Khamis, Disember 11, 2008

Tepi kain tercarik siapa yang tahu.

Aku tercari-cari sekatan lalu lintas. Saja aku memandu ikut jalan jauh yang biasanya ada kon oren dan mereka yang berpakaian seragam dok tahan-tahan kereta.

Tak ada. Dah dekat 4 bulan aku tak jumpa sekatan lalu lintas. Kecewa. 

Sekatan lalu lintas adalah masa untuk kita tonton drama rakyat. Air mata berderai, janji sumpah ditabur, salam berisi, lepas salam kena gari, the whole routine.

Aku rindukan itu. Dan tak masuk akal jika di musim cuti persekolahan tiada sekatan jalan raya dibuat.

Cuti sekolah = budak tak sekolah.

Budak tak sekolah = mak bapak tiada di rumah.

Mak bapak tiada di rumah = kunci kenderaan letak bersepah.

You do the math.

Habuan besar tu. Tapi itulah...tak ada.

Apa pendekatan terbaru pihak berwajib? Aku tertekan juga memikirkan kehendak aku untuk menyaksikan drama swasta direalitikan depan kaca mata tak terlaksana. It's like you went to the moon and you forgot to bring the camera, or some sort. Salah analogi, analogi yang tepat berbaur seksual dan aku dah muak menaip benda-benda yang meransang rembesan hormon dekat bawah nun.

Petang tadi aku memandu sambil mengelamun mengingat semula bait-bait lirik lagu Glow Worm, pemain cd kereta aku dah rosak sebab kena sepak banyak kali baru cd boleh eject. So, aku berhibur dengan suara aku sajalah. Nak tukar baru nanti-nantilah. Lamunan terhenti(that sounds familiar) apabila kereta aku ditahan sebuah motor besar 750cc serba putih yang ditunggangi orang yang juga berseragam putih dan sedikit hitam. 

Separuh putih, separuh hitam. Atas putih bawah hitam. Dekat atas ada lencana pelbagai tersemat, dekat bawah ada garis putih. I think by now you have the exact idea who the fuck I was talking about. Ala yang jual kacang putih tu...ha yang itu bukan dia.

Trafik bergerak perlahan, kenderaan banyak almaklumlah musim persekolahan.

Aku pull over. Terpinga-pinga sebab lamunan terhenti/stim terpotong. Cemaslah sekejap nak cari silap yang aku buat. Nampak gaya macam tak ada. 

'IC IC?'

'Apa salah saya encik?'

'Lesen lesen?'

'Ada sekali dengan IC tu. Apa salah saya encik? Dua kali ulang ni.'

'Diam.'

Buku saman dikeluarkan. Pen clicky top diklikkan.

'Boleh saya tahu apa salah saya, saya bakal disaman dengan kesalahan apa?'

Dengan menggunakan isyarat tangan barulah aku perasan salah aku: tak pakai tali pinggang keledar. Punyalah lama aku tak pakai tali pinggang keledar dan bebas dari sebarang kecederaan yang melibatkan penggunaan tali pinggang keledar hingga aku lupa kenapa pihak pengilang letak seat belt dekat kereta on the first place.

'Sabar-sabar. Sabar dulu encik. Kecik punya hal macam ni pun nak berkira ke? Cuba encik pusing dan tengok kereta-kereta lain. Pun samma jugak.' Aku cuba berseloka.

Dan itu merupakan kali pertama dan kali terakhir aku cuba berseloroh dengan orang yang berseragam putih hitam sebab mereka ini seolah-olah diprogram semula dengan semua organ bukan lagi organik tetapi diganti dengan benda-benda mekanikal dan mikrocip and whatnots.

Apa entah sial aku petang tadi, dan-dan semua orang bertali pinggang keledar. Penglihatan mereka baik bolehlah, aku ni rabun, pakai cermin mata pun masih tak nampak. Dan aku tak pakai cermin mata, sunglass dikenakan untuk efek "mystique" dalam pemanduan. Biar tak nampak asalkan "hip".

'Ok, semua orang ikut peraturan. Kamu diam dan biarkan saya selesaikan tugas saya.'

Tuah beralih arah kala aku putus asa untuk mengekalkan keceriaan pada tahap optimum untuk sepanjang minggu. Dengan ceria aku dapat duit. Siapa nak bagi aku rokok makan minum jika aku mandom selama 5 hari berturut-turut?

Tuah itu datang dalam bentuk peribahasa: jangan jaga tepi kain orang lain.

Mereka dalam 1 skuad. 1 unit. Jika orang lain dalam unit mereka buat salah maka secara otomatik mereka pun salah juga. Terima kasih ibu bapa yang tak sabar-sabar nak tunggu hujung minggu nak bawa anak-anak berjalan. Jika takkan kamu, trafik takkan bergerak perlahan. Jika takkan kamu, mata aku takkan dapat menangkap sebuah kereta peronda yang dinaiki 2 orang yang berseragam serupa dengan Uncle Kacang Putih.

Jika takkan kamu, tak pasal-pasal aku tidur lokap sebab aku tak ada 300 ringgit tunai.

Kereta peronda tersebut dinaiki 2 lagi Uncle Kacang Putih yang melakukan kesalahan yang sama dengan aku. Aku minta Uncle Kacang Putih Primo pusing dan lihat sendiri. 

'Nasib kau baik.'

Aku rasa aku dengar dia ketawa kecil mengikuti ayat tersebut tapi tak mungkin sebab muka dia terlalu ketat dan aku tak dapat bezakan mode dia. Robot, mereka semua sama.