Kalau orang baik-baik itulah antara cara mereka meninggal dunia.
Bapa kepada seorang teman rapat aku telah laid to rest pagi tadi. Dari apa yang aku dengar dari sumber yang dipercayai-isteri arwah-yang bersama dengan arwah hinggalah ke akhir hayat beliau, sahihlah arwah pergi dengan mudah.
Sempat dia take the last stock of his life-hisap rokok, ambil tahu perkembangan semasa-baca surat khabar dan next thing you know, he's gone.
Aku jarang menghabiskan masa dengan orang tua kawan-kawan aku tapi yang 1 ini aku jadikan pengecualian sebab jasa dia paling besar dalam hidup aku. Dari aku habiskan masa seminggu merengkok dalam lokap, aku kembali menjamah the real food dalam masa 2 hari. Arwah bukan polis.
Dari tak boleh dijamin hinggalah boleh dijamin hinggalah kena hambat dengan batang paip dengan orang tua masing-masing. Ada 8 orang kot sama-sama tidur berselimutkan seluar dalam dengan berkongsi kesalahan yang sama.
Itu baru 1, dia ajar aku banyak benda dengan hanya memudahkan urusan jaminan.
Pertama, kebebasan.
Barulah aku tahu macam mana perit hidup dalam sangkar. Makan macam sial, tidur macam sial, hidup seharian habis kalau tak termenung, melanguk. Berbual sikit nak gembira-gembira kena hamun. Nak buang air pun ahhh...
Kedua, ibu bapa tetap akan terima hakikat bahawa seberapa jahanamnya anak mereka, mereka takkan sesekali memadamkan ikatan anak-beranak. Takkan. Dalam kes-kes tertentu memang adalah tapi jarang jadi maka, shut the fuck up.
Damn, aku memang nak sambung taip tapi aku dah nak bersiap pergi rumah arwah. Aku tahu aku bakal main peranan penting kejap lagi. Paling kurang jadi runner beli sampul angpow, paling hebat menjadi 'that guy', 'that-sensitive yet has mountain-like inner strength-guy'. Bagus untuk profile memandangkan banyak orang-orang kenamaan bakal hadir.
Tata Titan.