal perubatan tradisional. They just made that shit up. Entah.

Macam-macamlah diagnosis dia. Pembuluh darah tersumbat, saluran pernafasan berkerak, urat berselirat tak jumpa origin, what have you.

Aku iyakan sahaja. Melayankan.

Maka mulalah sesi picit-memicit, tekan-menekan, henyak-menghenyak, etc. Dalam proses tersebut aku cuba sebaik yang mungkin untuk nampak sehabis lelaki yang boleh dengan shut the fuck up. Sampai naik merah muka aku tahan tekak dari terkeluar akibat menjerit kesakitan.

Well, on certain time aku terjerit sikit. Siapa tak? This old fart has the strength of an ox, so to speak.

Dan setelah "diservis" satu badan, tibalah masanya untuk the ultimate ending. The crotch massage.

Urutan genital.

Itu yang aku takut sangat. Sana jangan buat main, silap picit, uhhh aku tak mahu pergi kepada the worst case scenario.

All I can think of, cabut lari. Hasrat itu dibatalkan sebab sedang aku nak mengatur langkah, tangan dia dah sampai pun. 

'Kek sinilah punco eh.'

'Huh wha?'

'Ekau punyo tunjang masalah sakit-sakit badan.'

And I was like, 'Are you out of your fucking mind?'-yang diterjemahkan menggunakan ekspresi muka dan bahasa tubuh.

'Ekau ni boto ko duo puloh duo?'

'Dah tu...'

'Ko ompek puluh?' Disambung dengan ketawa derisif.

Everything went well. Aku cuba unit, cantik, masih berfungsi dengan baik.

Aku salin pakaian. Salam berisi dihulurkan. 

'Nanti esok luso datang laie, ekau boli satu cincin omeh lopeh tu pakai.'

'Nak buek apo?'

'Tu nak boto kan ekau punya sistem darah kek situ haa..' Kata beliau sambil jari telunjuk dia menunjuk unit aku.

'Iyo iyo.'

Dan aku pulang dengan hati yang girang dan terus gatal tangan menaip 3 entri semalam. Cincin emas? Aku nak beli pil B-Complex yang berkali ganda murahnya pun bertangguh, inikan pula nak bercincin emas. 

Ada orang-orang kenamaan juga pergi berurut dekat tempat tu, ikut kata dia dan sampel DNA(rambut) yang dia kumpul.