Sabtu, Disember 13, 2008

Candu.


Selain daripada getah yang diekstrak daripada pokok popi, candu juga lebih mesra dikenali sebagai segala apa yang mempunyai bau tengik dan sungguhpun tengik, payah untuk kita berpisah dengannya, mengikut translasi masyarakat kita.

Apa yang biasa dicandukan? Bantal, gebar, tuala lap air liur, kain batik mak, seluar dalam(ini untuk mereka yang kronik, go see a doctor) dan segala bentuk fabrik yang bukan odor-free. Ada ke kain bebas bau? Tipulah. 

Aku bebas daripada sebarang bentuk canduan fabrik semasa kecil dan entri ini berkisar tentang keobsesan benda hidup terhadap bau yang terhasil daripada fabrik yang diperam segar.

Aku sebut benda hidup sebab tak semestinya manusia saja yang ketagihkan bau yang bagi orang lain perti menusuk hidung tapi bagimu ianya ibarat berada di ladang lavender. Kajian telah menunjukkan binatang juga mempunyai keobsesan yang sama terhadap benda yang mempunyai distinctive smell. Dan aku juga telah membuktikan teori tersebut semasa aku masih lagi seorang pothead. 

Asap dari pembakaran daun ganja sangat memedihkan mata dan berbau walauweh. Asap itu dieksperimenkan tanpa sengaja pada seekor kura-kura milik seorang teman yang tak siapa tahu dalam diam merangkak dan mendekati bong. Setiap kali kami berasap dia akan datang. Tak ajak pun, tahu-tahu dah terpacul buat muka tak bersalah depan bong. Sungguhpun dalam ruang tertutup masih ada lagi zon bebas asap dalam bilik tersebut tetapi dia degil. Jangan salahkan kami. We're just being young and hopeless.

Aku dah tak ada benda nak taip sebenarnya dan entri ini saja aku pos sebab aku nak berkongsi gambar yang kakak aku emailkan kelmarin. Ibu kepada 3 anak ini mempunyai tabiat yang serupa tapi berbeza dari beberapa aspek berbanding manusia.

Kecanduan terhadap fabrik, secara normal, akan datang kepada sesetengah individu pada waktu kecil. Ianya dijadikan 1 mekanisme untuk mengatasi ketakutan berseorangan kerana ibu bapa pada sebelah malam perlu berekreasi untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Betul apa? Mereka akan bertelagah dalam semua benda tapi bila sampai ke katil jadilah kes "you jump I jump".

Kanak-kanak paling benci ditinggalkan berseorangan. Maka mereka akan berpaut pada benda yang mereka rasa boleh beri mereka satu keharmonian, self-defense mechanisme dari ancaman makhluk halus misalanya dan threats yang lain. Pada mulanya mereka peluk kuat-kuat dan lama-kelamaan tak boleh berenggang. Pada mulanya ia dijadikan perisai tapi lama-kelamaan dan campur bau tengik dalam equation maka jadilah "jangan basuh gebar adik!".

Tamatnya kecanduan pada manusia selepas mereka membesar dan mereka sedar how ridiculous they look asyik berkepit dengan candu mereka. Binatang pula dan dalam entri ini, kucing aku, ketagihan itu datang bilamana dia sudah besar dan sudah jadi ibu. 

My point is, kecanduan itu berkaitan dengan zaman kita kanak-kanak. Zaman di mana kita tak perlu runsing tentang apa-apa jua perkara. Kita hanya perlu tahu merengek dan merajuk jika hajat tak dipenuhi. Kita hanya tahu berseronok tanpa perlu fikirkan bil api air bulan ini nak bayar pakai apa. Tak perlu risau ansuran kereta sudah 3 bulan tak berbayar. Tak perlu risau jika bank telefon mengatakan notis merah akan dikeluarkan dalam masa 2 hari sebab tak bayar ansuran rumah.

Kita seronok pada masa itu tanpa perlu fikirkan beban dunia di atas bahu. Pentingnya kita kadang-kala let the kid inisde of us out and just being kid. Once we feel good enough, it's time to go back to all those treacherous responsibility.

Contohi Jiji, dia cari masa senggang dan jadi kitten for a while dengan menjadikan stokin sebagai vent.