Isnin, Disember 01, 2008

Panas celaka!

(Hot damn sebenarnya)

Perisian mengedit foto yang aku pakar cuma 1: Picasa. Picasa adalah produk daripada Google yang kini telah memasuki versi yang ketiga.

Apa yang boleh membuatkan kamu terejakulasi dalam masa 5 saat pertama setelah bergelumang dengan new feature dalam versi ketiga?

Aplikasi Picture Viewer-nya yang sungguh uhhh tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bagi pengguna pelantar Windows, aplikasi pemapar gambar sedia adalah Windows Picture and Fax Viewer yang bosan dan sering mendatangkan menguap setiap kali aku cuba menyoroti gambar kenang-kenangan yang tersimpan dalam ruangan cakera keras.

Ingin aku sertakan bantuan visual di sini tapi tak mahulah. Ingat CoolIris? Add-on untuk FireFox? Cool kan? Kalau aku letakkan skala cool 1 ke 10, CoolIris mendapat tangga ke 8, Picasa Picture Viewer aku letak dekat nombor 7 sebab dia tak ada efek skrol ditiup bayu seperti CoolIris. Payah sangat nak bayangkan rasanya jadi aku dengan murah hatinya menyediakan bantuan visual. Kalau tak nampak nasib kaulah Labu.
Banyak lagi kot features yang lain yang aku tak sempat terokai sebab Picasa aku baru update 30 minit yang lepas. Pergi cuba dan berterima kasih kepada aku di lain hari. Ini barulah pendekatan berani dalam arena Antara Muka Grafikal. ACDsee? Bah!