Nobody-that's who.
Di bawah Rancangan Malaya Kedua yang dilaksanakan dari tahun 1961 hingga 1965, tertubuhnya satu institusi yang membantu pekebun dan petani yang di mana fokus kegiatan ekonomi pada masa itu lebih tertumpu kepada sumber alternatif ekoran kejatuhan harga pasaran dunia bagi getah dan bijih timah. Institusi membantu petani/pekebun/peladang tersebut adalah FAMA singkatan bagi why the fuck should I care.
Kenapa aku taip macam sial? Kerana aku marah.
Aku marah pada usahawan-usahawan tani yang baru nak bertapak yang sering mengeluh mereka tidak dibantu. Pinjaman yang dijanjikan dapat selepuk tapi dapat peringkat demi peringkat dan tarikh pengeluaran pinjaman tersebut sering ditunda.
Macam mana nak tanam jika tak ada duit?
Jawapan: cari pekerjaan lain.
Di tempat aku setahun setengah yang lepas tumbuh melata petani muda yang mendokong objektif negara untuk memantapkan industri pertanian. Si Polan tanam pisang, si Polan 1 lagi tanam cili, si Polan yang lagi 1 tanam bendi dan seterusnya.
Setahun setengah yang lepas, pinjaman selepuk diberikan dan apa yang orang muda akan buat, heck, apa yang aku akan buat jika aku dapat duit selempap 50 grand? Beli baja? Beli benih?
Hell to the no!
Kalau aku, aku akan beli a new closet and fill that shit with some new shit. Mungkin perbelanjaan untuk pakaian memakan 1/10 dari jumlah pinjaman keseluruhan dan bakinya, adakah aku akan beli benda-benda yang sepatutnya aku beli untuk perusahaan ladang?
Sekali lagi, hell to the no!
Apa yang akan datang kepada kamu jika kamu flooded with dinero? Ya, perempuan. Baik tuan punya wang itu lelaki mahupun perempuan, yang akan datang dan menyedut setiap intipati masa depan kamu adalah perempuan. Nafsu mereka ada 9 kalau tak silap, salah 1 daripadanya ada kait mengait dengan material, kalau tak silap.
Bukan semua. Alah, kamu golongan pembaca blog ini takkan mempunyai mata kudus lagi naif. Kamu boleh menapis personaliti seseorang itu by the first glance. Kamu sungguhpun umur baru nak cecah 20 tapi aku rasa sudah cukup matang dari segi mengkategorikan orang. Blame me all you want but deep inside you know, you're such a hypocrite judgmentalist(betul ke aku eja ni?).
Dan untuk itu sahaja aku rasa aku akan habiskan 2/5 dari baki pinjaman keseluruhan. 3/5 jika aku benar-benar terdesak untuk mencari teman. Semua benda boleh beli pakai duit sekarang, that includes nyawa. Insurans nyawa, jika kamu masih tak faham.
Datang pula seorang sahabat dari syarikat used-car atau showroom kereta-kereta baru. Kamu merenung jauh, mengenang jasa kereta kamu yang sedia ada dan kamu adamant dan berkeras hati mahu menggunakan kereta kamu hinggalah ke akhir hayat. Silap. Manusia yang paling persuasif adalah jurujual. Kamu mengelaklah sehabis yang boleh dan before you know it, 3/5 dari baki pinjaman itu telah dilaburkan sebagai duit muka kereta baru kamu.
Duit pinjaman yang tinggal adalah seto'et. Tanah yang diberikan pihak pertanian paling bangsat 5 ekar. Duit yang baki itu pula ngam-ngam untuk beli baja, benih, racun, the basics untuk diutilisasi pada tanah seluas setengah ekar saja. Kamu terdesak. Pihak pertanian mahu datang buat pemeriksaan lagi sebulan dan mereka pasti mahu melihat sesuatu. Sesuatu di sini membawa makna adalah tumbuh pucuk apa yang patut tumbuh selepas 2 bulan penanaman. Dan sesuatu di sini tidak termaktub pada tahap tumbesaran pokok semata-mata, sesuatu di sini juga membawa maksud 5 ekar tersebut jika dilihat dari jauh, sedampar permaidani hijau tanpa ada lumpur berpalit di atasnya.
Tanah kamu mesti penuh dengan benda yang kamu tanam, get it?
Sebulan. Masih ada masa untuk menebus kesilapan lalu. Maka bertandanglah ke rumah sanak saudara yang bertahun tak pernah nak jenguk dengan 1 harapan: nak pinjam duit.
Dapat tu dapatlah tapi tak seberapa. Cukup untuk menampung perbelanjaan menanam pokok untuk seekar sahaja. 3 setengah ekar lagi nak buat apa? Letak papan gelongsor buaian pelbagai dan letak papan tanda "Taman agro-rekreasi"?
I tell you what, nobody's buying that bullshit.
Setahun setengah berlalu. Sederet lagi orang muda yang dah tak tahu nak buat apa lagi mula menunjukkan minat selepas berbual kosong di kedai kopi selepas puas mengutuk mereka yang lupa diri lepas dapat pinjaman pertanian. Mantra kegemaran: 'Aku takkan jadi macam mereka.'
Maka berjumpalah mereka dengan pihak-pihak yang sepatutnya. Perjanjian dibuat, kontrak ditandatangan diikuti salaman orang kaya. Kamu tahu apa itu salam orang kaya? Mereka bersalam tapi masa dua tangan yang digenggam itu bersatu, akan ada goncangan kuat diikuti tawa kuat yang simbolize "aku kaya! Aku kaya!" secara subliminal.
Pinjaman dikeluarkan. Tidak lagi dikeluarkan dalam bentuk wang tunai semata-mata. Tidak lagi sedepuk atas meja. Tidak lagi selonggar peraturan dulu. Pegawai pertanian yang menguruskan projek pertanian setahun setengah yang lepas telah meracuni pemikiran junior mereka sekaligus menggubal peraturan sedia ada.
More inspections, less money-giving, more working your ass off.
Jika kamu nak menceburkan diri dalam bidang pertanian, silakan dan jangan rasa takut atau segan. Pulangannya lumayan, believe you me.
Tapi janganlah bersungut bila sampai masanya kamu berhadapan dengan masalah kapital. Salahkan mereka yang terdahulu yang mencabuli kepercayaan pihak berwajib. Kalau kamu jumpa mereka, ajukan ayat ini, 'look at what you've done' dan menyusul selepas itu sebuku penumbuk tepat di hempedu agar mereka akan lebih menyesal kerana wang telah dihabisgunakan hingga tiada wang lagi untuk menampung perbelanjaan bagi pembedahan appendectomy.