Kalau tak mencarut tak sah. Dan jika tak mencarut, ayat balas adalah sehabis pendek yang mungkin. Ini kerana telefon bimbit aku mempunyai pad kekunci yang sama kerasnya dengan batu kerikil.
Entah kenapa pagi itu datang sopan aku untuk menaip ayat yang barang siapa membacanya nescaya sejuklah hati tenanglah jiwa setelah pembacaan dibuat. Sampai begitu sekali. Ayat-ayat retorik disaluti melankolik diutus menggunakan teknologi bimbit yang paling canggih aku ada. Aku sendiri tak percaya benda yang aku taip dan terus buang mesej keluar daripada peti mesej keluar.
Dipendekkan aku tak ingat apa yang aku taip.
Agak lama aku tunggu maklum balas. Dalam setengah jam macam tu. Ingin saja aku mendail nombor Bidadari 1 kerana aku dah faham sangat jadual harian dia; jika matahari tak tegak atas kepala haramlah dia nak bangkit dari tidur.
Aku perlu mandi sebab aku berpeluh. Aku seorang yang aktif maka berpeluh is not such a big deal at all. Cuma bila badan dah berpeluh dan melekit, nak buat sebarang kerja pun tak senang. Kejap tergaru sana kejap tergaru sini. Think of as you sweat, your body turns into a giant sticky fly trap. Lalat itu adalah bakteria dan blablabla, kulit jadi gatal.
Sedang aku sibuk mencari nombor telefon kenalan yang boleh aku susahkan buat hari Isnin tersebut, 1 mesej teks masuk. Aku buka dan baca.
Aku terkedu.
"Ko x tgk news? 2 of my sis dead yesterday. go buy a newspaper."
Terus sejuk badan aku. Yang melekit terus hilang. Yang nak keluar(peluh) terus dihantar ke organ perkumuhan yang lagi 1 nun di bawah sana.
Aku memang tak tengok TV. Surat khabar lagilah aku tak baca. Bergegas aku ke newspaper parlor yang berdekatan.
'Holy shit! Front page! I'm gonna be sick!'
Aku tak tahu apa patut aku buat. Bidadari 1 adalah BFFF(tiada typo, figure the extra "f" by yourself) aku. Banyak masalah kami kongsi, well, masalah dia sajalah sebab aku zon bebas masalah. Hidup aku dipenuhi tawa riang, sinaran mentari, pelangi dan marshmallow. Tapi kali ini aku tak tahu nak buat apa.
Kebiasaannya, bila dia ada masalah dan bila masalah itu diluahkan bersama linangan air mata, aku akan jadi manusia paling kelakar dalam dunia. Aku taruh dia cukup-cukup dengan komedi luar biasa aku diikuti pula dengan sesi mengeruhkan lagi keadaan dengan menghancurkan her will to live dan dipenghujung sedikit kata nasihat.
"Almost dying changes nothing. Dying changes everything."
Macam pernah dengar kan? Huh? Tak pernah? It's from House, for fuck's sake!
Ada kematian. Maka akan ada benda berubah. Aku telah menjadi aku yang baru. Aku yang baru adalah aku yang setiap pagi setelah pulang dari joging akan duduk bersila di balkoni dan mebaca akhbar. Aku yang baru adalah aku yang setiap kali TV menyiarkan berita, aku orang pertama yang terpacak depan tiub.
Aku yang baru itu kekal buat sehari sahaja yakni semalam.
Bidadari 1, jumpa lagi di lain hari. Aku ada ramuan rahsia bagi merawat luka hati lara akibat kematian orang tersayang. Ianya adalah jenaka. Jenaka yang diubah suai daripada versi asal yang aku gunakan untuk merawat pilu mak aku yang kematian arwah Atok 2 Ramadhan yang lepas.