Isnin, Mac 23, 2009

Bedumdum-ke-dumdum.

Itu adalah bunyi tabla. Atau bongo. Tabla sebab bongo lebih kepada puk-klepak. Entah.

Dalam DVD Outsoured yang dibintangi oleh Russell Peters pada tahun 2006 yang lepas yang selamat dimuat turun aku 2 tahun selepas ianya berada di pasaran, telah dimuatkan bunyi di atas. 

Telah menjadi tabiat setiap filem/drama yang dimuat turun akan aku pastikan ada sarikatanya sekali. Itu proses aku belajar Bahasa Inggeris, dari sarikata dari lirik dari teks yang datangnya bukan dari buku teks. 

Buku teks sucks sebab tak ada sokongan audio. Tau eja saja, nak sebut sampai tergeliat lidah. Cikgu yang mengajar pula kalau zaman aku sekolah rendah dulu, nasiblah kalau dia tahu. Kalau tak tahu dia pun main sebat je. 

Outsourced bagi aku adalah gedung daya pemikat. Banyak ayat-ayat, punchlinenya, walaupun berbaur perkauman dan seksis, tetap membuatkan wanita-wanita terkondensasi.

It's not like Russell ada speech impediment yang membuatkan aku tak faham apa dia cakap. Dia cakap sebijik-sebijik. Sepatah-sepatah. Jelas. Seperti yang aku cakap, proses pembelajaran aku memerlukan bantuan audio dan teks. 

Jumpa punchline yang gila babi punya kelakar, aku pause video dulu. Ambil pen, ambil kertas, salin bulat-bulat. Siap buat terjemahan dan interpretasi aku sendiri dalam Bahasa Melayu lagi untuk mereka yang don't get it.

Tak buat macam tu pun. Sebab aku tak ada sarikata Outsourced. Aku cuma ingat-ingat alang je benda yang dia sebut dan seperti biasa, selaku orang yang mempunyai ruang ingatan yang terhad dan volatile, aku lupa.

Aku kena cari juga sarikata dia. Aku pergi Subscene. Aku masuk kata carian "Russell Peters". Kenapa aku tak pakai kata carian Outsourced? Sebab aku ada beberapa video lain dari Russel Peters dan berharap sangat setiap video tersebut mempunyai teman yang sama nama dan berikon Notepad dengan extension .srt.

Tak ada. Baik Show Me The Funny, baik rilisan Comedy Central, baik Outsourced. Hapah haram pun tak ada. 

Seingat aku, dalam DVD Outsourced, Russell ada cakap dia nak bersara dari dunia hiburan. 3 tahun yang lepas dia cakap macam tu. Maka aku, seorang yang naif lagi gullible percaya bulat-bulat dan sama-sama dengan audiens ber-"aaawhhh".

Hasil carian Subscene punya crawler, aku dapat tahu dia ada buat 1 lagi stand up comedy yang juga telah dimuatkan dalam DVD yang berjudul Russell Peters: Red, White And Brown. Tahun lepas punya barang. Buat dekat Madison Square Garden. Kali ini dia tak ada cakap apa-apa pasal  bersara bullshit maka dalam gelungan 2 bulan sekali aku akan mengingatkan diri sendiri untuk Google his ass.

Ini pautan untuk kamu, you filthy downloaders!



Itu untuk torrent, RapidShare rasa-rasanya ada kot. Entah. Carilah sendiri. 

Ajaklah orang tua, adik beradik, jiran-jiran sesiapa sajalah yang terlintas dalam kepala kamu tengok sekali bila dah siap muat turun nanti.

*Maybe I'm the only idiot yang baru tahu pasal bendalah ni. So, go fuck yourself.