Sejak kecil aku dah belajar buang malu untuk berhadapan dengan orang ramai untuk buat apa sajalah persembahan. Kau cakaplah apa, tarian? Darjah 3 aku buat tarian inang masa mesyuarat PIBG. Pentomen? Aku buat suara, aku juga yang melakonkan watak yang aku buat suara tersebut. Menyanyi? Suara aku sumbang tapi itu tak memberhentikan aku dari terus menghabiskan lagu sungguhpun juri masa masuk pertandingan kugiran masa tingkatan berapa entah dengan membawa lagu Zainal Abidin yang, juga, bertajuk apa entah. You name it.
Seorang teman rapat aku yang juga tahu bakat lakonan terpendam aku yang telah melihat aku punya power house performance dalam impersonate watak Lord Nibbler dan Morbo dari siri Futurama, mengeteks aku untuk beritahu aku ada orang nak pakai aku untuk satu telefilem sempena Aidilfitri yang mendatang.
"I think he wants u to be some sort of extra actor and some shit."
"Word?"
"Not so sure. Maybe. Heck, just wait for his call. I already gave him yr num."
"Solid."
First, I didn't know who the fuck her friend was. All I could think of, kawan dia mesti dalam barisan pengarah atau sesuatu yang berkaitan sebab kalau nak pakai pelakon tambahan, it has to be the director's decision.
So he called. Pada jam 6.30 pagi Ahad. Besar sial aku bilang sebab aku tak cukup tidur pada malam Sabtu tersebut.
"Dude datamg set kat sekian-sekian lokasi. 8 o'clock. On the dot."
"Ekau sapo?"
Blablabla. Aku setuju. Mandi dan siap-siap. It took about 10 minutes. Normally I'll spend at about half an hour untuk mandi, menyahtinja dan sarung mana yang tercapai tapi memandangkan jarak lokasi pengambaran dari rumah aku boleh dikategorikan sebagai mak datuk jauhnya, aku korbankan the very last pleasure a man could ever has; poop.
One cubic meter of shit save is one hell of a payday earn, in due time.
Aku tekan pedal minyak habis-habis. Aku sampai 5 minit awal dari masa yang ditetapkan. 'Hiper-skema' kata kawan kepada teman rapat aku.
Pergi mampus sama kawan kau. wahai teman rapat aku. Mereka sampai sama seperti yang aku agak yakni sampai lambat.
Setengah jam lewat. Kalau mereka tahu betapa susah aku menyabung nyawa main potong main pecut main hon main isyarat tangan penuh biadab semata-mata untuk memberitahu mereka masih lagi ada Melayu yang boleh pakai cakapnya, pasti berjujuran air mata mereka dek terharu which I thought was going to happen and which was not bound to happen. Air mata ya berguguran tapi sebab gelak.
Nasib baik aku tak bawa sabit rumput.
Aku berjumpa in person, for the first time, face to face dengan kawan kepada teman rapat aku. Muda rupanya. Tua dua tahun daripada aku. Aku dah mula syak benda bukan-bukan. Tak mungkin dia pengarah, muka tak ada seni. Dan lebih menyokong syak wasangka aku, kehadiran pouch bag besar yang tergantung pita selofan, dan barisan pita pelekat dari jenis yang lain, pisau Swiss 1000-dalam-1, pemutar skru, mancis, dan benda-benda lain yang amnya akan dibawa oleh seseorang yang bergelar prop master.
"You ain't no director and shit. What the fuck are you exactyly?"
"Prop master."
"As I expected, a minute ago. I'm so gonna tear her a new one."
I'm not physically built to do hard labor. But I gave it a chance. Dengan upah sebanyak RM150, agak sukar untuk aku kembali ke kereta dan memandu pulang ke rumah. RM150 sungguhpun berbunyi kecil bagi kamu, tapi untuk aku duit sebanyak tu akan habis dalam jangkamasa sebulan setengah. Boleh? Tak payah jawab.
Yes, I've spent most of my time in the gym but that doesn't mean I'm up for anything that requires strong arms and legs, big chest, tight buttocks and in certain production house, a boyish/manly looks.
Aku kuat berpeluh. Heck, I was covered in sweat 5 minit selepas tugas pertama yakni sapu sampah dekat set. Tak banyak pun kena sapu. Untuk keluasan 3 meter persegi, aku berpeluh sama seperti orang baru tamat acara triathlon punya berpeluh. No shit.
Sumpah aku tak ingat apa nama telefilem tersebut tapi I'm good with numbers maka aku ingat bila tarikh ia ditayangkan. 5 Aidilfitri, ke 3. Man, I'm not good with numbers too, apparently.
Barisan pelakon yang membintangi telefilem tersebut: Something-something Buyong ke Buyung, pelakon veteran yang pegang watak Pak Seman. Budak kurang upaya yang menang tokoh Maal Hijrah, alah yang naik papan luncur Masterskill tu lah. Juga aku tak ingat nama dia. Liza Abdullah, Maizurah Hamzah, Radhi Khalid, that girl yang kononnya entah betul entah tidak gambarnya sedang berasmara dirakam, what's-her-name, aduhlah...aha! Nope. False alarm.
Pengalaman bersama what's-her-name. She thought I was going to be all nosey and jakun bila masa dia pergi duduk sebelah aku. I didn't even look at her. I was too busy day-dreaming about what to do with that 150 bucks. Aku memang kena duduk dekat tempat yang dia tiba-tiba duduk, tempat yang penuh semak dengan lampu, wayar apa cirit sebab aku kena pegang pinggan yang berisi kuih baulu untuk bagi ke what's-her-face.
Aku rimas sebab bau minyak wangi dia membuatkan aku berspekulasi apakah pagi tersebut, dia berendam dalam bath tub berisi air dan sabun atau berisi cecair haruman badan. Banyak duit abah dia. Aku cabutlah dan biarkan dia pandai pegang pandai letak pandai simpan pandai cari balik which was a taboo untuk seorang pelakon buat. Mereka tak boleh pegang prop luar dari sesi rakaman.
Aku kena makilah apa lagi. I wish. Those guys, mereka nampak takut dekat aku. What with my muscular exterior and shit. Takut is such a strong word, hormat lagi lah tak kena sebab aku yang paling muda dari kalangan mereka yang di belakang tabir. Kamu carilah sendiri perkataan yang sesuai dan betulkan dan kemudian buat front cover of the big-whoop magazine.
***
Aku dapat rumuskan beberapa perkara setelah seharian di lokasi pengambaran.
Pelakon akan secara otomatik mengganggap setiap orang biasa akan jadi gayat dengan kehadiran mereka. I proved them wrong apabila what's-her-face datang dan duduk sebelah aku dan aku sikit pun tak beri reaksi. Aku siap toleh tempat lain dan kekalkan sudut tolehan yang sampai sekarang bagi aku sakit leher sampailah 1 tahap, aku angkat punggung dan pergi berbual dengan makcik-makcik yang sibuk berkerumun tepi set.
Aku tahu tugas aku untuk pegang pinggan berisi baulu tersebut nampak macam bangsat di mata kamu tapi untuk kru produksi; that's like aku secara literal pergi ambil arang dekat tempat bakar sampah tuan rumah dan pergi, bukan saja menconteng bahkan sumbat arang seketul-seketul dalam mulut pelakon berkenaan.
Mereka anggap mereka yang di bahagian prop akan sentiasa menjadi jentera mencium punggung dan buat apa saja yang mereka minta. I proved em' wrong by not doing so. Tulang belakang aku dah nak tercabut angkut barang, dengan badan melekit-lekit, kadar penghidratan yang melampau menjadikan aku letih maka terguntinglah benang-benang yang jadi medium antara sang boneka dan tuan boneka.
Pandai-pandai kaulah nak hidup. Nak ambil sudu pun malas.
Man, I sure bitched a lot about them here. Cos I'm such a bitch for not telling all of this straight to their face. What for?
Orang yang berada di atas hendak dengarkah apa orang di bawah cakap?