Atau please dig this shit up. Atau dalam kata lain, tolong percaya apa yang bakal kamu baca selepas ini.
Dan semakin lama aku menaip, aku jadi sakit.
Tiada writer's block or some other psychological explanation yang membuatkan aku jarang menaip.
Aku sakit.
Itu saja.
Bagaimana aku menaip.
Apa-apa sahaja yang terlintas dan aku akan cuba cari papan kekunci dan terus menaip. Kamus dicapai untuk kemantapan dan sekaligus meranapkan tatabahasa dan bersenggamalah jari ini dengan papan kekunci. I heard something about jari menari so instead of using the fingers dancing metaphor, I used fingers having sex. Cool and experimentallicious. Or so I think.
Dan dalam proses menaip, dah menjadi tabiat kepada aku dengan menghabiskan 5 ke 7 batang rokok untuk 1 entri yang aku definisikan: crap, not worth.
Itu semasa, sebelum menaip ada juga rokok dihisap untuk memusatkan tumpuan seiring dengan menterjermahkan ayat-ayat yang menerawang dalam kepala aku ke dalam komputer. Adalah dalam 3 batang macam tu. Macam orang tak betul cakap sendirian sambil hembus asap. Itu cara aku.
Selepas pun ada juga. Biasanya apa yang berbaki dalam kotak rokok aku akan habiskan.
Dan aku tahu aku cop duit. Dan aku sekarang dah kehabisan dakwat.
2 benda ini yang membunuh aku secara perlahan. Rokok dan duit. Dulu ada subtance lain yang membunuh tapi dah berjaya aku tinggalkan.
Aku tak pasti mana satu yang mula dahulu. Rokok atau duit. Sama seperti konundrum ayam dulu atau telur dulu. Aku pilih ayam jantan had such a rough day at work dan berjumpa dengan satu ayam betina yang foxy di bar. Mereka merupakan ayam pertama. Tahu-tahu sahaja dah jadi ayam. The male got drunk, dan menjadi super charm dan berjaya seduce ayam betina dan next thing you know, keluar telur instead of ayam.
There goes my 8th fag for the day.
Makin aku jatuh dalam perangkap imaginasi yang aku cipta sendiri, semakin galak aku bersambung puntung kerana aku tak nak putus idea. Aku semak pada tab edit post di bawah tab besar posting.
Semua sekali ada 38 draf, bermula 3 Oktober hinggalah semalam. Entri separuh jalan. Suku jalan sebenarnya. Ia berlaku sebab aku mendesak diri sendiri supaya mengurangkan tabiat merokok. Tengah hisap tak sampai suku aku dah campak dalam ashtray. Begitu juga yang berlaku pada benda yang aku taip.
Terbengkalai dan berbau sial.
Ok. Aku rasa that's it. Malas dah datang.