Dan aku juga akan sakit-sakit badan sebab aksi agresif yang aku buat banyak membolehkan pergerakan terbatas di luar kemampuan dan juga disebabkan kena beduk oleh pengunjung yang lain yang berang dengan "kakiku di bibirmu", "jari telunjukku di thorax mu" pelbagai.
Entri ini adalah kesinambungan kepada 2 lagi entri sebelum ini yang berkisar tentang tarian. Sihat bersama Van McCoy dan Pendekatan yang lain(pautan ada di atas).
Jadi tanpa melengahkan masa, tegakkan kekudamu dan hayunkan dengan penuh perasaan setiap anggota tubuhmu. Satukan jiwamu dengan muzik dan olahkan variasi gaya tarian bebas. Tiada mata mahu memandang serong, tiada mulut mahu menggelakkan kamu.
Melainkan kamu pergi ke sini yang di mana kamu sendiri yang minta penawar duka.
Ok. DJ! Spin that shit!