Ketiak.
Pits, underarms, pangkal lengan, celah lengan, ketiak.
Penerangan saintifik sangat tak diperlukan untuk menggambarkan betapa riangnya orang disebelah untuk menghempuk kamu dengan beg komputer ribanya yang sarat berisi dengan komputer riba, set alat tulis, buku, manual penggunaan, pengecas bateri, external hard disk, the whole nine yards kerana ketakselesaan beliau dengan bau yang kurang menyenangkan yang beroriginkan ketiak kamu.
Orang boleh maafkan jika kamu kentut di dalam lif atau bas atau close quarter kerana baunya akan hilang selari dengan peredaran udara. Bau ketiak yang tengik pula, not so much.
Ianya kekal selagi kamu tidak keluar dari that particular area.
Aku naik pelik kenapa masih ramai lagi orang yang tidak menyedari kepentingan deodoran sebagai teman sejati yang tak boleh lekang dari setiap individu. Mungkin bagi sesetengah orang, untuk menyingkirkan bau kurang menyenangkan mereka perlulah ada set mandian khusus, minyak wangi yang berjenama dan dari baka yang elok.
Salah. Atau betul. Aku tak tahu satu hapah pun pasal sains genetik.
Masalah badan berbau boleh diatasi dengan jangan buat aktiviti yang di mana pori-pori kulit terbuka lantas menyebarkan bau, peluh, body carcass kepada orang ramai. Pendek cerita, kalau tak nak jadi busuk sungguhpun mandi sehari berbelas kali, jangan buat kerja.
That sucks.
Dulu aku jarang berpeluh. Tapi tang 1 tempat ni pantang kena kepit mulalah basah. Di mana?
Tang ketiak lah, mana lagi?
Sekarang, aku aktif berpeluh. Tak buat kerja pun boleh berpeluh. Membawa maksud aku orang yang aktif. Bulan depan jika tak ada aral melintang, aku secara rasminya akan menjadi seorang pemakai C cup. I love besi.
Pits memang tak boleh nak elaklah. Tapi bau yang sekali dalam pakej berpeluh di pangkal lengan boleh dihindarkan dengan menggunakan produk badan. Aku dah cuba macam-macam. Baik yang sembur, yang roll-on, gel, you name it, aku dah pakai. Dari 1 unit 3-4 ringgit sampailah harganya equivalent dengan belanja dapur seminggu untuk famili berkapasiti 6 orang.
Tak jalan juga. Aku rasa life will become easier jika kita dilahirkan tak berketiak. O wait, tak berketiak = tak berlengan. Mana boleh. Lengan aku dari 12 inci naik sampai 14.5 inci ni menjadi sejarah begitu saja.
Some say botox will cure. Tak naklah aku. Dan masalah perpeluhan aku taklah sekritikal mana cuma aku mahu sedikit keselesaan yang dimana selang a period of time aku kena bergegas ke tandas yang ada hand dryer dan bekalan tisu yang banyak siap dalam poket seluar tersimpan sebotol deodoran. You'll get the idea.
Bedak talkum. Bedak bagus untuk menyerap lembapan tapi aku dah bereksperimentasi dengan penggunaan bedak, ketiak jadi berdaki dan baunya semakin tengit sebab bedak itu remain on the same place.
Ada juga orang cakap belalah bulu ketiak sebab peluh-peluh akan terperangkap dekat bulu tersebut. Ughh. Menaip saja sudah buat tekak aku kembang. Lagipun sama juga, air peluh kekal dekat tempat itu juga. I prefer bulu-less, amat maskulin dan metroseksual. Hah.
Semalam di gimnasium jam 3 petang, aku dah siap-siap dengan produk ketiak yang baru dibeli di sebelah pagi. Aku pakai baju kain cotton yang agak tebal berwarna hitam lengan panjang. Aku tahu, gimnasium adalah tempat yang di mana apa saja bau kurang menyenangkan otak kita akan menerima ia sebagai detergen berbau floral. You know, detergenkan berbau tengik.
Tak sampai setengah jam, aku dah berpeluh dekat sebaldi. Ketiak jangan ceritalah. Jika baldi imaginari tersebut ada, aku yakin 3 per 4 kandungannya datang dari ketiak semata-mata. So, jika ada peluh maka mestilah ada by-product nya. Bau tengik.
Aku keluar dari gimnasium untuk menguji hipotesis aku yang di mana apa saja yang kita pakai ia hanyalah satu benda yang boleh kita salahkan jika benda tersebut tak mendatangkan hasil yang dihajati. Keputusan uji kaji boleh disangsikan jika dibuat dalam gimnasium atas sebab yang telah dinyatakan di atas.
'Well I'll be damned,' kata aku sambil gelagat aku mencium ketiak diperhati pemandu kenderaan lalu lalang yang memerlahankan kenderaan macam ada kemalangan maut yang melibatkan sebuah treler angkut longcan bertembung dengan lori SWM(South Waste Management).
Berteriak sakanlah aku kerana aku akhirnya telah berjumpa dengan penawar sensasi bau ketiak. Bagi aku, inilah dia ultimatum. Kamu? Well, keep looking. Godspeed.