Ahad, November 30, 2008

Hiburan buat seminggu yang mendatang.


Aku dah habiskan masa selama 2 hari untuk menunggu proses muat turun fail installation Fate/Stay night, satu permainan 3D yang berunsurkan pertarungan yang penuh dengan elemen mengarut lagi tak masuk akal. Sebagai contoh, salah satu watak dalam permainan tersebut boleh menyerang pihak lawan yang terletak 30 kaki di hujung sana hanya dengan melambai senjata. 

Come to think of it, that's what makes it fun. Siapa nak main permainan berunsur pertarungan yang dipenuhi silat koboi dan pukul curi atau memberi submission maneuver klasik yakni "The Nut Cracker" bilamana seseorang itu tidak lagi ada peluang untuk memenangi perlawanan tersebut. Jalan mudah, sepak telur dan diikuti kombinasi serangan kepala lutut di hidung apabila pihak lawan menunduk menahan perit/senak for an instant K.O.

Pentingnya pelangi ditembak keluar dari mulut, kuku yang boleh memanjang 2 kilometer dan kemudian menguncup semula, fountain of youth dan bermacam lagi kemengarutan dalam industri permainan berunsur pertarungan adalah untuk kita menyedari bahawa  projek human genome perlu kick it up a notch dan perlu jadi lebih berani dengan bereksperimentasi dengan mutasi DNA.

I would like a cannon planted on my shoulder in the future.

Where was I?

Siap muat turun, aku hadapi masalah dengan proses installation. Kebiasaannya akan ada fail setup.exe yang di mana bagi aku, kita semua hanya perlu tekan butang "Yes" sampailah proses itu siap.

The thing is, there ain't such file.

Yang ada cuma fail yang ber-extension .bin. I was like, fuck, apekebendenya ni? Dan entah macam mana, epifani datang. Peralatan Daemon yang aku install sekali dengan beberapa perisian pengaturcaraan bertahun yang lepas terpacul sedang aku menguit-nguit program yang aku pasang pada komputer.

Hati aku terdetik, patutkah aku mount fail .bin tersebut kepada virtual drive yang langsung aku tak pernah usik. Lalu aku serap sedikit motivasi Thomas Newton dan kemudian gelak dekat usahanya mencipta lampu. 1000 kegagalan untuk 1 yang sempurna? Hah.

Berjaya. 

Proses mounting berjaya dan setup window pun keluar. 1 lagi masalah. 
What the fuck are those? Alien-speaking? 

This is nothing like The Da Vinci Code nor The National Treasure. I'm guessing versi asal tulisan tersebut adalah dalam Bahasa Jepun dan komputer aku berfungsi menggunakan kod ASCII, kecelaruan interpretasi agaknyalah.

Siap.

Aku cuba run aplikasi tersebut. Tak boleh. Babi. Tekanan sial. Dan sekali lagi epifani yang ditiup oleh mendiang Thomas Edison datang. Kali ini ia datang dengan agresif. 

I could swear I heard he said this, 'Oi imbicile! How many times have you installed a game before?'

Aku tersepuk. Segan. Orang dah mati pun tahu. Dengan sinis aku berbisik kepada suara halus tersebut, 'What do you know? Computer at your time sized 40 millions time compares to ours. Oh wait. There ain't no computer at your time. So leave me the fuck alone. Alright T-Dog?'

Baru kau nak sedar mendiang Thomas Edison? Baru cipta lampu dah heboh mengalahkan ayam bertelur sebiji.

Maksud mendiang adalah, kita takkan dapat main sebarang permainan yang diperoleh secara illegal tanpa menggunakan patch. Patch di sini adalah patch yang kita tampal dekat tayar yang bocor.

It's not like that literally, but it works that way; membolehkan benda yang tak boleh dengan menampal something.

Kamu tak faham tak mengapa. Dah sampai sini pun pembacaan kamu maka aku jadi lebih pandai dengan berkongsi dan dalam masa yang sama mengaplikasikan ilmu dan kamu juga jadi pandai sebab cari ilmu. 

Seminggu bosan aku berjumpa koma(,). 

Dan bila masuknya Isnin bersamaan 8 Disember 2008 nanti, I'm going to be bored to death. Tapi, perlunya aku percaya kepada warna-warna prisma dan beranggapan there's always something fun and free on the internet and I'm going to find it. Mark my word T-Dog.

Dah, I got an awesome game to be played with. Peace out.

Sabtu, November 29, 2008

Aku aktif. Kamu?


Mata meliar ke kiri ke kanan. Udara di sedut dalam-dalam. Rokok dinyalakan. Masih lagi khuatir dengan kehadiran mereka yang tak diingini. Seluar katuk yang jadi peneman setia setiap pagi dan petang itu dilabuhkan di bawah paras punggung.

Di sebalik bongkah-bongkah batu yang setiap daripadanya menyamai saiz 2 buah van yang dipateri bersama secara atas-bawah, I took a stock of the life dan kaboom. Bau macam sial, I never thought nasi beriyani boleh berbau sebegitu rupa setelah dihadam dan tercerna. Aku tak tahu sebab baru semalam aku mencuba nasi beriyani buat pertama kali dalam hidup aku.

Aku benci nasi beriyani. It makes you fat. Faster.

Dan aku juga benci kepada ruangan memori otak aku yang semakin menyempit sejajar dengan peningkatan usia. Jangan sesekali buat sebarang aktiviti kardiovaskular sebelum ada bowel movement kerana semua sebab akan disambungkan kepada satu penghujung; ditemui mati sesak nafas dalam keadaan bogel/separuh bogel-tanpa seluar dan tompokan najis terpalit di beberapa bahagian tubuh.

Aku terpaksa. Dah sampai 1 tahap ketakselesaan muktamad. Kematian jijik di atas adalah worst case scenario dan hanya akan berlaku jika aku buang air besar di persekitaran berkurung i.e. jamban.

Sedang aku meneran, tiba-tiba,

'OOOOUUCCHHH!! MOTHERFUCKER!'
Rupa-rupanya Mother Nature hantar siluman yang memakai suit hitam-merah untuk memberhentikan aku dari terus mengotorinya dan memaksa aku berjalan lagi 10 kaki untuk ke tempat yang dibina khusus agar hasil tinjaan itu dapat diproses, dirawat, disalur dan diguna semula dan dikenali sebagai air yang mengalir dari pili air.

Pada mulanya aku nak pijak dan sambung semula hajat yang terbantut hinggalah ke beberapa saat terakhir aku nak meratakan dia dengan tapak kasut. Aku rasa aku dapat dengar bisikan halus yang datang dari arah semut gigantik itu yang berbunyi sebegini, 'get the fuck outta here before me and my peeps bite your testicles off.' 

Ok, I feel threatend by an ant dan aku sayang benda yang terkandung dalam kerandut aku. Pablo dan Consuela mempunyai peratusan yang tinggi untuk bagi aku duit pada kehidupan aku yang mendatang dalam fantasi aku terdampar di negara orang without a job and money. Di mana Pablo dan Consuela boleh bagi sehari lagi untuk hidup dengan makan minum yang cukup dan tempat berteduh yang suam? Jawapannya: di bank sperma. 

I named my nuts, don't you get it?






Selasa, November 25, 2008

Ada rupanya.

Dalam siri komedi medikal Scrubs, terdapat satu kumpulan acapella yang dikepalai oleh Theodore Buckland, watak yang dipegang oleh Sam Llyod, seorang yang tak penting dan sering jadi bahan jenaka dan vent dalam siri tersebut.

Kumpulan tersebut dinamakan sebagai The Worthless Peons. Terdiri daripada 4 orang termasuk Ted dan 2 orang lagi yang mempunyai masalah yang sama dengan Ted iaitu keguguran rambut dan seorang lagi dengan the gorgeous wave like I used to have.

Padi tadi masa aku dengar LiteFm sambil menghirup segelas teh O panas, ada 1 lagu yang aku rasa aku pernah dengar dekat berpuluh kali dalam versi acapella. Lagu lama, yang sampai sekarang aku masih tercari-cari tajuk lagu tersebut.

Ok. Cukuplah tentang obsesi aku dengan lagu-lagu lama dan sekarang sudah masuk waktu untuk kamu mengenali kumpulan The Blanks. Klik sini untuk laman web rasmi mereka dan sini untuk mendengar hasil kerja mereka.

Oh, The Worthless Peons = The Blanks. The Worthless Peons dalam siri TV, The Blanks adalah realiti.

Perlunya 2 bas jururawat pelatih untuk setiap hospital daerah.


What does it takes for a guy to, memetik kata hikmat Old Young Mc:
Lumrah alam. Kalau takkan setiap petang jururawat-jururawat ini setelah menyalin uniform serba putih dan serba melitupi kepada sesuatu yang lebih sensasi, maka semakin buncitlah semua lelaki yang ada dekat tempat aku.

Dahulunya  4 tempat rekreasi berpusat dipenuhi warga emas setiap pagi dan petang dan jika ada warga perak pun sekerat dua sahaja iaitu aku dan seorang wanita berbangsa Cina. Aku terhibur dengan sapaan dan lambaian tangan warga emas yang pada kala itu masih belum skeptikal dengan orang muda bersenam di teritori mereka.

2 bulan yang lepas, ketibaan 2 buah bas berisi jururawat pelatih dari entah mana aku tak nampak benda yang ditulis dekat sisi bas tersebut kerana aku tak pakai cermin mata semasa bersenam. Dulu pernah jatuh sekali dan pecah; belajar dari kesilapan, jangan pakai atau bawa sebarang benda yang beratnya melebihi 50 gram dalam poket. Seluar aku pernah terlondeh sebab aku letak telefon bimbit dalam poket seluar. 

Kini aku dikenali dengan nama manja Penguin sebab, should I elaborate?

2 minggu yang pertama mereka masih lagi belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran serba baru. Maka dengan itu 2 minggu pertama, rutin mereka adalah pergi hospital balik tempat penginapan, makan dan minum di kantin hospital and repeat. 

Mungkin atas dasar kagum dengan keremajaan warga emas di sini, mereka mula berjinak-jinak dengan kawasan rekreasi yang terletak bersebelahan dengan tempat penginapan mereka. 

Bermula dari situlah khabar angin seperti "wanna get a fast boner? Go to the stadium." atau "nak tamatkan zaman membujang, silalah beli kasut sukan cap Adidas atau Nike atau yang sewibawa dengannya untuk menampakkan diri kamu seorang yang athletic dan mempunyai citarasa fesyen sukan yang kontemperori" atau "aku dah muak dengan bini aku, aku nak tambah sorang lagilah. Kau pun elok ikut sama. Bawak perfume plus mint sekali ya petang nanti. Manalah tau kot ada rezeki."

Dan berduyun-duyunlah lelaki tak kira peringkat umur yang sebelum ini berselimut sampai ke senja menampakkan diri mereka di kawasan rekreasi berpusat tersebut.

Impak tak sedap per individu yang ketara kena pada batang hidung aku sendiri. Warga-warga emas yang sebelum ini boleh main tepuk tampar dengan aku telah bertukar selera menyapa. Kini bila aku melintas di sebelah, they'll give the classic stink-eye dan berbisik kepada rakan sebelah dan seperti epidemik, yang lain-lain turut sama mengecilkan mata sambil mencebik bibir.

I gotta say, they look cute, in a parallel universe where they're still an infant that is.

Kebiasaannya jururawat pelatih akan berpraktikal selama 6 bulan maka tambah tolak, ada lagi 4 bulan mereka akan meniup semangat kesukanan dalam sanubari lelaki-lelaki di sini. 

4 bulan yang depan yakni Februari 2009, order will be restored. Aku akan kembali bertepuk tampar dan berbual tentang pasaran saham, mostly aku angguk kepala buat-buat faham. 

Cepatlah datang duhai Februari.


Ahad, November 23, 2008

Ouch.


Duduk memerhatikan retakan cermin dan kepalan buku lima yang berdarah membawa aku beberapa tahun ke belakang. Kembali ke zaman telefon bimbit dibingkai dan disimpan elok dalam almari kaca, pen dan kertas adalah medium komunikasi prima dan pengutus cinta adalah rakan sebelah meja.

Dalam aku memikirkan punca pembengkakan 2 pori di muka. Imbas semula segala benda yang aku hadam dalam masa seminggu ini-negatif dari sebarang bahan yang boleh meransang pertumbuhan benda yang tak diingini, Imbas semula rutin sebelum tidur, tidak pernah sekali ketinggalan proses pemulihara dan pemeliharaan kecantikan kulit semulajadi yang diwarisi sejak zaman berzaman.

Membawa aku kembali ke zaman kekacauan hormon dalam tubuh. Aku dibesarkan bersama 3 perempuan, cuba lakarkan sendiri bagaimana aku mengharungi masalah kecelaruan identiti. Dan menjadi penyimpul kepada generasi ke-berapa belas entah dengan katalis feminiti-kalau kamu membesar dengan 3 perempuan dan kamu merupakan zuriat terakhir, kamu akan faham.

Mujur aku regroup awal, baligh awal, pecah suara awal dan segala yang awal tentang proses penghijrahan dari kanak-kanak ke remaja. Matang dari segi pemikiran lewat tiba memandangkan faktor persekitaran kala itu dikelilingi oleh mereka yang rata-ratanya kena matang paksa.

3 tahun pertama aku belajar berdiri atas kaki sendiri tanpa sokongan famili, aku perlu menyelesaikan misteri tentang kehidupan dengan bantuan mereka-mereka yang diberi kepercayaan beribu famili yang lain. Misteri pertama, kenapa ada bulu tumbuh di bebarapa bahagian tertentu pada tubuh dan kenapa ia mengeras sedangkan aku tak sapu gel hyper strong all over it.

Misteri itu masih kekal misteri sampai sekarang sebab cikgu sains aku penyegan orangnya. Misteri kedua, jerawat. Berjaya diungkaikan dengan bermacan teori sains tapi seperti biasa aku mempunyai ruang storan yang terhad dan aku benci cikgu sains aku sebab dia tak minta maaf pada tikus makmal yang bakal dijadikan spesimen sebelum riwayatnya ditamatkan.

Itu kekejaman, sungguhpun dalam nama sains. 

Aku lupa penerangan saintifik berkenaan proses kemunculan jerawat. Lama selepas itu cuti penggal bermula dan aku balik rumah nenek. Melihat redup wajah orang tua tersebut, aku teringat kata hikmat terakhir yang cikgu sains aku cakap pada kelas sains yang terakhir. 

"Experience trump science in no time"

Dan aku pula, 'Sains-sainslah, keep Donald Trump out of this monstrosity.' yang pada kala itu masih begitu lemah dalam tatabahasa.

Dan kembali menghadap tenang wajah tegang dikatalis ulam-ulaman. Kulit muka nenek aku tegang dan bersih sampailah sekarang. Pada usia 80 tahun, keremajaan beliau masih lagi terserlah. 80 rasa-rasanya. More or less.

'Apsal jerawat tumbuh nek?'

'Rahsia. Kot nak tahu sangat urut kaki aku dulu.'

Khusyuk aku mendengar penjelasan nenek sedang tangan aku memicit tapak kaki dia. Setiap ayat berselang sendawa, maklumlah orang dah berumur. 

Katanya jerawat itu simbol kepada seorang yang dilamun cinta. Aku gelak. Nenek sepuk kepala aku. Dia kata jerawat itu adalah keajaiban percintaan. Sang teruna itu misalannya tumbuh jerawat, membawa makna si dara sedang merinduinya.

'That's bull.'

'Apo deh?'

Aku diam. Dia sambung lagi. Dahulu lelaki akan tinggalkan kampung halaman dan pergi mencari rezeki. Sebelum mereka bersedia untuk berangkat pergi, mereka akan mencari pasangan sekampung agar hati mereka dekat dengan kampung halaman. Pemangkin berusaha kuat dan bersungguh-sungguh seorang lelaki pada masa itu adalah imej senyuman si dara yang disemat elok dalam ingatan agar terpelihara kelakuan dan nama baik keluarga.

'Iyo bona la tu nek oi. Takde utus-utus surat ke?'

'Diamlah. Aku tak abih laie ceghito.'

Dahulu, kebanyakan orang masih lagi buta huruf maka mustahillah jika berutus surat meluah rasa rindu terpendam. Si dara tak tahu samada sang teruna masih ingatkan lagi pada dirinya. Tiada bukti kukuh dapat menyatakan bahawa hati sang teruna masih lagi terikat dengan janji-janji manis bila pulangnya beliau dari perantauan. 

Dan keajaiban cinta pun berlaku.  Si dara yang menanti kepulangan cinta hati masing-masing tumbuh jerawat. Mana-mana perempuan yang terpisah dengan pasangan mereka akan ada paling kurang satu jerawat kecil pemanis wajah di pipi.

Rindu itu disampaikan secara mistik, ia disebarkan dalam bentuk kuman dan dari perumah ia cekap mengenal pemangsa dan semakin tebal rasa rindu di hati, makin besarlah jerawat itu gamaknya.

Back to present. Dari balkoni rumah aku perhatikan nenek sedang mengambil angin di buaian yang dibuat by bare hands oleh arwah datuk.

Aku terima 1 mesej teks dari seorang rakan yang sama-sama mentekedarah di restoran Korea 2 hari yang lepas.

"How's your face buddy?"

"I got zits. Wait. Why do u ask abt my face?"

"I nut-jacked u the other day, u skin obses freak."

"Fuck u."

Well, there goes the "experience trump science".

Khamis, November 20, 2008

Musim tengkujuh tiba dengan membawa cinta di dalam bayu yang dihembusnya.

Aku suka hujung tahun terutama pada keadaan cuacanya yang sebegitu kacau bilau. Kejap panas kejap hujan. Kejap ribut kejap petir. Kejap bumbung rumah tercabut kejap rumah roboh ditimpa pokok dan bermacam lagi kemungkinan tak elok.

Ketepikan scorching heat yang dibawa oleh cuaca panas pada suku akhir setiap tahun dan pusatkan fokus kepada situasi lembab dan basah.

Hujan = sejuk. Persamaan mudah yang semua orang tahu akan fakta tersebut. Bila sejuk, apakah aktiviti yang biasa dibuat?

Tidur? Kemas rumah? Bercucuk tanam? Main scrabble bersama seisi keluarga? 

Yawn.

Sejuk sering dikaitkan dengan kegiatan yang tak memerlukan banyak pergerakan dan family-related. Bosan dan boleh mengundang kepada banyak masalah kesihatan dan worst case scenario, seseorang itu menjadi suicidal.

Bagaimana pula jika seseorang itu jauh dari keluarga dan dalam rumahnya hanya ada sebuah tilam dan bantal, pewangi bilik, scented candles dan sekotak love glove? Tiada televisyen, radio dan gajet tangan paling canggih adalah sebuah telefon bimbit berskrin hitam putih.

Hujan dan mall tak boleh dipisahkan kerana bila hujan segala aktiviti hanya tertumpu pada kawasan yang beratap. Aku baru pulang dari membeli penyendal pintu dan mata ini cukup menjadi bukti kepada teori hujan-mall aku.

Budak-budak sekolah adalah dalam 3-4 kerat macam tu manakala selebihnya adalah golongan dewasa. Tak beli apa-apa cuma habiskan wang di francais makanan, bowling, karaoke dan tandas berbayar. Kencing pun nak berbayar, buat apa kontraktor mall itu susah payah bina tangga cum tandas mega?

Dan seperi apa yang aku taip di ruangan tajuk nun di atas sana, musim tengkujuh tiba dengan membawa cinta di dalam bayu yang dihembusnya. Yang lelaki menjadi lebih romantis dan berani, yang perempuan menjadi lebih terbuka dan memahami. Eughh.

Who would've thought seorang mat rempit yang menjinjit helmet 24jam siap rambut berekor pusing-pusing laksana ekor khinzir mampu membawa pulang seorang gadis yang dari pengamatan aku, jika takkan tengkujuh sampai matilah mat rempit itu menyapu air liur yang diludah perempuan tersebut dimukanya sebab tak berkenan dan geli dengan penampilan beliau.

Dalam erti kata lain, she's a slammin' hottie I tell you.

Jadi buat lelaki yang tinggal bersendirian dan masih lagi sendirian, aku nasihatkan pergilah ke pusat membeli belah dan lambai-selamat-jalan-kanlah sumpahan dry spell/solo kamu yang dah 
perlu sangat diberi lambaian selamat tinggal.


Selasa, November 18, 2008

Lari Forrest, lari!


Setiap hari ada saja juadah untuk mata aku. Ada hari aku rasa gembira, ada hari aku rasa sedih, ada hari aku rasa nak gelak berguling gelantang, ada hari aku rasa macam nak open someone's can of whoopass dan berbaris lagi perasaan yang tak dapat digambarkan dengan perkataan.

Pagi tadi aku saksikan ini: 
Aku tersenyum. Aku cuba menyoroti kamus perasaan dan mencari emosi mana satu yang berpadanan dan malangnya tak jumpa. Jadi aku biarkan kamu sendiri berfikir apakah perasaan yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas.

Aku pilih terasa seperti ulu hati dipulas lembut hingga mendatangkan sensasi luar biasa di pangkal ubun. Seriau kot nama lainnya. Diikuti dengan tingling in the thorax. Yeah, it's that amazing.
____

Lagu yang berkumandang ketika gambar diambil adalah lagu inang. Aku sempat ambil 1 gambar sahaja sebab nampak kakak yang berbaju belang kiri sekali tu? Dia jerit, 'jangan amek gambar kitorang la!' dan aku sahut, 'kot payah sangat pergi berjoget dekat dalam gua!' di dalam hati.

Aku sambung larian yang terbantut dek keterpegunan itu. 2 minit kemudian, lagu bertukar. Boombox mengkeudarakan lagu kantonis pula. Dan dari jauh aku saksikan betapa girangnya sekumpulan wanita berbilang kaum, ikut istilah kakak yang marah aku tu, tarian-robik berirama. Right.

Aku dah nak meninggalkan perkarangan padang serbaguna tesebut bilamana kakak baju belang tersebut sekali lagi menjerit, 'esok kalau kau datang dan ambik gamba kitorang perform tarian-robik berirama, akak telefon polis!'

Pulak dah. Malas nak layan, aku lap peluh dan balik.
___

Jika kamu ada perasaan lain, luahkan pada diri sendiri. Jika ragu dengan jawapan kamu, go get a pair and start standing up for you believe in.

Oh ya, jika nak cepat kurus masa berlari/joging/power walk/jalan terkedek-kedek laksana itik pulang petang, pakai sweater. I lost 5lbs in 2 days. Word.


Ahad, November 16, 2008

Halusinasi? Lebih kepada menghampiri cahaya putih adalah.


Entri ini khusus untuk peminat Grey's Anatomy sahaja.

Sebelum aku rosakkan mood kamu untuk mengikuti episod seterusnya dalam musim kelima ini, ingin aku ajukan 1 soalan.

Who's the hottest surgeon there is? In that story of course.

Jika kamu terfikirkan Dr. Montgomery Shepherd, think again. Ya, dia hangat tapi itu cerita lama. Belum tentu lagi akan ada kemunculan semula dalam episod yang mendatang.

Bercakap tentang muncul semula, ada 1 watak yang muncul semula recently. Watak yang sepatutnya telah dieradikasi tapi ia tetap muncul semula. Watak yang telah mati, Danny Devito.

Musim kedua, episod-episod penghujung, Danny melamar doktor yang paling hot, Dr. Isobel Steven. Dr. Steven cuba dapatkan jantung untuk Danny dengan cara kotor iaitu dengan memotong wayar LVAD, yang hingga kini aku masih ragu fungsi dan akronim kepada apa.

Long story short, Danny bertunang dengan Dr. Steven and he died soon after that. Boo hoo!

Ok, sila perhatikan gambar di bawah:

Familiar? No? Yes? 

Itu sedutan dari episod 6 dan 7 musim kelima. Penampakan sosok tegap dan berbulu(chanelling Entiti Indonesia punya narator) itu sikit pun tidak menggoncangkan rasa takut Dokterr Isobel. Kenapa ya?

Dan Danny itu udah enggak bernyawa, tapi mengapa Dokterr Isobel mampu menyentuhnya? Bukankah Danny itu si mati? Bukankah si mati itu hanya boleh datang dalam bentuh roh sahaja? Bukankah roh itu ekstoplasma? Bukankah plasma itu gas? 

Mana boleh usik gas. Gas tak ada bentuk. 

Jadi, Dr. Steven ni dah kenapa? Jawapannya ada dalam figura di bawah:

Macam mana aku tahu? Entah. Aku main sebat je. Kalau betul-betullah, kalau salah-salahlah.

Sabtu, November 15, 2008

Selamat datang ke Spookyville.


Dan efek asap itu bukan datang dari ais kering yang digunakan semasa pementasan teater, ianya semulajadi. Ianya kondensasi. Ianya ada dalam buku. 


Seperti pagi-pagi yang lain, I normally passed out selepas berjaya tiba di tiang di sebelah. Mahunya tak nampak bintang dan burung kartun pelbagai setelah sprint pada kelajuan 1 meter per minit mendaki bukit.

Pagi ini aku ingin cuba sesuatu yang baru. Setiap kali aku panjat bukit tersebut, telinga aku akan disumbat dengan earphone untuk menunjukkan bahawa "I don't give a fuck" kerana bukit ini juga dinaiki/dituruni manusia yang peramah dan menyapa 'Good morning' atau 'Have you taken bath yet?' atau dalam kes-kes tertentu, 'Can you meet me later for a cup of coffee, I would like to chat more on your stupendous biceps'.

Pentingnya telinga ini disumbat supaya mulut ramah di atas tidak memaksa aku bercakap kerana I'm dying from shortness of breath and muscle pain. Dengan tersumbatnya telinga, mereka yang ramah itu hanya akan bagi head nod dan senyum dan simple hand gesture agar aku dapat mengoptimumkan tenaga kepada mendaki bukit sahaja.

So, everything was completely normal at the beginning. Aku dengar orkestra mergastua dan lotong saling sahut menyahut disokong oleh deruman air terjun yang boleh diklasifikasikan sebagai tali air yang so happens to be wujud dekat bukit tersebut. Ianya air terjun jika dekat cerun, bila sampai tanah rata, jadi tali air tempat membiaknya ikan laga, water strider dan katak. Juga lintah dan pacat dan lintah bulan. Dan siput. The list keep coming on.

Setibanya aku pada tiang nombor 28 kalau tak silap, aku memasuki satu daerah baru. A realm of deep psyche. Ianya tak menyeramkan, cuma how can I put these into words, mengelirukan.

Telinga aku menangkap bunyi asing. Bunyi yang mustahil boleh dibuat seekor burung sebab bunyi itu seolah-olah datang dari sekumpulan manusia sedang meratib, meratib itu apa aku tak tahu. But, meratib nontheless.

Macam Gospeller? Koir? Anyone? Oh my.

Bila kita dah dengar benda-benda pelik, datanglah gatal isi hati mahu tahu sumber bunyi tersebut. Aku tengok sekeliling, ah sudah.

Tak ada sesiapa, sebuah, sesuatu dalam radius 10 meter. Jika aku keluar dari bulatan tersebut, bunyi itu hilang. I supposed to pee in my pants but I didn't. Aku lebih kepada curiga dari takut. Kemungkinan bunyi ratib tersebut datang dari sekumpulan manusia majusi yang menyorok di celah-celah pokok adalah tinggi.

Aku tahu macam mana bunyi sebutan orang berzanji and all, it's nothing like that. ianya lebih kepada ratib spiritual yang tak diamalkan pada landasan yang betul.

My guess, ajaran sesat.

Bukit dan entiti spiritual pelik=pelik memang tak boleh dipisahkan. Mungkin ada orang tengah puja nombor ekor dari semangat bukit tersebut. 

Aku tinggalkan persoalan tentang agama, kepercayaan karut marut dan headed to kolam yang aku panggil The Ugly Duckling yang terletak 10 meter di hadapan tiang nombor 40 yang kamu tengok di atas.
Kenapa The Ugly Duckling?

Satu terisolasi manakala yang lain(4 buah kolam) gembira having the time of their life together(rujuk rajah di bawah). I passed out for a couple of minutes dan setelah aku sedar aku nak balik. Lapar. Haus dan keliru.

Masuk semula ke daerah kekeliruan tersebut, masih ada lagi chanting. Kepala aku semak, aku penat dan panas. Aku marah. Aku teriak 'Enough already!'

Aku dengar bunyi butang radio ditekan.

Nampak kelibat manusia keluar dari celah-celah kabus. I wish I peed in my pants, tapi air dalam badan aku dah dikumuhkan terlebih dahulu oleh organ paling besar, kulit you idiot.

'*##&^@?||&^%' Kata orang tersebut.

Oh, orang yang datang dari bukan negara kita, PATI atau PADI sebab aku bukan pegawai imigresen, sedang bersantai sambil mepraktikkan ajaran agama dia. Aku rasa bersalah dan cuba minta maaf. But I'm too macho for an apology so go eat horse feces you PATI! Or PADI or whatever.

Dan aku pulang dengan kosong kekeliruan dan selera membaham seekor lembu pada tahap tak boleh nak elak lagi.

Rabu, November 12, 2008

Emulasimu itu macam bincek.

Jika kamu adalah salah seorang smart-ass yang beranggapan loghat atau accent "Nogoghi" boleh didupilkasi sesiapa sahaja, you're wrong.

Loghat "Nogoghi" bukan boleh dibuat-buat seperti Robert Downey Jr mengimitasi loghat African American dalam Tropic Thunder.

Given a sentence, 'Apa khabar engkau hari ini?', apakah kamu mampu terjemah lantas menyebut semula ayat itu dengan intonasi, lenggok, gerak lidah, ekspresi muka seorang anak "Nogoghi" jati?

Hell, even some anak jati Negeri Sembilan mempunyai masalah untuk menyebut ayat di atas dengan baik, apatah lagi orang yang tiada kena mengena dengan ke-Sembilanan.

That's just wrong.

I can talk, pep-talk, seduce dan semestinya menulis dengan baik menggunakan loghat Negeri Sembilan. I even talk to a minister using this exquisite accent of ours about some stuff and he bought the shit that I pulled. 'Sup, dude in a suit?

Aku tak nampak mana hala tuju entri ini tapi ingin aku tegaskan bahawa apa yang buatkan kita warna-warni dan mudah dikenalpasti adalah loghat mengikut negeri. 

Itu dan jika aku benar-benar lapang satu hari nanti, akan aku buat satu podcast yang dikendalikan sepenuhnya oleh aku. Nampak macam rumit tapi ia semudah ABC 123, macam dalam lagu Jackson 5 tu.

Dan oh, ianya dalam loghat yang aku best at. You know what it is.

Isnin, November 10, 2008

Arapaima Bigass.


What are you, idiot?

Sudah semestilah nama ikan tersebut arapaima gigas. Sebesar-besar ikan air tawar yang boleh dijumpai di Amerika Selatan sana dan di sini, akuarium saiz colossal dan kedai haiwan perliharaan akuatik.

Bantuan visual:

Aku paling benci dengan ikan saiz besar sebab aku fobia dengan kewujudan raksasa air seperti Nessy, Ogopogo, Leviathan, Naga Tasik Chini(haha) dan beratus lagi yang tersenarai di sini. 

Benda-benda sebesar bulldozer adalah creepy. Mereka makan orang for a living. Damn straight.

Lebih-lebih lagi mereka ini duduk menghendap dalam tasik atau air dalam dan menanti habuan seperti manusia bangang yang pergi berkayak tengah-tengah tasik atau berenang sampai ke tengah laut.

Next thing you know, Speedo sighting.

Ikan yang depan mata aku tadi, dengan penuh eksagerasi, besar sebuah van. 

Yang aku nampak 4 ekor van, eh, ikan sedang ber-sunbathing tanpa bergerak seinci pun. Pada mulanya aku ingatkan semua dah mati sebab masing-masing yang ada kena mengena dengan kedai itu takut kena baham masa nak bagi makan. Sedang minat untuk mengikis fobia aku pada haiwan akuatik gigantik mula tawar, macam dia dapat baca saja apa dalam kepala otak aku, dan-dan dia bergerak. 

Seinci. Patutlah senang kena tangkap. Malas nak bergerak rupanya. 

Terus menggeletar kepala lutut aku. Seram sial. Manalah tahu datang hantu ikan tersebut lapar orang, dia langgar dinding kolam yang beranggaran setebal 10 inci sampai pecah lalu gigit aku sampai putus dua. Hish, seram sial.

Bergegas aku dan Otto mengalihkan minat kami ke haiwan yang lebih kecil, berbulu tebal dan tinggal di darat dan makan sayur dan buah-buahan saja. Ada satu haiwan marsupial yang saiznya lebih kecil daripada sebotol deodoran jenis roll-on tapi mengeluarkan bunyi seperti enjin bajak. 

Keluar sekejap roh aku dek terkejut.

Aku cari dari mana datang bunyi tersebut. Dari bawah surat khabar. Aku selak ada 2 ekor entah tikus entah tupai yang menyorok di bawah helaian surat khabar di dalam sangkar.

Ni kalau terpicit kuat sikit mahu terkeluar esofagus dari mulut dia. Bosan dan mual dengan persekitaran kebinatangan, kami bergegas pergi mengikut mana angin mahu bawa.

Berterima kasih kepada Otto, seorang teman yang membawa aku ke kedai haiwan perliharaan daratik(I just made this shit up) dan akuatik tersebut.

Sebab kaulah aku susah nak tidur malam ni. Pejam mata sikit terpapar imej aku dibaham arapaima bigass. 

Jangan usik sana! -Satu lagi kisah yang memerlukan kamu memenuhi syarat entri sebelum.

Apa yang kamu akan buat jika kamu menderita simtom di bawah:

1. Sengal-sengal badan.
2. Sendi rasa macam dipulas.
3. Urat seperti disimpul.
4. Otot rasa macam kena pijak.
5. Betis dan peha sering dilanda spasma.
6. Pendek kata, seluruh tubuh kamu rasa macam sial.

Pergi hospital. Righhttt.

Kali terakhir aku pergi dan pada kala itu aku tiba pada jam 9 pagi dan aku keluar lepas makan tengah hari. Dalam tangan aku pada masa itu adalah bungkusan ubat-ubatan yang terdiri daripada pil KK, ubat batuk, ubat selsema, antibiotik yang di mana tiba saja aku di rumah, semua ubat tersebut dieradikasi bersama plastik hitam yang mengandungi sampah berusia 3 hari.

Aku nak surat cuti saja.

Orang yang diburu masa seperti aku perlu serik ke hospital. Bagaimana mahu memandu kereta import yang dibeli murah semasa lelongan Kastam menjelang usia 30-an jika masa aku yang dinilai setiap saat menggunakan mata wang Ringgit Malaysia dileburkan dengan menunggu tanpa sebarang kerja dapat dibuat.

Dan ada lagi kisah silam yang memilukan antara aku dan hospital. In short, aku tak nak pergi lagi dah. For now.

Simtom-simtom di atas were killing me softly.

Seorang rakan mengesyorkan satu perubatan alternatif. Pergi urut.

I was like, 'what the fuck?'

Itu aku pada 3 hari yang lepas. Kesakitan yang aku tanggung memuncak peritnya bila tibanya Ahad, setelah aku pulang dari berjalan menaiki bukit yang di mana tinggi puncaknya masih lagi aku ragui memandangkan baru sekali aku dapat berbual dengan pengawal keselamatan stesen pemancar Telekom(kot), 4 tahun yang lepas.

Petang itu dengan jalan mengangkang, aku pergi ke satu rumah di kawasan tempat seorang YB muda yang penuh kontroversi. Aku jalan mengangkang ke kereta, rumah tersebut terletak berbatu-batu jauhnya dari rumah aku.

Khabar angin tentang seorang Cina kaya dari Sabah bermastautin selama 3 bulan di rumah orang tersebut seems promising. Dia lumpuh dan setelah diurut selama hampir 100 hari, dia boleh berjalan.

Sejauh mana kebenarannya tak tahu pula aku. Aku malas nak ringan mulut sebab ada satu lagi khabar angin yang kurang enak tentang tukang urut tersebut menjadikan aku sedikit was-was dan pada satu ketika aku mahu terjun dari rumah dia, start enjin kereta dan berdesut pulang.

Dalam aku sibuk mengelamun memikirkan tentang escape plan, in case benda yang kurang enak itu berlaku, tukang urut tersebut panggil aku.

Berderau darah. Bulu roma tegak pada paksi-Y atau X, aku keliru.

'Here goes nothing.' Bisik aku pada diri sendiri.

Telah aku ceritakan masalah aku pada awal aku sampai. Salin kain pelekat yang baunya mak datuk, hamis bukan main.

Mulalah dia melakukan "exploratory surgery" dengan tapak tangannya mengelilingi aku(cuba bayangkan orang baca chakra).

Dalam kepala aku, 'Yokoyo je orang tua ni.'

Dengan muka bersungguh-sungguh, tangan terketar-keta, I thought he was just you know, cuba menghiburkan aku dengan mentaliti tipikal orang dengan pengamal perubatan tradisional. They just made that shit up. Entah.

Macam-macamlah diagnosis dia. Pembuluh darah tersumbat, saluran pernafasan berkerak, urat berselirat tak jumpa origin, what have you.

Aku iyakan sahaja. Melayankan.

Maka mulalah sesi picit-memicit, tekan-menekan, henyak-menghenyak, etc. Dalam proses tersebut aku cuba sebaik yang mungkin untuk nampak sehabis lelaki yang boleh dengan shut the fuck up. Sampai naik merah muka aku tahan tekak dari terkeluar akibat menjerit kesakitan.

Well, on certain time aku terjerit sikit. Siapa tak? This old fart has the strength of an ox, so to speak.

Dan setelah "diservis" satu badan, tibalah masanya untuk the ultimate ending. The crotch massage.

Urutan genital.

Itu yang aku takut sangat. Sana jangan buat main, silap picit, uhhh aku tak mahu pergi kepada the worst case scenario.

All I can think of, cabut lari. Hasrat itu dibatalkan sebab sedang aku nak mengatur langkah, tangan dia dah sampai pun. 

'Kek sinilah punco eh.'

'Huh wha?'

'Ekau punyo tunjang masalah sakit-sakit badan.'

And I was like, 'Are you out of your fucking mind?'-yang diterjemahkan menggunakan ekspresi muka dan bahasa tubuh.

'Ekau ni boto ko duo puloh duo?'

'Dah tu...'

'Ko ompek puluh?' Disambung dengan ketawa derisif.

Everything went well. Aku cuba unit, cantik, masih berfungsi dengan baik.

Aku salin pakaian. Salam berisi dihulurkan. 

'Nanti esok luso datang laie, ekau boli satu cincin omeh lopeh tu pakai.'

'Nak buek apo?'

'Tu nak boto kan ekau punya sistem darah kek situ haa..' Kata beliau sambil jari telunjuk dia menunjuk unit aku.

'Iyo iyo.'

Dan aku pulang dengan hati yang girang dan terus gatal tangan menaip 3 entri semalam. Cincin emas? Aku nak beli pil B-Complex yang berkali ganda murahnya pun bertangguh, inikan pula nak bercincin emas. 

Ada orang-orang kenamaan juga pergi berurut dekat tempat tu, ikut kata dia dan sampel DNA(rambut) yang dia kumpul.








Ahad, November 09, 2008

18 tahun ke atas dan berfikiran terbuka? Selamat datang!

Or else, get the fuck outta here!




Aku kaya dengan pelbagai teknik untuk retrieve data dari internet. 

Salah satu teknik yang digunakan telah aku ajar dalam entah mana entri agaknya, memberi petunjuk bagaimana mahu muat turun lagu instead of using P2P program yang mengundang kepada faktor komputer selalu ask for your foot up their circuits and boards. Selalu nak kena format sebab virus yang unremovable telah stir up the system so bad, kamu perlukan sebatang baseball bat setiap kali mahu shutdown komputer.

Ada yang mengesyorkan aku guna Rapidshare atau beberapa lagi program simpanan data atas talian yang lain yang jika kamu tak daftar dan belanjakan sekian-sekian wang, kamu hanya akan menikmati 1/5(bergantung kepada kemurah-hatian pengelola halaman berkenaan) kelajuan muat turun.

That and your band-width.

Bila sebut pasal teknik, muat turun, P2P, tak sah jika aku tak kaitkan 3 perkara tersebut dengan benda ini:

PORNOGRAFI.

Uppercase menunjukkan betapa pentingnya ia dalam kehidupan seharian setiap individu, baik lelaki mahupun perempuan, yang baik mahupun terkejal.

Cari saja mana-mana komputer peribadi milik rakan kamu. Kemudian pada tab tools, klik pada Folder Options.  Kemudian pada tab View uncheck "Do not show hidden files and folders" pada setting Hidden files and folders.

Buka cakera keras. Semak semua folder yang dalam keadaan kabur. Voila! You hit the jackpot!

Samada mereka sorokkan ataupun macam aku, biarkan sahaja ia terpampang di storan D:\ yang di mana folder tersimpannya khazanah seorang lelaki dinamakan yes dengan berikon Wonder Woman.


Nama dan ikon itu sudah cukup blatant memberitahu kamu tentang isi kandungannya.

Isi kandungannya adalah tak semenggah. Cukup.

Dan tahukah kamu berapakah saiz folder tersebut? Berapa banyakkah benda-benda tak semenggah di dalamnya?

It's big alright, and numerous.

Jika kamu berfikir aku seorang pervert yang tak ada kerja lain selain muat turun pornografi, you're half and a half right.

Aku bukan pervert dan aku tak muat turun pornografi sahaja. Banyak benda lain dalam senarai muat turun aku, ianya melebihi bilangan benda-benda yang tak semenggah.

Aku panggil ia hobi masa lapang. Anggap saja itu urusan kerja.
___

Itu baru simpanan dalam komputer. Don't get me started with handheld devices.

Back to pornography. 

Aku tiba-tiba mencelah perbualan beberapa rakan perempuan yang menyesali diri mereka terlalu gemar menonton benda-benda tak semenggah hingga mengorbankan keperawanan mereka minggu lepas.

'We've had enough of it. The theory,' Kata mereka. 'Experimenting the theory came next.'

Mereka tambah. 'Enough said.'

Mereka tahu aku ada simpanan benda-benda tak semenggah yang diimport, 3gp my ass! Beresolusi tinggi, some of em' are even High Definition. Dan mereka mahu aku burn video, yang mengikut pemerhatian aku, yang terbaik antara semua.

Aku beritahu mereka aku tak tengok. Mereka gelak. Aku cakap aku dapat duit hanya dengan simpan sahaja. Mereka gelak. Aku cakap pergi mampus sama mereka. Mereka diam.

Aku akan beri mereka tapi realitinya setiap tayangan fokus kepada perempuan. Ini bermakna nak tak nak benda yang bakal mereka hadap adalah apa yang mereka hadap setiap hari di dalam cermin ketika tiada seurat benang pun meliputi tubuh.

Nak belajar teknik-teknik unik? Keluar duit sikit dan beli kitab Kamasutra. Kot payah sangat, muat turun sahaja fail PDFnya dari internet. Belajar dari sana.

Bukan dari situ.

Bukan apa, aku tak nak memesongkan orientasi seksual mereka sebab maklum sajalah orang putih, kamu sendiri mahu ingatlah. Aku tak mahu kena a hell of ass-whoopin' dari teman lelaki mereka sebab all by the sudden, instead of bumping each other, they'll play pelvic pinnacle with each significant other. 

Hoi! Kamu yang berusia 18 tahun ke bawah dan berfikiran sempit! Dah sampai sini pun pembacaan kamu, jangan hadam ya. Masuk mata kanan keluar mata kiri ya.

Aku ada lagi nak taip tapi aku sendiri rasa mual nak teruskan. I'm gonna call it a day.








Tolong gali tahi ini ke atas.

Atau please dig this shit up. Atau dalam kata lain, tolong percaya apa yang bakal kamu baca selepas ini.

Dulu aku rajin pos macam-macam dekat blog ni. Mostly crap. But you guys still read it anyway, so lantak sama kamulah.

Dan semakin lama aku menaip, aku jadi sakit.

Tiada writer's block or some other psychological explanation yang membuatkan aku jarang menaip. 

Aku sakit.

Itu saja.

Bagaimana aku menaip.

Apa-apa sahaja yang terlintas dan aku akan cuba cari papan kekunci dan terus menaip. Kamus dicapai untuk kemantapan dan sekaligus meranapkan tatabahasa dan bersenggamalah jari ini dengan papan kekunci. I heard something about jari menari so instead of using the fingers dancing metaphor, I used fingers having sex. Cool and experimentallicious. Or so I think.

Dan dalam proses menaip, dah menjadi tabiat kepada aku dengan menghabiskan 5 ke 7 batang rokok untuk 1 entri yang aku definisikan: crap, not worth.

Itu semasa, sebelum menaip ada juga rokok dihisap untuk memusatkan tumpuan seiring dengan menterjermahkan ayat-ayat yang menerawang dalam kepala aku ke dalam komputer. Adalah dalam 3 batang macam tu. Macam orang tak betul cakap sendirian sambil hembus asap. Itu cara aku.

Selepas pun ada juga. Biasanya apa yang berbaki dalam kotak rokok aku akan habiskan.

Dan aku tahu aku cop duit. Dan aku sekarang dah kehabisan dakwat. 

2 benda ini yang membunuh aku secara perlahan. Rokok dan duit. Dulu ada subtance lain yang membunuh tapi dah berjaya aku tinggalkan.

Aku tak pasti mana satu yang mula dahulu. Rokok atau duit. Sama seperti konundrum ayam dulu atau telur dulu. Aku pilih ayam jantan had such a rough day at work dan berjumpa dengan satu ayam betina yang foxy di bar. Mereka merupakan ayam pertama. Tahu-tahu sahaja dah jadi ayam. The male got drunk, dan menjadi super charm dan berjaya seduce ayam betina dan next thing you know, keluar telur instead of ayam.

There goes my 8th fag for the day.

Makin aku jatuh dalam perangkap imaginasi yang aku cipta sendiri, semakin galak aku bersambung puntung kerana aku tak nak putus idea. Aku semak pada tab edit post di bawah tab besar posting.

Semua sekali ada 38 draf, bermula 3 Oktober hinggalah semalam. Entri separuh jalan. Suku jalan sebenarnya. Ia berlaku sebab aku mendesak diri sendiri supaya mengurangkan tabiat merokok. Tengah hisap tak sampai suku aku dah campak dalam ashtray. Begitu juga yang berlaku pada benda yang aku taip.

Terbengkalai dan berbau sial. 

Ok. Aku rasa that's it. Malas dah datang.


Impian itu musnah sebelum sempat ia bermula.

Seorang teman di Jepun memberi satu berita baik untuk aku. Peluang untuk buat duit dengan hanya duduk di rumah. It's not another scam di mana kamu dikehendaki taip surat promosi untuk sesebuah agensi perlancongan tidak.

Ianya betul-betul buat duit. 

Program buat duit dari kamar beradu ini adalah salah satu program untuk semua orang yang berminat dalam penciptaan perisian untuk peranti tangan.

Apa yang diperlukan adalah sebuah Mac, sebuah iPhone dan pengalaman dan kepakaran dalam pengaturcaraan. 

Tiada satu pun daripada kriteria itu dapat aku penuhi. Tiada guna aku belajar variasi bahasa pengaturcaraan seperti Java, C#, VB dan skrip yang lain sedangkan Apple menggunakan Xcode; satu bahasa pengaturcaraan yang hanya boleh digunakan pada pelantar Mac.

Tiada gunalah Xcode dapat menampung banyak bahasa pengaturcaraan sebab aku masih perlukan sebuah Mac dan sebuah iPhone untuk tujuan menulis, debug dan run the application.

You gotta spent some to get some.

Seingat aku itu mantra untuk gettin' laid, secara amnya. Ianya membawa maksud yang lain jika aku gunakan font style yang normal untuk some yang kedua, some yang di-italic-kan. Cara sebutan juga turut menyumbang kepada miskonsepsi.

Aku tak ada some yang pertama. Some yang pertama itu membawa makna modal. Peruntukan. Kapital. Cirit.

Jadi bagaimana aku nak dapatkan some kedua, both literal and methaporically speaking, jika some yang pertama jauh di Kejora sana untuk aku gapai.

So I did some thinking.

Kalaulah ada orang lain yang berminat dan boleh bekerja dalam satu unit(pasukan berbunyi sangat bigot) dan rela diarah dan dikerah tanpa ada sungutan dan yang tukang arah dan kerah itu adalah aku, aku rasa some yang kedua atau some, boleh jadi kenyataan.

And later on, aku fikir lagi.

Mustahil. 

Tak apalah. Duit akan datang dalam banyak cara, ada kala ianya semudah jatuh dari langit(jika kamu tunduk ke bawah dan tadah tangan di kaki lima sambil penuh adamant menganggap langit itu hanya setinggi 5 ke 6 kaki dari paras kepala kamu, try to think of it) dan ada kalanya nyawa dijadikan perhitungan untuk duit yang tak seberapa(memeras ugut secara bersenjata seorang hobo dan kemudian secara tiba-tiba sepasukan seragam biru mengepung kamu, kamu jadikan hobo itu tebusan, kamu dapat adalah dalam sekitar seringgit 20 sen dan kamu berjaya melarikan diri dengan sebutir peluru di kaki).

Ooh, I just love my imagination that much.

Kembali ke pentas realiti.

Aku ajak rakan di Jepun itu berganding bahu(haha) menjayakan program buat duit dari kamar beradu. Antara sebabnya adalah:

1. Aku kenal dia dah lama. Rumah dia aku tahu. Kucing yang berusia 7 tahun milik ibunya pun aku kenal, begitu juga seisi keluarga beliau yang lain.
2. Dia ada iPhone yang beroperasi dalam bahasa Jepun.
3. Dia belajar dekat Jepun, secata otomatik dia tahu bahasa Jepun(yeah, it's that simple).
4. Dia yang memperkenalkan kepada aku bendalah ni maka dia tahu banyak tentang bendalah ni sebab ada banyak benda nak kena baca baru boleh faham dia punya flow dalam pembinaan program iPhone.
5. Aku, di tangan yang lain, baru baca perenggan pertama dan ayat pertama terus tutup browser dan sambung tengok Oliver Twist.
6. Biasiswa dia banyak.

Dan dia dengan penuh rasa hormat menolak sebelum aku dapat kemukakan sebab yang ketujuh. 

'I ain't no computer freak, I'mma robotic man and some shit.'

Dan impian gettin' some itu berderai bak pasu bunga yang jatuh dek ditolak tanpa sengaja sekawan monyet liar yang laparkan nasi lalu pergi kisai semua benda dekat dapur kering rumah aku kelmarin ketika tiada siapa berada di rumah.







Sabtu, November 08, 2008

Kesesuaian ayat dengan kondisi fizikal.

Sebulan setengah yang lepas, jika aku keluarkan ayat kecaman seperti 'jangan rapat nanti aku lipat' ramai yang tertawa sinis dan seterusnya gave a pat on the back.

Mereka tak pandang serius. Dalam mata mereka aku hanyalah patung Pinata. Keras tapi non-responsive. 

Mereka hanya akan cedera jika aku tumbang dan menghimpap mereka. Kemungkinan aku untuk beri mereka santapan fizikal adalah pada peratusan yang rendah.

Itu sebulan setengah yang lepas.

Semalam aku berjaya buktikan bahawa faktor fizikal individu mampu mempengaruhi tindak-tanduk dan keputusan orang yang lain.

Pertelingkahan idea antara aku dan seorang rakan pada akhirnya memihak kepada disebabkan mata bonus yang ada pada aku.

Mata bonus itu adalah lengan yang pejal, ketara ketulan dan segmennya, dada yang bidang dan bahu yang besar.

Ayat ancaman juga telah diberi suntikan African American.

'I'm gonna open a pile of whoop-ass on you!' Tegas aku sambil mengepal buku lima.

'Sumpah seh tak paham sepatah haram ekau cakap, tapi seh ghaso ado baik seh duduk di sudut sano dan monyosali setiap perkataan yang keluar dari mulut busuk ini.'

That wasn't so bad. Actually it went pretty well. Aku cuma ada hujah rapuh dan dia seorang penghafal isi kandungan akhbar. Cuba bertikam lidah tentang konspirasi kejatuhan seorang menteri kabinet kelak.

Menteri tersebut ada kena mengena dengan kami. Tiada pertalian darah tapi banyak juga busuk tentang dia kami pegang.

Dan di saat aku terbuka ruang vulnerability, dia serang aku dengan fakta demi fakta hingga mencalarkan mental aku.

Bila mental tercalar, saraf di dalam otak sana akan hantar impuls kepada beberapa bahagian lain sebagai contoh mulut, lidah, tangan dan kaki.

Duduk aku jadi bangun. Tenang aku dipukau baran. Maka keluarlah ayat African American di atas.

Dan aku menang. Bukan dari segi idea.

Tapi sebab aku berjaya memanipulasikan dia dengan faktor fizikal.

Jadi, kamu cubalah pergi angkat besi apa yang patut dan jangan baca apa-apa bahan ilmiah.  

O yeah.


Rabu, November 05, 2008

Silaulah, besar sial!

Dari sudut pemanduan, jika seorang penghidap astigmatisma atau rabun silau keluarkan tangan dari tingkap sambil buat variasi isyarat tangan kepada kamu, itu menandakan kamu seorang, dalam bahasa yang mudah dan kasar, pukimak.

Pengharaman lampu HID Xenon yang akan berkuat kuasa entah bila aku tak tahu memberikan 1 sensasi luar biasa, kelegaan tak bertepi buat aku dan seisi keluarga yang menghidapi rabun silau kronik.

Orang yang berpenglihatan normal juga menerima impak yang serupa cuma ianya taklah seteruk trauma orang yang rabun silau.

Aku pernah langgar timbunan pasir JKR, sudden migraine, migrain berpanjangan, and on worst cases, demam. Banyak lagi rasanya benda yang menimpa aku sebaik sahaja mata ini bertentang dengan the white light. 

Bukan cahaya putih kematian, cahaya limpahan lampu HID Xenon ataupun benda yang sama tapi pengeluar yang lain.

Pengguna lampu HID sepatutnya pergi jumpa optometris. Apa buta sangat sampai nak kasi kereta sejauh 5 batu boleh nampak lampu depan?

Dan sepanjang aku memandu, dah banyak kali aku redah pekat malam tak berteman lampu jalan dengan bantuan lampu sederhana. Dan aku ada semua jenis rabun. Cermin mata aku ada 5 dan setiap daripadanya digunakan untuk tujuan berlainan.

Aku pernah berhajat nak letak batu kerikil dekat bangku co-pilot sebab nak baling kereta yang pakai lampu HID tapi aku batalkan hasrat tersebut kerana konsekuensinya banyak, termasuklah aku akan digusti beramai-ramai memandangkan aku sentiasa memandu seorang dan kereta berlanpu HID ini biasanya dinaiki sekumpulan anak muda.

Biarlah pihak berkuasa jalankan tugasnya. Mereka dibayar menggunakan duit kita untuk melindungi kita dari kita.

Dan aku masih lagi terkisai-kisai bilik mencari Paracetamol. Kalau jumpa nanti aku telan sepapan terus. Senang. Boleh cover untuk esok punya episod konfrontasi bersama lampu HID.

Selasa, November 04, 2008

Beri aku sesuatu yang tradisional kalau kau tak nak rumah ini berbau tungkik.

Akhirnya aku pilih nama yang diberikan House kepada tikus yang ditangkap di attic rumah Stacy.

Dan disebabkan kucing di atas berjantina betina, aku namakan dia Stephanie McQueen. It's still rhymes. Got some power flow innit.

Aku dah bagi macam-macam produk makanan industrial pada Stephanie McQueen. 2, 3 hari dia layan. Masuk hari seterusnya, terus dia pandang pun tak nak.

Jadi dalam beberapa bulan ini, Stephanie McQueen telah merasai variasi makanan kucing yang kalau nak diikutkan telah melebihi variasi makanan yang pernah aku hadam.

Dan jika tradisi 3 hari sekali bersalin makanan ini diteruskan, maka aku akan end up kopak di suku pertama setiap bulan. Bukan klise, tapi she once ate a cheeseburger for fuck's sake. 

icanhascheezburger, anyone?

Oh my, how pathetic.

Dulu maa aku kecil aku ada bela banyak kucing kampung. Mereka makan ikan kembung rebus yang digaul bersama nasi putih. Sesekali, aku selangkan dengan ikan keli. Yang itu aku tak gaul. aku letak seekor terus atas nasi. Saja nak tengok reaksi mereka. Ikan keli somehow resemble a snake.

Kucing takut ular, get it?

Mereka main acah-acah. Cakar-cakar, gigit-gigit, kuis-kuis and in the end, nasi tak berusik, ikan keli tersebut masuk dalam tong sampah sebab dia tak nak makan.

So, back in present.

Aku cubalah resepi turun temurun buat makanan kucing.

I thought, what the hell, kalau tak jalan juga, nasiblah. Aku bahagia tengok orang lain bahagia disebabkan kebahagiaan itu tidak membahagiakan aku. What the fuck yang aku taip?

Tidak diduga, selepas seminggu, Stephanie McQueen kini ketagih dengan ikan kembung rebus. Belum sempat aku nak gaul dengan nasi, dia dah terjah dalam lesung.

I have a bad feeling about stuffing her with too much protein. Takut mati sebab kecacingan, sama seperti episod pengkebumian mini yang lepas-lepas.

Vet? I'm not a gold digger.




Isnin, November 03, 2008

Tanya sama (kata nama) apa sebab (kata kerja).

Aku dengar mak aku humming lagu tu sebentar tadi. 

Aku tanya kenapa dia riang semacam. 

Dia senyum.

Aku garu kepala.

Dia masih lagi tersenyum.

Aku masuk bilik pasang Test Switch Isolator.

Dia ketuk pintu bilik aku. Masih lagi mengetuk sedang perenggan ini ditaip. Banyak juga ayat-ayat yang tak sedap telinga mendengar terpacul satu demi satu dari mulut dia.

Aku perlahankan volume, aku cuba cari lagu-lagu klasik Melayu.

Tak ada.

Masih lagi kedengaran suara kurang enak.

Astrud Gilberto, ini mungkin solusi terbaik buat setakat ini.

'That's what I'm talking about!'

Terus hilang suara, ketukan pintu, derapan kaki.

1 minit. Dia datang balik. 

'Salah tema lah lagu ni. Tukar lagu lain. Mood tu biar romance, mesej tu kasilah happy sikit.'

If it takes forever, I will wait for you
For a thousand summers, I will wait for you
'til you're here beside me, 'til I'm touching you
and forever more cherish your love

'Abah kau keluar kejap je. Pergi gas station.'

'Oopsy daisy.'

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke- erk. Tak tahu.

Dah naik bersawang headphone besar tempurung kelapa yang lama tak berusik. Malam ni aku kasi bersih sikit, sarung dekat kepala. Sunyi damailah rumah malam ini.

Ahad, November 02, 2008

Hujung.

Tiada apa yang mereka pelajari di sekolah melainkan biologi pengkhususan dalam anatomi tubuh wanita. Lebih khusus lagi, are you that idiot?

Itu sahaja yang dibualkan. Baik di kantin, tandas, belakang kelas, celah pepohon rendang, padang mahupun di gelanggang bola keranjang cum bola baling.

Jadi, bagaimana mereka boleh menguasai 5(ini yang paling tinggi) peratus ilmu pengetahuan yang hanya boleh dipelajari dalam kelas sedangkan mereka buat kelas itu sebagai stor simpanan beg dan tempat pembuangan sampah bersakala besar?

Jawapannya adalah pembelajaran di luar kelas.

Tapi di mana?

Siapa yang tukang ajar?

Seperti yang aku taip pada entri Mula, guru yang terbaik adalah diri sendiri. Ayat pertama. Perenggan pertama. 

Dan seorang guru itu memerlukan tempat untuk mereka mengajar. Dalam erti kata lain, sebuah bangunan. Well, asalkan tempat itu berbumbung sudah memadai.

Itu baru dari sudut tempat, belum lagi alatan pembelajaran. Faktor kewangan lagi. Fasiliti apa cirit.

Jadi bagaimana mereka ini turn out to be orang yang berpendidikan tapi tidak terima menerima pendidikan secara formal?

Ianya bermula di sebuah pusat snuker. Not a fancy one, just a plain dirty snooker center. 

Ingat, di tempat aku inilah sekolah. Dan gurunya adalah individu itu sendiri. Most of them are men. Women are there for the karaoke machine only.

Tunggulah bila aku betul-betul senang, akan aku feast your eyes dengan bantual visual bagaimana situasi sebenar pedagogi subdivisyen.

But for now, I'm gonna go lie down.