Ahad, April 05, 2009

Tick Tock, Clarice.

Maka akan datang kepada kamu satu cahaya putih yang di dalamnya terkandung paparan talian-masa kehidupan kamu. 

Bila?

Apabila kamu sedang memandu dalam hujan lebat, baik benda yang kamu pandu itu bertayar dua, empat hatta enam belas sekalipun, ia pasti akan datang.

Pengalaman keluar daripada badan. Kamu memerhatikan diri kamu dari atas atau sisi lain, kerana kamu sekarang bebas bergerak dan meninggalkan jasad kamu keras. Metafizik menjelaskan this shit happens, among other things.

Hujan lebat memaksa kita memandu dengan perlahan and I'm all against driving slow. Lantaklah hujan lebat mana, aku mesti mahu sampai destinasi sehabis cepat yang boleh. Dengan enjin berkapasiti paling rendah sebuah kereta boleh ada, aku boleh sampai dari Titik A ke Titik B jauh lebih cepat dari mereka yang memandu kereta besar, enjin besar, ekzos besar, tayar besar. 

Kebanyakan pemandu yang mempunyai kereta yang boleh dikategorikan sebagai laju dan mahal mempunyai satu paranoia tentang memandu dengan laju. I tell you what, your car was built to make you go faster not any slower than my sad excuse that I like to call, my car.

Stereng kereta aku akan mula bergegar apabila halaju mencecah 90km/j, tapi aku tetap gun the motor sampai boleh pergi takat 120km/j. Tangan aku naik kebas-kebas menahan gegaran tapi aku tak kisah sebab aku hidup untuk bahaya. 

Sejak aku kecil, aku telah didedahkan dengan segala konsekuensi terhadap benda yang kita buat. Worst case scenario bagi setiap perbuatan adalah kematian, jadi let's go with second worst. Ianya bervariasi, penuh warna, penuh drama.

Maka aku buat semua benda tanpa perlu fikir panjang kerana aku dah tahu if anything goes wrong, I'm gonna ended up as a vegetable. Saban hari ada saja benda bukan-bukan aku akan buat seperti main masak-masak, betulkan sistem pewayaran rumah, muat turun pornografi, curi akaun RapidShare orang, baca majalah gusti yang mengandungi imej explicit ketika darjah 6, memandu kereta manual dengan sebelah kaki dan tangan sebab yang lagi sebelah sibuk melambai pemandu berlainan arah dan banyak lagi.

Dan seperti yang aku taip tadi, semua benda tersebut boleh membawa maut. Ianya mungkin takkan datang sekaligus, la itu juga. 

Consider this; kamu terperangkap dalam vorteks sesalan terhadap benda yang kamu buat, let's say main masak-masak, dan kamu gunakan pisau sebenar yang digunakan untuk memotong daun pokok mangga yang hendak dijadikan pseudo-salad dan menikam kerongkong bertalu-talu. The very same knife yang kamu simpan berpuluh tahun dan kamu telah menempa nama dalam sesuatu bidang dan kamu dikenali dan pada suatu hari kamu terima blackmail dari seseorang. Seseorang yang kamu dah sekat dari kotak memori. Seseorang itu adalah teman permainan masak-masak tatkala kamu masih bodoh-bodoh sengal satu ketika dulu. Kerongkong itu, mungkin kamu punya mungkin kawan kamu punya. Either one, death will involve.

Nampak tak? Aku pun tak faham apa benda yang aku taip kat atas. But I hardly made my point: I'm not afraid. Death that is.

I'm so used to pain that I can associate it with pleasure. Bukan masochist, indirectly. Fahamkah kamu dengan terma masochist? Tak? Pergi semak sendiri.

And I thought death is all about pain. I can take pain. No biggie.

Beberapa hari yang lepas ketika aku sedang memandu dalam hujan lebat dengan kelajuan konsisten 85km/j, kereta dari arah bertentangan ran over a huge puddle dan air menyimbah dan menutup pandangan depan aku. The front view was totally covered with soaked water. Tak lama, 5 saat macam tu.

Dan itulah 5 saat yang menumbuk-numbuk aku sebab betapa pukimaknya tanggapan aku terhadap kematian. Semua benda yang aku buat sebelum ni semuanya berkesudahan dengan kesakitan, baik sakit sikit-sikit mahupun galaktikal. Aku tahu aku masih hidup sebab aku rasa sakit. 

5 saat tersebut membawa aku ke dimensi yang lain yang di mana semuanya berwarna putih. This is true, I shit you not. Damai. Tak ada bunyi, tak ada hidupan lain selain aku. Maka aku buat satu benda yang biasa orang akan buat jika mereka berada dalam situasi yang tak mungkin berlaku, by pinching all manly-like my hand. 

Tak ada rasa.

Where's the pain? 

Sedar-sedar aku bernafas kencang dengan tangan aku keras menggenggam stereng dan menghala laju ke arah tiang lampu.

'Shit! I don't wanna die!'

Aku tekan pedal brek, bukan mengejut. Kot berpusing lagi parah. Dan aku selamat. Kereta lain tak ada. Hanya aku seorang saja yang memandu kat jalan tu, dan seorang pemandu lagi yang dari arah bertentangan yang aku cerita kat atas. Dia pun entah ke mana.

Dan aku tersenyum tersendirian. 

Minda aku dari kosong terus disuntik senses untuk buat benda yang betul. That means I'm a frickin' genius. Tahukah kamu kebanyakan kemalangan dalam hujan berpunca daripada brek? Tak tahu? That's probably because I made that shit up.

Pengajaran kamu minta? Kalau dah tahu hujan, jangan keluar. Duduk rumah minum kopi dan makan ubi rebus cicah garam. Dan kamu mungkin akan mati tercekik atau diserang penyakit berkaitan gula/garam.