Dalam pos ini, aku ada menaip pasal fitur terbaru dalam iTunes versi 8.something yakni Genius Sidebar.
Penuh ralat sebab aku tak tahu Genius Sidebar is basically all about.
Pada September tahun lepas fitur ini masih belum boleh digunakan di sini dan jika kita meminjam ideologi pisang goreng panas, siapa yang berdekatan dengan kedai jual goreng pisang tersebutlah yang dapat merasa dulu. Cuba aplikasikan sendiri teori pisang goreng panas dengan Genius Sidebar.
Selepas setengah tahun dan aku tak pasti samada fitur tersebut sudah boleh digunakan atau tidak, aku jadi aku dengan mencuba. Belum apa-apa lagi dia dah minta akaun iTunes, betul-betul cari makan mereka ni.
Aku skip proses menguntungkan 1 pihak ni sebab ada di antara kita tak tahu macam mana nak jadi counter productive dengan menggunakan teknologi.
Bila dah siap semua, maka tibalah masanya untuk menggunakan fitur Genius ini.
Seperti yang kamu dapat lihat pada rajah di atas, ada satu playlist yang telah di-highlight-kan dan dinamakan sebagai Genius. Itu by default, iTunes akan letak dekat situ jika kamu dah aktifkan aplikasi Genius.
So, apa benda Genius ini buat?
Kamu pilih mana-mana lagu dari perpustakaan muzik dan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas dan klik pada ikon atom di sudut kanan-bawah tetingkap iTunes kamu. Dan kamu akan dapati terdapat 25 lagu dari variasi artis telah dimuatkan dalam playlist Genius tersebut.
Ianya seolah-olah iTunes satu perisian Decision Support System dan Kepintaran Artifisial yang dan-dan tahu selera halwa telinga kamu. Dari apa yang aku baca, aplikasi Genius ini akan mengumpul maklumat dari pengguna iTunes lain dan setkan 25 buah lagi by default, kamu boleh ubah bilangan lagu ikut suka kamu, berdasarkan jenis muzik yang kamu pilih.
Mudah aku cakap, ianya magik.
Penerangan mudah tentang teknologi kompleks, apa-apa teknologi sekalipun; magik.