Rabu, April 08, 2009

Tambahan?

"Saya memohon agar denda dapat dikurangkan."

"Itu saja?'

Aku angguk.

"Seratus tujuh puluh. Bayar di kaunter ad-hoc trafik dekat luar."

Beberapa bulan yang lepas aku kena kompaun dengan JPJ sebab tak pakai tali pinggang keledar. Pada hari aku kena tahan, notis kesalahan dikeluarkan tanpa nilai sebenar denda ditulis. Aku tak pernah kena saman dengan JPJ, tapi kalau saman jabatan trafik jangan ceritalah. Kalau nak diikutkan duit yang aku dah bagi dekat bahagian trafik, sebiji motor berkuasa tinggi mereka jika dibeli secara ansuran, duit yang dah aku bagi mereka itu berupaya jadi deposit.

Aku tahu denda maksimum untuk kesalahan bangang macam tu memang 300 ringgit maksimum. Dan aku juga tahu untuk membuat bayaran, aku haruslah ke pejabat JPJ. 

Selang 2 hari selepas dikompaun, aku pergilah ke pejabat sebab well, aku seorang pemandu yang berhemah lagi beretika. Aku taknak disebabkan small glitch macam tu esok lusa aku kena tanggung konsekuensi yang lebih berat. I've had it enough of being a risk taker.

Aku berurusan dengan seorang wanita lingkungan 30-an. Lengkap berpakaian seragam. I got turned on actually cos all I could think of how sexy and kinky it was to make a sweet sweet love to a woman in a uniform. Dengan memakai topeng aku-oh-so-authoritatively dan menghukumi aku atas kesalahan memasuki kawasan larangan dengan kelajuan yang tinggi.

"Tiga ratus," kata wanita itu, "nak bayar sekarang ke bila?"

"Erk. Banyak tu. Tak boleh kurangkan ke?"

"Dekat sini kitorang just terima bayaran maksimum untuk kesalahan yang kamu buat."

Aku tukar posisi duduk. Dari posisi duduk orang bersalah kepada posisi 'I'm gonna pour a bottle of honey all over you and for the next two weeks, pretend like I'
 a hungry bear' atau singkatnya menggoda. And I thought that was going to work.

That woman is made of steel, and I bet if she has a kid, budak tu confirm rongak sebab masa nursing, that kid sucked on a metal nipples plus bitin' that shit.

Tak laku teknik godaan aku. 

"Tak boleh. Dekat sini kitorang takde cakap banyak. Pesalah hulur je berapa kitorang minta and my baby need a pair of shoes, if you know what I'm talking about."

"OK. Saya taknak bayar banyak macam tu. Ada cara lain?"

Dia ambil notis kesalahan aku dan tulis dekat sebelah belakang tarikh, nombor bilik dan waktu perbicaraan beserta satu nota kecil yang ada nombor telefon entah siapa. 

"Masuk court?" 

"Yup."

"Oh, crap."

Pagi tad adalah dekat 50 orang bersesak-sesak dalam bilik perbicaraan. It's nothing like a real court. Hakim dia pun aku rasa lagi tua dari aku 4 5 tahun. 

Saat yang dinantikan tiba. Pementasan teater berjudul "Jeritan Batinku" bakal dipersembahkan. Pertama sekali, nama pesalah akan dipanggil. Kemudian kesalahan akan disebut dan kamu akan ditanya apa kamu faham dengan pertuduhan yang dibacakan.

Seterusnya, pesalah akan diminta untuk kemukakan rayuan. Macam-macam lah yang disebutkan oleh pesalah dan aku dekat bangku belakang terhibur lantas membunuh kebosanan menunggu giliran.

Untuk kesalahan yang sama dengan aku, ada 20 orang. Aku berpeluang dengar beberapa rayuan yang boleh aku jadikan panduan bila sampai giliran aku nanti. Aku sepatutnya merangka auta tapi aku sibuk gelakkan kesungguhan orang lain untuk menjamin mereka ada benda untuk di makan pada hujung bulan ini.

RM130 ke RM170. Itulah julat bagi nilai denda yang perlu dibayar serta-merta. RM130 itu milik orang sebelum aku, seorang ibu berusia 28 tahun yang ditemani anak dan suami beliau. Dia mengambil masa 20 minit untuk meyakinkan hakim dia betul-betul susah. Ergo, RM130 untuk 20 minit.

Aku: 2 saat. Dan aku lebih banyak pakai pergerakan kepala dari bercakap.

"Tambahan? Takkan taknak tambah apa-apa?"

Aku geleng. Aku tahu salah aku. Dan aku tahu orang ramai bersusun dekat luar dan aku hanya mahu mereka pulang awal dan mencium dahi orang yang tersayang seraya berkata, "Sayang, I make a total fool out of em!"

Selesai urusan pembayaran, aku balik. Aku ada destinasi lain perlu dituju. Ke hospital. Tapi, apa-apa pun, I'd have to get my grub on. Maka aku singgahlah di kedai tepi jalan. Rata-rata yang makan sekali dengan aku adalah mereka yang sama-sama bagi deposit kenderaan mewah kegunaan pejabat untuk mana-mana organisasi yang memerlukan.

Sebuah BMW 3 Series lama berwarna perak parking betul-betul depan kedai macam dia seorang saja yang ada BMW. Aku pun adalah! O wait, that was BMX.

"Well I'll be damned." bisik aku.

Kakak yang menang anugerah pelakon terbaik itu melangkah keluar dari bangku pemandu. 

Ada kemungkinan kereta itu milik dia dan laki dia ada kereta lain. Aku mati-mati ingat dia satu keluarga duduk merempat, datang mahkamah naik bas, makan sehari sekali. 

Oh realiti.

Dan kenaifan.