Tapi aku tetap rasa macam sial.
Mungkin rasa sial itu datang sebab dalam banyak-banyak siri dia balik, tak pernah sekali pun aku dapat pegang dia lebih dari 5 saat tanpa dia melalak. Jangan kata nak peganglah, aku baru nak dekat dia dah cembeng, Maunya tak aku rasa macam nak hidup enjin kereta dan memecut ke kedai snuker berhampiran untuk menghabiskan masa bersama objek yang kena pukul, baling, sumpah, maki sekalipun, takkan ada comeback.
Minggu depan orang tua aku ada pembedahan mata. Ini membawa makna rumah aku bakal penuh dengan 2 bas saudara-mara dari seluruh pelusuk semenanjung. You wish. Kakak-kakak dan abang-abang ipar aku sajalah. Dan mereka bukan subjek yang penting.
Anak buah sulung aku.
Aduhlah. Dah aku belajar dari ratusan video dari YouTube dengan kata carian "how to be a competent clown" sebab dari segi logiknya, bukan budak-budak kecik saja yang suka badut, arwah Atok pun gemar dengan badut.
Aku dah siap sedia. Kostum tak adalah, aksi saja. Mungkin tak akan membuahkan hasil sebab 2 minggu lepas masa Along aku balik, dia ada cakap masa aku datang dekat anak dia, 'tengok tu, monster' sambil menyamakan aku dengan imej sasquatch yang secara kebetulan ada pada helaian muka surat majalah yang dipegang Along aku. Fuck it, I'm not hairy.
Motherfucker. Along aku sendiri dah tanam imej bukan-bukan dekat anak dia. Minggu depan adalah peluang terakhir. Kalau aku dah buang malu dan jadi bukan aku pun tak jalan juga, alamatnya aidilfitri nanti aku taknak bagi dia duit raya.
Aku akan cakap macam tu nanti dekat budak tu. Sebut pasal duit, tak kira umur, semua suka. Betul apa, benda kedua kita belajar masa kecik-kecik dulu selepas bahasa pengantaraan masing-masing adalah ekonomi.
So, teguh aku nyatakan budak kecik tu mesti rasa tergugat punyalah.
Badut yang taklah badut mana, diikuti dengan propaganda duit jika opsyen badut tak berkesan.
Aku adalah contoh pakcik yang ulung.