Rabu, Disember 24, 2008

Pwned!


Fear of sea serpents? 
Aku perlu menaiki bot sejauh berpuluh-puluh batu merentasi sarang makhluk-makhluk gigantum barulah aku dapat bertapa di situ.
___

Ketinggian ekstrim?
Check out the amount above sea level right there. 
___

Anak-anak kecil yang tiada pertalian dan tak pernah aku jumpa? 
Ingat senang aku nak pujuk Mya supaya dia boleh memberi pose istimewa untuk tatapan kamu semua? Siri percubaan untuk tangkap gambar dia mengambil masa yang panjang dari dia asyik mencebik bibir dan menjelir lidah hinggalah terpapar kecomelan luar biasa yang takkan ada pada orang yang dah seusia aku. Baik lelaki mahupun perempuan. Kot ada pun, itu kecomelan paksa, bukan yang lahir secara semulajadi.
___

Aku gemuk?
Not anymore. Gambar dirakam kala aku lift badan aku buat kali ke-20. Siap kaki dalam posisi bersila lagi. Kau ingat senang?
___

Batu meloncat-loncat atas permukaan air maksimum 5 kali?
Try min 15. Laksana pelontar bola lisut MLB. Ada pakcik nelayan ajar aku cara yang betul sebab dia datang dekat aku selepas lontaran gagal ke-10 yang mengakibatkan gadis-gadis melarikan diri sebab aku jerit penuh dramatik 'WHYYYYY!!!' dengan kedua-dua belah tangan diacungkan ke langit, the usual dramatic stuff.
___

Duit mengawal aku?

Aku bawa 200 ringgit dan aku pulang dengan 110 ringgit. 90 ringgit dalam masa 4 hari dengan macam-macam benda aku bawa balik. Makan macam esok tiada lagi, tidur mandi macam raja, segala expenses yang tak mungkin boleh dilangsaikan dengan hanya 90 ringgit. Maaf tiada sokongan visual kerana kamera bateri dah habis masa hari akhir aku di sana.

Di mana?

Entah.