Khamis, April 09, 2009

Tak ada ya? Mari sini aku adakan.

Filem tanpa sarikata?

Maka akan pincanglah hari aku. Tukang buat subtitle bagi siri-siri TV tidak berapa minat untuk buat sarikata Scrubs Season 8 Episode 13. Ada tu ada tapi dalam Bahasa Sepanyol dan 2 bahasa lagi.

Aku nak buat apa dengan sarikata dalam Bahasa Sepanyol? Faham pun tidak.

Aku takkan tonton sesuatu filem/siri TV tanpa sarikata untuk tujuan penghayatan maksimum. Ada ayat kita faham dan ada yang disebut oleh bintang filem/siri TV tersebut janggal dan berbunyi pelik, mungkin atas sebab accent/slur atau mungkin there's a gum stuck in the throat. 

Dah lebih seminggu Scrubs season 5 Episode 13 terarkib dalam hard disk aku. Dah keluar episod 14 dah pun. Ini tak boleh jadi. Aku kena buat sesuatu.

Maka aku gunakan benda yang ada depan mata. Aku cari subtitle siri tersebut. Buat kali ke-125, 3 bahasa asing sahaja yang ada. Aku muat turun versi Sepanyol. Aku ekstrak fail .RAR, aku buka fail .SRT dalam Notepad. Soheh, aku tak faham.

Tak menjadi masalah. Aku boleh buat translasi secara atas talian menggunakan Google Translate. Molek hasilnya. 

Still, I got 1 problem. 

Ada ralat masa VLC Media Player cuba memainkan episod tersebut. Gambar keluar tapi sarikata tak keluar. Format masa dalam sarikata adalah seperti ini: 

00:00:01,917 --> 00:00:03,703

Tapi hasil proses translasi Google Translate adalah sebegini:

00:00:01,917 -> 00:00:03,703 

Which is fucked up. Aksara kuncinya adalah '-->' dan '->'. 

Tak apa. Aku boleh selesaikan masalah ni dengan menukar aksara istimewa di atas secara manual yakni cari baris demi baris time stamp. Rajin amatlah aku nak buat kerja buang masa macam tu.

It's over 500 dialogues! I'm only human, I was programmed to give up easily.

Dan disebabkan resam aku manusia, aku buat malas aku dan biarkan program yang aku baru siapkan jalankan tugas menukar string  '->' kepada string '-->'.

Here's a sneak peek of that program:

Menggunakan Visual Studio 2005. Lengkap dengan fungsi Save File. Load File aku tak ingat kod dia. So basically what you need to do is copy-paste desired text dekat ruang sebelah kiri dan tekan butang yang belah kiri. Hasil dia dekat Kotak Teks Kaya belah kanan. Dan untuk simpan, aku dah setkan extension kepada .SRT. 

Memanglah apa yang Dr Chris Turk cakap lain dengan apa yang ditulis oleh sarikata but it's better than nothing.

OK. I'm gonna fulfill my destiny and save the world of showbiz once more.