Rabu, November 05, 2008

Silaulah, besar sial!

Dari sudut pemanduan, jika seorang penghidap astigmatisma atau rabun silau keluarkan tangan dari tingkap sambil buat variasi isyarat tangan kepada kamu, itu menandakan kamu seorang, dalam bahasa yang mudah dan kasar, pukimak.

Pengharaman lampu HID Xenon yang akan berkuat kuasa entah bila aku tak tahu memberikan 1 sensasi luar biasa, kelegaan tak bertepi buat aku dan seisi keluarga yang menghidapi rabun silau kronik.

Orang yang berpenglihatan normal juga menerima impak yang serupa cuma ianya taklah seteruk trauma orang yang rabun silau.

Aku pernah langgar timbunan pasir JKR, sudden migraine, migrain berpanjangan, and on worst cases, demam. Banyak lagi rasanya benda yang menimpa aku sebaik sahaja mata ini bertentang dengan the white light. 

Bukan cahaya putih kematian, cahaya limpahan lampu HID Xenon ataupun benda yang sama tapi pengeluar yang lain.

Pengguna lampu HID sepatutnya pergi jumpa optometris. Apa buta sangat sampai nak kasi kereta sejauh 5 batu boleh nampak lampu depan?

Dan sepanjang aku memandu, dah banyak kali aku redah pekat malam tak berteman lampu jalan dengan bantuan lampu sederhana. Dan aku ada semua jenis rabun. Cermin mata aku ada 5 dan setiap daripadanya digunakan untuk tujuan berlainan.

Aku pernah berhajat nak letak batu kerikil dekat bangku co-pilot sebab nak baling kereta yang pakai lampu HID tapi aku batalkan hasrat tersebut kerana konsekuensinya banyak, termasuklah aku akan digusti beramai-ramai memandangkan aku sentiasa memandu seorang dan kereta berlanpu HID ini biasanya dinaiki sekumpulan anak muda.

Biarlah pihak berkuasa jalankan tugasnya. Mereka dibayar menggunakan duit kita untuk melindungi kita dari kita.

Dan aku masih lagi terkisai-kisai bilik mencari Paracetamol. Kalau jumpa nanti aku telan sepapan terus. Senang. Boleh cover untuk esok punya episod konfrontasi bersama lampu HID.