Ada benda yang kamu perlu gusarkan, peluh-jantankan, terrified about.
Apabila kamu sudah buat sebanyak benda yang kamu mahu buat dalam hidup, and you're still in your early 20's, chances are you going to get married. 1 lagi benda yang membosankan untuk dibuat, kahwin.
Don't surrender yet.
Berkahwin bagi aku adalah satu tanda jatuhnya seorang perajurit di medan perang. Bagaimana dia jatuh? Tersadung kaki masa sedang buat the manliest maneuver there is: pergi ke kawasan musuh with a bomb strapped in the back. That ain't suicide. In some beliefs, you'll go straight to heaven for that. Bayangkan seorang perajurit tengah bersemangat berlari sambil melaungkan apa benda yang patut dilaungkan, kebiasaannya "AHHHHHHHHHHHH!!!" atau kalimah suci atau mengucap, dan apabila perajurit tersebut lagi 10 kaki nak sampai ke pangkalan musuh, dia tersepak batu atau tersadung kaki lantas jatuh dan kena bantai gelak by both the offenders and the defenders.
Dan disebabkan that little stunt he pulled, the offender find enough time to drop a tiny atomic bomb dekat kawasan the defenders, tanpa sesiapa pun perasan. Sebab dalam peperangan, tiada sesiapa patut gelak. Perajurit itu selamat sebab he's like a mile away daripada kawan-kawan seperjuangan yang lain dan impak daripada letupan tersebut hanya ngam-ngam untuk mereka yang sebatu di belakang. Dan dalam mini anekdot ini, perajurit tersebut adalah pihak yang bertahan, if you're lost.
Perajurit tersebut masuk muka hadapan akhbar nasional negara offender dengan tag "Polan bin Si Polan: A chicken."
That's how it feels like when you're getting married in the early age of 20. Or that's just me.
Aku punya major to-do-list baru bertanda sedikit. Half of page down, 100 more to go.
Salah satu daripadanya yang belum bertanda adalah memburu.
Aku tak ada lesen memburu hatta senjata api. I don't plan to get any.
Tapi dah ada dalam aku punya sacred to-do-list, maka aku kena buat. Aku kena pilih binatang dan senjata dan lokasi yang sesuai dan oh, masa. Memandangkan aku tak tahu bila ajal datang, aku kena buat jugalah apa yang termampu aku buat untuk membuktikan aku boleh percaya cakap aku sendiri. Kalau aku cakap aku nak buat, aku buat.
I was thinking about whale, but I don't have the ship nor the harpoon. That and navigational expertise plus things about the ocean. Benda yang aku tau pasal laut terhad kepada buka baju dan cannonball!!!
Aku dihantui kemahuan aku sendiri. Damn the complexity.
Aku lapang malam ni. Membawa makna aku dah berjaya buka pintu untuk memburu. Itu kunci kepada semua benda dalam aku punya to-do list. Ada kelapangan, katakan hello kepada kemahuan nombor 17.
Senjata memburu: stapler gun.
Binatang yang hendak diburu: it's either 4 legs or no leg at all.
I don't feel like going out in the middle of the night, afraid I might catch a cold or some shit. Membawa aku kepada lokasi: bilik aku je, tak payah susah-susah.
Dan aku secara rasmi bergelar seorang pemburu dengan hasil buruan 4 ekor cicak.
Now to find a pen to tick the checkbox....