Siapalah yang tukang buat bendalah sial ni. Aku dah cuba pelbagai metod supaya sistem komputer aku bersih dan sesuci air mazi.
Seperti biasa, jika kita berdepan dengan situasi yang kita tak dapat tangani, kita akan pergi jumpa dengan orang yang berpengalaman. Oh fuck, aku benci jumpa orang dan selaku orang yang mempunyai ego yang tinggi melangit serta hipokrit dalam diam, aku masih lagi seek help.
Aku tak bertanya pada orang maka aku gunakan apa yang di depan mata. Aku Google "how to remove autorun.inf".
Shazam!
Terdapat lebih sejuta respon terhadap carian aku. Dan selaku orang yang bapak pemalas, aku akan klik top result tanpa baca deskripsi pautan yang diberikan.
2 jalan penyelesaian.
1. Remove manually.
2. Pakai perisian.
Menggunakan cmd.exe, aku rasa masin sebaik sahaja lidah ini menjilat bahagian atas bibir dek kena kencing(tipu) dengan kononnya "The CMD Expert". Terlebih dahulu aku semak attribut fail autorun.inf dan aku kenal pasti betapa pukimaknya bendalah ni sebab ianya adalah dalam bentuk baca sahaja atau read-only dan ianya permanent hidden. Bila aku un-check checkbox attribute read-only, maka keluarlah satu tetingkap yang menyatakan bahawa, aku tak berapa ingat apa yang dia tulis maka aku tulis dalam versi aku yang sendiri:
'Tak boleh padam. Tak boleh ubah apa-apa. Tak boleh buka dan tak boleh ubah isi kandungan."
Access is denied. The CMD Expert menyatakan jika aku tak boleh buang autorun.inf dengan cara tersebut, aku perlu boot komputer aku kepada safe mode dan ulang semula proses menaip cd.. cd.. cd.. sampai ke direktori akar. Kemudian cuba buka fail tersebut dengan menaip autorun.inf dekat tetingkap command prompt. Tukar attribut dengan menaip attrib autorun.inf -s -h -r(kalau tak silap) dan tekan enter dan kemudian masukkan kata arahan delete autorun.inf.
Membaca arahan The CMD Expert saja sudah membuatkan mata aku mengecil dan nafas aku menjadi perlahan dan tanpa aku sedari tangan kiri aku dengan perlahan menggapai bantal yang terdekat untuk disorongkan ke kepala.
Dan seperkara lagi, aku ketinggalan banyak siri Scrubs, House dan Grey's Anatomy berikutan ketiadaan apparatus muat turun yakni komputer aku yang duduk bercendawan dekat tempat repair komputer hampir 4 bulan. Aku sedang muat turun semua episod yang aku missing out dan aku takkan sesekali reboot sebab setiap saat bagi aku equivalent dengan 200 kBps. Itu cukup berharga. Untuk aku.
Maka aku cari opsyen yang lain, yang lebih mudah dan the best part of it; tak memerlukan proses reboot. Aku memilih penggunaan perisian. Sebelum aku klik dekat pautan yang diberikan enjin carian Google, aku terfikir dan teringat tentang 1 perisian yang sebelum ini aku gunakan untuk buang virus komputer. Ianya efektif dan comes with list of serial numbers.
Faham-faham sajalah jika kamu muat turun perisian yang nampak macam bagus, kamu hanya diberikan versi trial yang di mana kamu boleh pakai dalam masa 14 ke 30 hari, ikut kemurahan hati tukang buat perisian tersebut. Ada pula yang lebih pukimak dengan menjanjikan perisian percuma dan lepas proses imbasan dibuat dan virus dikenalpasti, virus tersebut hanya boleh dibuang dengan membeli product key. Bukankah itu satu besar sial?
Tune-Up Utilites dengan aplikasi Tune-Up Shredder. Shredder machine semua orang tahu bukan? Masuk sehelai kertas putih dan 5 saat lepas tu kamu akan dapat buat pubic hair yang beruban dengan mengeronyokkan the by product.
There. Jika kamu menghadapi masalah yang serupa, ingat beberapa perkara ini:
1. Jangan pakai komputer orang lain.
2. Jangan cucuk peranti luar milik orang lain ke komputer kamu.
3. Jangan cucuk peranti luar milik kamu pe komputer orang lain.
4. Kalau tak mampu pakai komputer jangan pinjam komputer orang lain, pakai mesin taip.
5. Google bukan epitome penyelesai masalah.
6. Benda-benda yang aku syorkan semuanya berguna.
7. Aku nak kencing, sejuk sebab hujan tak berhenti dari pagi tadi.
8. Aku masih lagi tahan kencing sebab abang ipar aku tengah mandi.
9. Majulah kod sumber terbuka untuk nerds all over the globe.