Rabu, Mac 25, 2009

Antitesis Ukelele.

Sedang aku melanggar pantang dengan balun bihun goreng jam 1.30 pagi, seorang teman yang sibuk dengar lagu yang aku salin ke telefon tiba-tiba growl. Menderam. Mujur meja makan kami agak isolate dan cocok dengan nama meja itu yakni "the-nobody-gives-a-shit table". Kamu buatlah apa saja sekalipun, hatta bogel sekalipun, seorang pun takkan hapik.

Lagu rasmi adrenaline rush aku ketika di gym berkumandang. Dari fon telinga dia buat loud speaker. Heavy Metal ke udara. Lagu Redneck yang dimainkan oleh Lamb Of God boleh disamakan dengan lagu Matsuri oleh Kitaro dari sudut ketrankuilitiannya, itu aku.

'This is best bro, this is the biggest thing in Indonesia bro.'

'Yolah.'

Why the fuck Indonesian nak dengar metal adunan MTV? Gila mengikut selera pendengar, bisik hati aku.

'Lu lupa ke bro? Dulu tour Indonesia kan diorang semua layan metal, nak cari ghetto tech celah lubang cirit mana?'

Aku fikir bagus juga ada MTV sungguhpun dah banyak terpesong fungsi sebenar sesetengah genre muzik dari do the right thing, like create a revolution for example. Tapi baguslah. Mesej mungkin tak ada tapi akar muzik itu tetap ada. Bunyi sebenar itu ada. Dah sampai Asia, lebih spesifik, Asia Tenggara atau nak lebih narrow down; MAPILINDO. Bila dah tahu macam mana a particular genre sounds like, pandai-pandailah masing-masing tulis lirik agar you know, secocok dengan jiwa orang MAPILINDO ini yang gemar sangat memberontak. 

'OK, Indonesia is well known for its metal musicians. So what? You want me to put it in the front cover of the big-whoop magazine?'

'Bukanlah. Indonesian yang layan metal majoriti jantan. Kot perempuan pun, groupies, moshpits, yang tak payah belajar main getar, dram, apa cirit.'

'Uh-huh.'

'How about if I tell you ada perempuan yang main lagu metal?'

'Get out of here.'

'I bullshit you not. Balik karang kau pegi search kat YouTube: Prisa.'

Aku memang malas nak melayan lagu-lagu tak tentu arah bila jam dah melepasi pukul 12 tengah malam. Lagu-lagu orkestra tak mengapa kerana...kerana aku perlukan tidur? Idiot.

Sebelum aku berangkat pulang, teman itu menjerit dari jauh, 'she's cute!'

Ni yang aku malas sangat ni.

So I took the liberty salin tampal video Prisa dekat sini. Tiada lain yang lebih turn on melainkan perempuan ni.