Selasa, Disember 23, 2008

Berikan aku 5 bungkus mekanisme anti ketakutan.

Dalam poket aku ada ngam-ngam 200 ringgit tempoh hari. Khamis to be exact.

I go: what the hell am I supposed to do with this amount of money? Savings? Nahh..I'm too young for retirement plan.

Maka terlintas dalam benak kebenaran tentang duit boleh beli segalanya. Lalu aku cari apa kesesalan yang belum aku dapat tebus sepanjang 22 tahun aku berdiri atas muka bumi ni. Holy crap, banyak betul penyesalan yang tak bertebus. Gotta narrow it down.

Aku nak habiskan rezeki terpijak itu pada benda yang sampai mati akan memberi kesan dan sikit sebanyak boleh mengubah masa depan yang sedia terlakar. I know how does it ends for me, details by details. It's boring, I prophesied it.

One night, a dream came to me...Yawn! See? Boring as hell.

Aku penakut. That's a start. Aku tak takut pada benda-benda yang tak nampak. Entiti ghaib my ass. Rumah aku adjacent dengan kubur usang, beberapa pacak nisan milik mangsa zaman perang dan sebuah nisan sebesar van milik seekor gajah yang mati ditembak. Apa yang dah aku nampak dan rasai? Well, let's say aku ada makan asam keping dan garam banyak sikit dari kru-kru paranormal kaki penipu stesyen TV apa entah.

Takut kepada kegelapan dan segala isi di dalamnya baik yang boleh nampak mahupun tak boleh nampak yang dimana kehadiran mereka hanya boleh dikesan dengan deria keenam dan deria hidu yang tajam nak mampus keluar dari senarai ketakutan yang boleh dibeli.

Aku takut raksasa air. Sea serpent, lake monsters cos' they're real with big ass fangs and slimy exterior. Lagenda menyatakan banyak benda-benda bersaiz besar yang mendiami kawasan laut/tasik dalam di 1 kawasan peranginan di Malaysia.

Aku takut pada ketinggian. Gayat. Ketinggian ekstrim maksud aku. Paras ketinggian di mana the only way I could get there is that I pass out at the beginning of the journey dan sedar-sedar saja dah ada dekat puncak ketinggian ekstrim tersebut.

Ketakutan seterusnya: penerimaan anak-anak kecil asing terhadap aku. Guys that do well with kids, young strangers adalah permata dalam setiap mata wanita di luar sana. That and numerous wing-wangs in the bank account. Can't buy love without money these days, am I right? Dengan anak buah sendiri pun aku gagal apatah lagi dengan anak entah siapa.

Next will be ketakutan aku terhadap berat badan aku sendiri. Aku tak pernah cuba buat chin-up, satu bentuk senaman di mana kamu perlu grab a horizontal pole by both hands and try to uplift your body. I can't describe precisely using words, go Google it.

Apa lagi ya... Oh, ketakutan terhadap kegagalan melontar batu leper di permukaan air. Alah..yang meloncat-loncat tu. Banyak kali aku cuba, tak pernah jadi.

Dan akhir sekali, ketakutan terhadap benda tak bernyawa yang mempunyai some sort of control over me. Duit maksud aku. 

Dengan 200 ringgit dalam tangan, aku dapat beli semua tu. Tunggu datang stim aku nak taip kesinambungan kepada entri ini dan you'll get the idea. For now, I'm gonna lie down.