Khamis, Mac 05, 2009

Komputer Awang Pulang ke Awang Sebab Dah Siap Dibaikpulih.

Untuk menjawab soalan beberapa teman, tak. Aku tak sampai tahap ni lagi apatah lagi ini.

Give it a break. Aku baru 5 bulan berjinak-jinak dengan pembinaan badan. Tanpa trainer, tanpa latihan khusus, main besi kejap dah pancit, main setengah jam berbualnya 2 jam setengah, orang makan susu protein aku pun makan susu protein, orang habiskan sebotol gedang dalam masa 2 minggu aku 2 bulan baru habis sebab nak berjimat punya pasal, dan segala alasan yang dikira munasabah kenapa aku malas nak usik komputer dalam aku diam bagi tempoh yang agak lama.

Tho', I gotta say aku dah sayang pada diri sendiri. Dulu musuh nombor 1 aku adalah cermin. Pantang nampak cermin mesti aku kahakkan kalau situasi tak membenarkan aku baling objek yang keras pada cermin tersebut. Aku taknak tengok refleksi aku, cukup meluat. 

Begitu juga sekarang, cermin masih lagi menjadi nemesis. Benci aku pada cermin tak lagi berpaksi kepada betapa gampangnya bentuk tubuh aku tapi aku taknak rasa puas dengan apa yang telah aku capai.

Otot aku koyak, tulang bahu aku dislocated, urat went haywire memanjang, kaki aku paling banyak darah beku sebab kena hempap besi--butterfingers, jalan aku mengengkang, badan aku cepat berpeluh, pantang kena cuit penumbuk dikepal-sebab aku nak jadi model iklan seluar dalam punya pasal.

You know, dekat kotak men's brief kan ada model tayang badan lepas tu balls tersembul dan muka tak nampak. Itu yang aku nak. Bentuk badan maksud aku, bukan karier sebagai model telur tersembul.

6 bulan yang pertama adalah fasa kritikal bagi orang yang tidur malam bermimpikan tubuh badan yang empuk, pejal, garing dan 1001 macam istilah lagi. Aku dah menghampiri bulan ke-6. 6 bulan inilah yang menentukan samada apa yang aku tertunggang terbalik berbaloi untuk diteruskan atau berhenti dan menjadi kebanyakan lelaki Melayu atau melabur sikit dan jumpa pakar. Ya, it takes a lot of stones untuk aku menaip ayat sebelum tapi itu hakikat bukan?

Tangan aku dah kebas, cepat kebas, menaip entri ini hanya dengan 1 motif: pergi tengok cermin.

Saksikanlah apa yang disebut orang, the most disgusting figure in the history of mankind yang dizahirkan dalam bentuk orang yakni kamu. Itulah motivasi aku selama 5 bulan ni. Dah nak putus urat kentut pun aku masih pulun sebab setiap kali anak mata ini terkilas pada cermin, apa yang terpapar adalah imej seorang berbadan gempal yang saban hari masanya dihabiskan atas katil sebab nak bangun pun tak boleh.

Dah, pergi cari cermin dan berdirilah kamu tanpa seurat benang, jangan jadi bebal, tutuplah apa yang patut dan cerca mercalah insan di dalam cermin itu dan start running.