Selasa, Ogos 26, 2008

Sekian saja aku menaip, esok lusa aku bersuara.

Fasa pertama, ujian bertulis, lepas dengan warna beterbangan.

Fasa kedua, ujian amali, paku ia(nailed it).

Fasa ketiga, sesi temuduga, tak tau sebab belum kena panggil lagi.

Manalah aku tau, baru siang tadi aku pergi Dewan Dinamik bercakap dalam bilik kebal dengan bertemankan deruman penghawa dingin, sebatang pen, dua set soalan dan sebatang mikrofon.

Dalam cengkerang solitari itu aku dan 127 kandidet yang lain diuji dengan dua bentuk ujian. Satu, ujian suara. Teks diberikan. Baca sajalah. Bukan main baca macam nak hafal buku sejarah tingkatan empat. Baca yang memerlukan fineese; nada suara, penghayatan, jelas dan terang menjadi ukuran dan skim permakahan adalah berdasarkan benda-benda yang aku taip tadi.

Seksyen yang kedua pula penyampaian. Ada empat pilihan cara penyampaian yakni pengulas acara sukan, pengulas siaran langsung, juruhebah dan laporan wartawan lokasi. Tiada satu pun yang aku berkenan. Dan semasa ujian berlangsung, aku ingatkan kesemua jenis cara penyampaian perlu dibuat maka aku mulakan dengan penyampaian pengulas acara sukan.

Cukup bertenaga.

Tanpa aku tahu satu fakta pun tentang sukan.

Penemuduga di balik cermin lutsinar, setentang dengan aku terpegun. Dengan cermin mata aku yang baru. Mestilah bukan, apa pasal dia nak tengok cermin mata aku pula?

Selesai sesi rakaman aku dipanggil si penemuduga. Berumur dan berisi.

'How old are you?'

'Twenty two, sir.'

'Get outta here! C'mon, how old are you?'

'Twenty two for fuck's sake!'

'OK, cool down junior. I'm just playin'. I saw a great potential in you, have you ever been in broadcasting?'

'Na'ah. Cakap dalam telefon adalah.'

'I see, I see. OK, go on, scram.'

'Thank you sir, ma'am.'

Dengan senyuman aku membuka langkah dan pulang meninggalkan kandidet lain yang tak habis-habis memekak dengan klik masing-masing.

Isnin, Ogos 25, 2008

Jangan berhenti, baby.

Kebelakangan ini kadar muat-turun klien torrent aku macam sial. Kadar muat-turun global, membawa makna semua fail yang dimuat-turun sekali rap punya kadar muat-turun, hah macam mana tu. Terbelit jari aku nak menerangkan.

Senang jika aku simpulkan hasil tambah semua kadar muat-turun. Kalau tak faham juga, tak dapek den nak nolong doh.

Dengan berpuratakan 30kbps, aku sering dilanda depresi. Bila nak siap, pelanggan aku telah mula bersungut. Mulut dulu ada dua sekarang ada empat nak aku suap. Bertuah punya kucing.

Dalam dunia torrent aku dipanggil lintah, orang yang tahu muat-turun sampai siap dan terus buang fail torrent, tak mahu di muat-naik. Kedekut tahi hidung masin. U/D ratio aku sangat menyedihkan. Tracker semua ban aku punya alamat IP. Mujur ia tak konstan, hari ini lain esok dah lain.

Aku perlu buat sesuatu untuk mengoptimumkan prestasi klien torrent. Oh, aku menggunakan Vuze. Tak adalah gila babi mana pun cuma antara-muka dia saja yang macam bagus. dah aku godam macam-macam sampai keluar Skrin Biru Kematian atau BSOD/Blue Screen of Death. Pergi Google ya jika terkebil-kebil terpinga tak faham maksud.

Proses alter betul mencabar kepala otak yang berkarat macam aku.

Hasil yang aku peroleh:
Menitik air mata jantan aku. Tipu.

Terharu jugalah. Mahunya tidak, aku mengrisikokan banyak benda terutama sekali beban yang perlu ditanggung papan induk. Warranty dah tamat, kopak la aku kalau jahanam lagi.

Dalam aku kembang kempis meraikan kejayaan aku memperoleh kadar muat-turun sebegitu tinggi(serius, itu saja yang paling tinggi, nak tinggi lagi pergi panjat tangga. Tiada kena mengena), aku buka tetingkap Vuze. Di atas itu hanyalah Transfer Bar.

Pujian terhadap tracker bertukar carutan dan caci makian.

Satu tu sajalah yang meletup-letup.

Satu tu sajalah yang buat sedap mata memandang.

Satu tu sajalah buat perut mak peers sejuk masa mengandung dulu.

Sabtu, Ogos 23, 2008

Ketagihlah kamu, ketagihlah wahai sekalian umat.

Bukan ketagih fit.

Ini maksud aku:


Suck on that, pengguna Internet Explorer!

Letak pun buat sakit hati, baik tak payah letak.

Liat sungguh badan nak pergi beli pakaian. Kali terakhir aku beli pakaian adalah dalam dua tahun lepas. Beli sekali sekarung, lima tahun punya pakai. Karung saiz gedabak, maklumlah lima tahun sekali.

Disebabkan kesemua baju dan seluar aku sudah kusam dan pudar selari dengan peredaran masa, sudah tiba masanya aku angkut karung guni saiz medium ke pusat membeli belah.

Semasa memilih pakaian, aku cuba ingat-ingat balik baju yang ada. Rasa-rasanya semua dalam kondisi yang baik. Setakat tercarik lima enam sentimeter tu boleh sarung lagi. Cover up pakai peniti. Macam tak biasa.

Seluar.

Semua macam gampang. Koyak-rabak. Celah kelengkanglah, poket belakanglah dan tak lain tak bukan, carik kompulsari di bahagian hujung seluar. Yang paling bawah tu. Apa entah nama dia. Kaki seluar...kot.

Cek dompet. Aiseh.

Karung guni saiz medium dikeronyok dan disimpan elok dalam tong sampah berhampiran. Nampak gayanya sepasang seluar sajalah.

Lumrah manusia, laju langkah diorak menuju ke slot pakaian yang ada letak papan tanda comel yang di atasnya terlakar nilai diskaun.

Kalau tak ada, bisikan seperti 'pergi mampus sama kau' atau 'lingkuplah kompeni kau, tungkik bacin punya kapitalis' akan meniti di bibir kita atau segelintir kita. Well, tak semua orang beli pakaian main capai dan campak di kaunter pembayaran dan sekali dengan aktiviti mencapak, kad kredit juga turut sama dicampak untuk menampakkan betapa mewah kehidupannya seharian.

Sasaran dikenalpasti. Deretan seluar slack pelbagai warna kemas digantung dan ditempatkan atas tempat sangkut pakaian beroda. Dan yang paling penting sekali, papan tanda diskaun 50%. Dengan julat harga sekitar Rm50 ke RM200, aku rasa aku masih mampu lagi. Diskaunlah katakan.

Dalam gopoh memilih, aku tak perasan tulisan kecil ini "EXCLUDING PINK TAG". Aku dah buat kira-kira, paling mahal pun RM100. Cari yang murah sikit, kena dengan kemampuan(emphasis kepada ketandusan ekonomi per individu).

Cuba punya cuba, hati pun berkenan. Maka bertanyalah empunya badan ke apa-nama-orang-yang-selalu-menyibuk-bila-kita-dok-belek-barang-dekat-mana-mana-tempat-yang ada-produk berapa harga selepas diskaun walhal itulah yang paling mudah sekali untuk dikira. Bahagi dua dapatlah nilai baru. Bukan apa, saja mahu uji ilmu hisab orang tu.

'Sekian-sekian wang.'

'Eh, kata ada diskaun punya. Itu full price.'

'Incik tada baca itu kecik punya tulisan ka?'

'Hello, spek tebal. Tolong memahami sikit.'

'Mari sini saya tolong baca.'

Berjalan perlahan ke tempat terpacaknya papan diskaun tersebut.

'Fifty percent discount on all item. Itu kicik dia tulis excluding pink tag item.'

'Apa pasat itu macam punya mehh? Tada diskaun la itu macam.'

'Apa pasat?'

Lagi kau nak tanya ya. Dah sah-sah semua pakaian bertag warna merah jambu.

Cukup mudah kita terpedaya. Apa boleh buat, beli jugalah. Takkan nak pulang tangan kosong.

Khamis, Ogos 21, 2008

Kohabit dan hujah rapuh.

Dionysus, Aphrodite, Atermis, Olimpiang.

Agak kenalah penyamaran identiti yang digunakan pada entri yang sebelum ini.

Beberapa bulan lepas aku dan beberapa orang rakan berkudapan pra-senja di sebuah kedai makan. Dalam enak kami menjamu selera sambil berbual tertawa riang, secara mengejut muncul seorang wanita entah dari celah mana dia keluar berdiri setentang dengan kami.

Menghadap bangunan yang bertentangan dengan bangunan yang membumbungi kedai makan tempat kami makan.

Tolong mantapkan skil visual anda jika tak mahu terawang tanpa sebarang idea. Penting kerana faktor lokasi sangat memainkan peranan untuk kamu memahami jalan cerita.

Eh. Iye ke?

Entah. Pandai-pandai kamulah.

Pinggang dicekak, rambut meliuk lentuk ditiup angin petang yang agak berangin petang itu, mata dikecilkan sambil kepala dipusingkan; mencari, menghendap, mengunci sasaran.

Wanita itu adalah Aphrodite. Nama samaran.

Lelaki pemabuk itu pula disamarkan dengan Dionysus, memang cocok sekali nama penutup aibnya dengan entiti Dionysus itu sendiri. Pemabuk, 24 jam tak betul, kaki perempuan. Bukan kaki macam perempuan, maksud aku suka mendampingi perempuan.

Aku rasa tak perlu aku panjang lebarkan lagi. Entri sebelum ini dan tajuk di atas sudah cukup untuk menggambarkan apa yang berlaku.

Gretto pula adalah hibrid "Greek" dan "Ghetto".

Olimpiang pula asalnya aku mahu letak nama Olimpin sempena nama jajahan bertuah tempat aku berteduh. Namun disebabkan bunyinya tiada vibe dan tidak hip, aku distorsi beberapa huruf, maka jadilah Olimpiang.

OK. Ditaip pada fasa sorongan bantal, pulang dari pusat hiburan famili Ah Pang. Dua watak utama tersebut berada di sana. Bermadu kasih, bermesra lemas, apa-apa sajalah yang berkaitan dengan orang yang dibakat api asmara. Datangnya seru mahu tulis pasal mereka la itu juga.

Pengajaran. Entah. Tiada barangkali, tapi bagi aku ianya cereka masa

Masa itu juga salah satu penawar. Retak belah cakar sepak berbulan yang lepas bertukar cak-cak ba-cak, geli-geletek, ciuman tanda sayang di dahi, blablabla.

Jadi berfikir aku seorang. Apakah masa boleh mengubati segalanya? Menamatkan segala gusar? Meredakan kerut di dahi? Melenturkan ketegangan?

Dan ya. Betul. Masa itu ubat. Kerana kesudahan segala masalah yang ditanggung seseorang itu adalah dengan datangnya Sang Penarik Roh yang kunjung tiba bila sampai masanya.

Nampak tak? Kan ada masa tu, kira bolehlah. Dah dari aku melalut panjang ada baik aku memasuki fasa pasca-sorongan bantal atau nama lainnya, tidur.




Rabu, Ogos 20, 2008

Gretto: Satu Mitos, Bukan Jenama Aiskrim.

Maka mata bogel ini menyaksikan satu adegan yang tak pernah keluar dalam mana-mana drama swasta tanah air.

Sedang teh O panas itu dihirup sekali dua kerana pjiar lidah merah mebuak perit, bertempiklah Aphrodite. Gegar tanah, bertempiaran mergastua, pung-pang-pung-pang. Teh O itu dicemari. Cebisan habuk impak dari pergeselan ikatan atom dalam konkrit memenuhi cangkir berisi minuman herba atas bukit.

Dionysus seperti biasa tersedu-sedu. Liquor murah jadi santapannya petang itu. Menanyi gembira sambil menghabiskan harta di Bar Dewa-Dewi Aras Dua, setingkat bawah daripada Telaga Kesuburan; tempat Aphrodite bercengkerama dengan Dionysus, asas pertama dan kedua pada awal pertembungan dua kuasa besar tersebut.

Dionysus buat-buat tak dengar pekikan Aphrodite. Makin baranlah Dewi Grandeur tersebut.

Suasana yang kembali damai setelah Aphrodite melepaskan lelah setelah banyak tenaga dicernakan semasa menempik kembali kucar-kacir dek ke-sempoi-an Dionysus.

'JANTAN TAK GUNA!'

Pecah tar jalan akibat momentum yang terhasil daripada hentakan kaki Aphrodite. Habis patah sayap konvertibel yang diletakkan di bahu jalan atas perlakuan bengis Aphrodite menghayunkan tangan menepis dan menolak halangan yang melintang.

Benar marahnya. Dengusan hasad dapat didengari dari berbatu jauhnya.

Sampai jua akhirnya Aphrodite ke Aras Dua. Dionysus masih lagi buat-buat tak nampak sungguhpun Aphrodite sedepa di belakangnya.

'Jantan sial! Harta aku kau kikis sampai licin. Aku taruh kasih sayang berbelah bagi tidak kepada kau, ini kesudahannya? Berkepit engkau dengan Atermis tanpa sebarang salah merudum hati?'

Dionysus separa sedar, 'Aphrodite...*Hick...Permata hati...Apa ek?...*Hick....Aha, hatiku.'

'*Hick. Maaf adinda. Arak bagus. Siapa mampu menolak?'

Aphrodite dengan tersipu, 'Benarkah aku permata hatimu wahai Dewa Mabuk? Siapa yang kau gomol tadi? Tiang telefon? Kepala otak kau berjambul wahai Dionysus.'

Dionysus menyerap segala alkohol meruap serata Olimpiang yang menjadi esen kuasanya.

'Aiseh dinda, kanda terkonsum luar dari dos yang dibenarkan. Ting tong lebih pula. Tunggu, penafasan jika diatur dengan baik, lebihan mabuk itu akan tecerna lantas menjadi baja kepada pokok yang dinda tanam dekat laman mahligai kita.'

'Cepatlah sikit.'

'Begini. Kanda sunyi. Kanda tertekan. Empat putera dan satu puteri kita betul menolak sabar dari deria. Jadi apa salahnya kanda turun sini dan bersosial dengan dewa-dewi serta pra-dew dan pra-dewi yang lain?'

'Cukuplah retorik busuk kau itu jantan tak guna. Aku mahu tinggalkan institusi yang kita bina bersama yang utuh berdiri sekadar tiga tahun cuma.'

'Jadi, apa yang dinda mahukan?'

'Ceraikan aku.'

'Sayang...Kita tak pernah bernikah. Tiga tahun kita bermadu kasih bercinta larangan.'

'Eh, yeke?'

'Iya, dinda halusinasi. Itulah dia fasa kejam kala detoks. Mari sini, secangkir Lagu Thai untuk meredakan keadaan.'

'Yam seng!'

'*Hick!'




Deskripsi anekdot ini akan diceritakan kemudian.

Tanya/Soal.

Tanya Dia kepada Dia,
'Hye u. X igt kat i lagi?'

Jawab Dia kepada Dia,
'Ya.'

Soal Dia kepada Dia,
'Sebegitu mudah?

Jawab Dia kepada Dia,
'Ha'ah.'

Bentak Dia kepada Dia,
'Kenapa u toberos semacam je ni?'

Jawab Dia kepada Dia,
'Aku nak tidola barua.'
'Dan oh, aku lelaki. Pergi kacau orang lain.'

Ketawa kecil Dia kepada Dia,
'Lah. Yeke? Silap nomborlah. Sori aa brader.'

Dihambat sekuman amarah,
'Pergi jahanam sama kau. Selamat malam Si Genitalia Miang nan Berkudis.'




Toberos tu apa benda? Perbendaharaan kata kelas medioker betul. Go buy yourself a dictionary will ya? Dan jangan hanya beli simpan buat datok.

Selasa, Ogos 19, 2008

Kudapan Senja : Supremasis, Udah-udahlah Tu.

Tersedak aku tatkala epok-epok Maktih menuruni kerongkong.

Gara-gara ini.

Hish. Macam-macamlah kau.

Apa boleh buat, semboyan dah berbunyi.

Terima kasih Sadam. Kalau takkan kau, cermin bilik aku akan terus menipu dan terus menemberang hinggalah terputusnya nafas. Atau kaedah lain yang lebih unik untuk melambai kepada dunia dan berangkat pergi ke mana sahaja patut aku tercampak.

Ahad, Ogos 17, 2008

Jangan panggang saya hanya kerana saya seputih dan sekenyal marshmallow.

Hooray untuk ibu muda seluruh dunia kerana persatuan kamu yakni Persatuan Ibu Muda Global kini bertambah keahlian.

Eh. Tak boleh turut serta ke? Loratlah kamu semua.

Snek Awal Pagi : Mulut Tu Ada Insurans?

Malang tak berbau kerana jika ia ada bau ramailah pengusaha industri haruman berebut-rebut menjenamakan produk baru mereka; yang berasaskan malang.

Terasa rindu mahu menjamah nasi lemak ayam Taman Rekreasi. Disamping panorama seriniti yang terdiri dari tumbuhan hijau, unggas beterbangan dalam kelompok hatta berpasangan dan orkestra indah kodok dan cengkerik dan derapan kaki semut merah, tidak ketinggalan gadis-gadis kota yang pulang ke desa dan jururawat muda berkeliaran serata taman tersebut.

Aku ke sana sebab nak makan, bukan bayar hutang mata. I did not put em' there. Lagipun aku sampai awal. Kabus masih berkepul. Penduduk rata masih bersimpul.

As I was sitting there all alone, datang seorang budak yang berisi. Lelaki. Gempal. Memerhatikan aku dari jauh sambil memegang kuntuman belon.

'Abang ni orang gila ek?'

'Huh wha?'

'Apsal rambut abang macam tu?'

'Oh. Biarlah. Bukan abang kena saman pun rambut macam ni.'

'Tapi abang macam orang gila.'

Tertarik dengan kenaifan budak tersebut, Sadam namanya yang juga pseudonym, aku ajak dia duduk semeja. Dari segi fizikal aku estimet 10 tahun. Besar budak tu, kusss semangat. Lengan dia saja dah besar peha aku. Oh wait, peha aku besar. Lengan dia saja dah besar apa ek.. besarlah, tak jumpa perbandingan yang sesuai.

Dari awal aku bercakap dengan dia sampailah terhidang nasi lemak ayam, sampailah licin pinggan tersebut, aku dihujani dengan ayat-ayat Sadam yang jika dilayankan kepalanya, kamu pasti akan mencari pisau untuk merodok leher kamu sendiri.

Tekanan demi tekanan yang menimpa menjadikan aku hilang sabar. Tapi bodohlah aku mahu go physical on him, budak lagi. Aku atur semula pernafasan. Hirup secangkir kopi O panas. Ahh..lega. Aku tepuk perlahan belakang dia.

'Nah ayam. Duduk sana diam-diam.'

Dia capai ketulan dada ayam yang masih panas baru keluar kuali. Dia rabikkan kulit. Dia mamah.

'Apsal amek kulit je? Isi taknak? Abang makan kang tau lah.'

'Ish..janganlah gelojoh. Satu-satulah. Nanti tercekik macam mana?'

'Hospital seberang jalan.'

'Taknaklah makan isi, nanti gemuk.'

'He'eh. Pulak dah.'

Aku tak tahu apa perlu aku buat, aku kurang selesa seorang budak intimidasi aku dengan hujah yang rapuh tapi aku tak sanggup nak balas kerana he's just a kid. A slob one. Dengan hingus tak tau berlap, dengan baju penuh tompok minyak dan sambal, dengan main bersin dalam gelas kopi aku. Mujur aku ada bawa wang lebih. Order satu lagi.

Tak boleh jadi. Potong, semuanya potong. Aku nak berdamai-damaian dengan alam semulajadi sambil tampak gagah di mata masyarakat. Semua stim dah kena potong. Aku nak berlayar ke fantasi menunggang kuda padi dia letupkan belon imaginari aku dengan air liur beracunnya.

Nak taknak, aku perlu berlaku kejam.

Aku capai sebatang rokok. Acah-acah mahu nyalakan.

'Baik adik pergi tempat lain, nanti adik mati sedut asap ni.'

'Taklah, kalau adik mati pun, adik mati lepas abang. Abang mati dulu sebab abang dah hisap lima batang dari masa abang sampai tadi.'

'Urghhh..'

Dan aku mula memaki mencarut dalam hati sebab aku marah dia cakap "babi" di awal-awal perbualan.

Aku mesti mahu angkat kaki. Nak layan dia sampai Subuh esok pun belum tentu sudah.

'Abang nak pergi mana?'

'Hospital. ngurat nurse.'

'Kat sini ada tiga orang, taknak mengurat diorang ke?'

'Amboi. Nak abang siapkan sistem audi0 10,000 watt dan sebatang mikrofon? Perlahan la sikit cakap. Malulah abang macam ni.'

'Apebende tu?'

Dalam hati, 'ihyui*9=9##$%%!'

Aku ke kaunter untuk urusan pembayaran.

'Berapa umur budak tu kak?'

'Ampat taunnn naaa...'

'Lohh..ku ingatkan sepuluh. Cerdik semacam je.'

'Entah, emaknya kenan Albert Einstein dulu gamaknya.'

Aku pergi ke motor. Raba-raba kunci di semua poket yang ada pada pakaian aku. Total enam poket. Satu poket pun tak ada kunci.

'Barua!'

Cukai jalan, kunci rumah, kunci pagar, kunci grill termasuk kunci motor tu sekali lesap entah ke mana. Daulat seorang infant. Dia bersih. Aku dengan busuk hati mengutuk dia dalam hati. Lempar kata-kata kesat disudahi dengan nama dia, dalam hati.

Mujur aku street smart. Hotwiring is not a big deal. Terima kasih kepada YouTube, Metacafe kerana menyediakan video-video skil fundamental untuk tinggal dalam komuniti ghetto.

Sadam, jika kita berpeluang jumpa lagi, akan aku kucup dahi kau. Lepas tu tunggu kau besar lagi 20 tahun, aku sepak kau laju-laju. Jika tiada apa aral.

Hello Lubang-cirit.

Berkisar tentang surat yang tiba semalam.

Sampul dibuka lambang tertera,
Curiga hati nak tahu apa;
Dah boleh agak apa isinya,
Cuma malas mahu dengar isi hati berkata.

Sepurnama lepas canang dipukul,
Lantang bunyinya gegak gempita keluar segala isi rimba;
Menyebut nama pendekar yang bakal muncul,
Peralihan kuasa itu medan pencaknya.

Calang orangnya tidak calang orangnya bukan,
Punya empayar perniagaan sendiri;
Wang berguni tolong jangan jadikan sandaran,
Kerana seterumu itu licik berstrategi.

Minggu hadapan kita bersua,
Kamu sajalah, aku tak mengapa;
Bosan aku muak tiada taranya,
Mengenang konon perjuangan bangsa.

Sudahlah sudah bertikam lidah,
Kau yang mulakan, aku cuma menyinambungkan;
Sebelum melarat parah apatah berdarah,
Baik aku duduk diam memerhati kesudahan.

Penghujung sudah nampak,
Coup mu itu bahan gurauan;
Kerna seterumu itu bapak,
Kamu pula hanya anak ikan guan.

Dengan ini diisytiharkan 24 Ogos nanti aku akan berbaringan menonton filem yang dimuat-turun berbaki 12 masih belum ditonton.

Sabtu, Ogos 16, 2008

Canggung.

Pertalian yang terputus kini tersambung semula. 10 bulan. Tempoh kejam yang mengaburi definisi aku antara ekskuisit, grandeur, sedap mata memandang dengan yang sebaliknya.

Buka sahaja telefon setelah berminggu-minggu hilang tanpa khabar berita, satu mesej daripada syarikat pembekal telekomunikasi berbunyi:

You have 13 misssed calls
+601########(7)
since 12:27
15.08.08
+601########(6)
since 12:07
15.08.08

[Activated by
Hotlink]

Sungguh asing nombor tersebut. Jadi hal kerana kad sim ini kosong tanpa sebarang daftar hubungan. Yang ada cuma empat, yang disediakan secara default oleh Hotlink. Talian perkhidmatan apa cirit entah.

Aku buat panggilan pada nombor yang tertera atas sekali.

Tiada respon.

Aku hantar mesej. 'Sapo nih?'

Mesej masuk.

'Sekian-sekian umat.'

Oh. OK. Nama dia bukan sekian-sekian umat. Pseudonym la.

Mesej masuk lagi. 'Nanti sekian-sekian umat lain call u'

Selang beberapa ketika, nada dering paling busuk untuk telefon bimbit Motorola model C113 berkumandang. Tiada apa yang istimewa tentang telefon ini melainkan ia percuma dan kekeliruan entri data semasa memasukkan karakter 'n' dalam teks mesej. Contoh, "aku dah makan" menjadi "aku dah nakam".

Terbalik susunan karakternya.

Bersungut pun tak guna, benda percuma.

Berbual dan kemudian berbual. Sampai habis satu botol mineral 1.5 liter. Satu hal aku one-shot dan satu lagi sebab panas bukan main. Tubuh aku terhidrasi pada kadar yang tinggi.

'Now?'

'Lemme take a bath first. Bepeluh macam sial ni.'

'Eww..gross.'

'Lantak kaulah. Aku nak mandi ke apa.'

Toot.

45 minit kemudian. Dua daripada empat wanita yang pernah terlibat dalam aktiviti rampasan kuasa/coup skala kecil tercegat depan mata aku.

Kelu. Jadi gagap aku.

Dalam nada ketar, 'You guys are prettier now.'

'Uhh stopp. Demam ek?'

'Yup. Tapi masih kuat, see see.' Sambil mengangkat dumbbell seberat 10 kilo yang entah macam mana boleh ada di bangku co-pilot.

Mara menuju ke sang mega merah. Dipenuhi hilai tawa sambil reminisce over the good old days. Gelakkan hal dulu satu perkara, satu lagi gelakkan aku yang gagap tak sudah.

Jumaat, Ogos 15, 2008

Maka benarlah apa orang kata Ketawa Itu Penawar Terbaik.

Aku demam. Selsema cibai menyorong perlahan virus demam dalam tidur. Sudahnya pagi tadi satu badan aku panas. Tanpa batuk, mungkin belum sampai lagi tapi aku yakin dalam beberapa ketika nanti mulalah aku terkeheng-keheng berikutan semua jenis minuman aku telan buat dua hari yang lepas tak sah tidak jika tak ada ais. Semua mesti ada ais. Sampai rokok pun dari Dunhill Light jadi Dunhill Menthol dek panas luar ordinari kebelakangan ini.

Pansi? Sissi? Sotong? Pergi mampus sama kamu punya persepsi.

OK.

Aku demam right? Tak boleh bangun. Yang boleh bergerak tangan. Aku capai tetikus. Pergi semak kaunter daftar masuk. Ada pelawat dari Indonesia. Tak ada yang pelik di situ.

Aku klik pada pautan lawatan tersebut. Kerana kebanyakan pelawat luar dari Malaysia akan singgah ke blog ini dengan kata carian.

Bisik, 'Apalah yang kau cari ni.'

BAM!

Segala persoalan terjawab. Segala tanda tanya jadi tanda eksklamasi. Segala ragu dimamah ulat sagu.

Behold,

Laksana menonton Russell Peters dalam DVD Outsourced. Terguling, terbahak, terlentang, terpusing-pusing atas tikar buluh. Sampai melecetlah hendaknya aku penuh eksagerasi.

3gp bini serong?

What the fuck?

Kalau dah sangap sangat pergilah tinjau jiran sebelah atau pergi terjah kamar beradu orang tua kamu. 3gp isteri menyimpang dari arah yang lurus. Mungkin dia seorang pengkaji agama. Kerana serong di situ tidak semestinya membawa maksud you know, posisi dalam bercengkarama.

Boleh juga serong akidah.

Boleh juga potong sayur timun secara serong kerana salah potong timun jadi rasa pahit.

Tapi normalan aku sebagai lelaki; sudah semestinya definisi serong yang berbaur intimasi menerjah membran otak dahulu.

Eleh, macamlah kamu tu saint. Piiirahhh!

Puas aku gelak. Sampai menitik air mata, siap aku ajak dua pupu yang tinggal agak berdekatan dengan hutan simpan ni untuk turut sama bergembira. Dia sembelit.

Aku terus sihat tegap berdiri angkat dua kampit besar beras sekaligus manakala dua pupu aku mukanya dari pucat menjadi kemerah-merahan serta tersenyum simpul memanjang ekoran kali ke-tiga dia ke tandas dia berkata, 'Itu untuk 3 hari yang lepas. Bak mai ko punya potato chip.'

Dan kami pun berkejaran menghala ke mentari terbit kemudian terbenam, living the youth life.

Terima kasih, freak.

Khamis, Ogos 14, 2008

Petualang Alfa : Buatlah Perangai Lagi

Hilang enthusiasm nak buat apa saja kerja yang terhidang hari ni. Ter-sroot-sroot(bunyi tarik bendalir nasal dari menitis) sepanjang hari.

Flu dalam bentuk cair dan jernih merupakan selsema cap gampang. Berbanding flu likat bewarna kuning kehijauan yang secara semulajadinya liat nak ikut hukum graviti yang melekat di bahagian dinding dalam hidung, aku lagi rela dihinggapi selsema tersebut kerana secara normal flu tersebut diikuti dengan mild fever dan terus melarat.

Membawa makna rehat yang panjang.

Pra-flu pula(merujuk kepada bendalir jernih dan cair) di tangan yang lain sekadar flu sahaja. Bersin. Itu saja. Sensitif debu. Itu saja. Sensitif perubahan suhu. Itu saja. Tak lebih. Ada lagi kot, aku bukan doktor macam dia, manalah aku tau menditerminasi influenza dengan persis.

Aku bebas dari sebarang pengaruh dadah.

Begitu juga parasetamol, antibiotik dan ubat selsema. Sebab ia juga dadah. Bezanya ia legal dan boleh main beli di Kedai Sensei tanpa perlu risau mata-mata pasang mata.

Membawa makna, tempoh untuk aku pulih sepenuhnya akan dipanjangkan dari sehari kepada tiga hari atau seminggu, ikut gaya pemakanan. Cantik sangatlah tu. Seminggu itulah aku bakal dilayan laksana maharaja. If only.

Seperti biasa aku akan cari perubatan alternatif. Baru cuba sebentar tadi adalah salai hidung dibawah terik mentari. Tak boleh jadi. Rentung pula aku nanti. Fikir punya fikir, aku perlukan haba konsisten untuk mengeringkan bendalir bangsat ni.

Kebetulan pula aku sedang mengeringkan rambut. Panas. Konsisten. Boleh set suhu. Boleh main berhenti-berhenti ikut suka aku.

Masih lagi perit berikutan terdedah kepada haba bersuhu tinggi secara mengejut. Pasang-pasang saja dah letak yang paling tinggi, sendiri mahu ingatlah macam mana dia punya pergi. Dengan aroma bulu terbakar, cukuplah dulu setakat ni.

Besok sambung balik. Nak letak ColdHot Pack. Sakit sial diikuti perit sial.

Selasa, Ogos 12, 2008

Secangkir kopi suburbia.

Berlalunya siang berganti senja. Jauh dari hiruk pikuk, damai dengan hembusan nyaman yang bebas dari segala macam karbon, pepohon hijau yang masih utuh berdiri sayang diterokai, membuat jiwa rasa berat untuk gerudi tempurung dan mengucapkan selamat datang pembangunan.

Tidak. Tidak sebegitu mundur. Pembangunan itu ada, kemajuan itu ada, globalisasi itu ada, begitu juga aliran deras pemodenan; juga ada, cuma tidak sederas jatuhnya air dari puncak Sagil ke Kolam Puteri.

Hairan melihat gugusan manusia cuba mengembalikan nostalgia di kota. Nostalgia celup yang dibelakangi si kapitalis haloba. Keaslian itu jadi busuk, hilang serinya dek percubaan menyatukan dua generasi dalam satu.

Tak menjadi wahai lintah penyedut darah.

Ada beberapa percubaan dibuat yang disusuli dengan keluh hampa.

Tak menjadi wahai lintah penyedut darah.

Percubaan yang dibuat bukan sahaja memadamkan harapan bahkan mengambus terus, tiada sinar. Betapa bangsatnya kambus berbanding padam disimpulkan dengan kerja menulis semula lebih mudah daripada menggali.

Bidalan mudah.

Tapi cukup untuk dijadikan sandaran untuk menangkis satu demi satu fraude yang musnah satu berduyun datang mengganti.

Marah, bukan.

Kecewa, ya.

Kerana

kopi

yang

dihidang

pakai

uncang.

Mana pergi hari baik dahulu? Mana pergi mesin pengisar biji kopi?

Mana?

Dah dijual kepada Si Karung Guni.

Mana pintu kayu berukir?

Mana?

Dah dibuat kayu api.

Mana simen pecah jadi alas kaki?

Mana?

Ditutupi jubin, menutupi cela.

Sekarang bercerita pula tentang kesempurnaan?

Huh.

Duhai lintah penyedut darah yang memakai sut mewah, hisap curut rantau orang, pulanglah ke sawahmu. Bendang ini bukan tempat cuba dan jaya. Ia kekal. Ia sejarah. Ia dogma.

Jangan.

Kembalikanlah mesin pengisar kopi. Kembalikanlah pintu kayu berukir. Kopakkanlah jubin mewah. Ralat kaki mahu dilunjurkan atas bangku tak berpenghuni.

Kerana suburbia ini masih lagi berimba. Seimbang nisbahnya. Terpelihara keunikannya.

Shooh! Shooh! Pergi main tempat lain.

Pada ketika inilah kau datang berpisat-pisat kasi sesak ini tempat.

Waktu tiba: Tengah hari

Waktu keluar: 4.30 petang

Tempat: Pusat Servis Pelanggan(macam sial bunyi (double entendre, tak faham baguslah)) Maxis.

Motif: Tebus semula kad sim yang hilang sekali dengan telefon yang dibawa lari orang dua minggu lepas.

Aktiviti sampingan:
01. Tunggu.
02. Tunggu.
03. Makan.
04. Tunggu.
05. Toilet break. Lada hijau dari wan tan mee kicked in.
06. Tinjau-tinjau.
07. Masuk barisan, sweet(potong barisan, siapa suruh pandang tempat lain, daydreamer!)
08. Ditegur petugas/staf Maxis.
09. Tunggu.
10. Tunggu
11. Isi borang.
12. Tunggu.
13. Tunggu.
14. Tunggu.
15. Berhasrat untuk cabut sebab kepala otak dia aku nak tunggu lama-lama.
16. Tunggu, manalah tau kan.
17. Saat kaki mula melangkah baru teringat kad pengenalan ada pada staf tersebut.
18. Sampai pun kau.
19. Sayu memandang nota merah terakhir keluar perlahan dari dompet.
20. I'm back, baby!

Maaf. Aku bukan menyombong tak tentu pasal. Telefon aku kena kirap dengan malaun mana entah. Rezeki dia, dari anak mati lapar susu; bapa tunggal kematian isteri sedang bersalin barangkali, aku halalkan.

Nombor lama.

Aku tak buat sim backup kerana tak tahu macam mana nak buat. Ringan-ringankanlah tangan menghantar mesej salam perkenalan kepada nombor lama.

Effective by tomorrow. Aku lupa beli charger telefon. Benda percuma macam tulah kaedahnya.


Ahad, Ogos 10, 2008

Akan datang di Alien versus Predator.

Ya, dia telah selamat dilahirkan.

Makhluk kacukan Alien dan Predator berjaya mengikut hukum alam. Setiap yang dikandung pasti akan keluar, tak kiralah masih bernyawa ataupun tidak; takkan dibiar ia mereput lantas dinyahtinjakan jika nyawanya tidak lagi dikandung badan.

Mesti keluar.

Aku terima email dari seorang teman. Dia cukup gemar hantar gambar-gambar pelik dekat aku. Terbaru inilah dia, ayam mutan. Ayam kacuk Alien kacuk Predator. Itu kata dialah. Humornya lagi, hibrid Alien-Pred dikatakan terlalu gersang memandangkan Predator yang menjadi hos kepada parasit Alien Pemeluk Muka(facehuggers) membiak dengan cara normal iaitu konsumet.

Katanya lagi, gen Predator menguasai 80% bentuk baru hibrid Alien-Pred. Yang mengikut susur galur adalah muka yang panjang, animositi, dan naluri membunuh Predator yang lain; sama seperti zaman dahulu kala ketika Predator revolt dari menjadi pak guard kepada Alien.

Dendam zaman berzaman. Udah-udahlah tu. Senjata bukan main canggih tapi bebal. Nuke sahaja Alien tu, habis cerita. Bom berasaskan cahaya? Are you kidding me? Nak bagi Alien itu rabun silau? Migraine buat setengah jam?

Sambungnya lagi. Disebabkan secara semulajadi setiap kejadian mesti mahu berpasangan, Alien-Pred yang berdomainkan Predator jadi sangap. Dia mahu sahaja henyak Female Predator untuk menambahkan zuriat, tapi malangnya 20% hibrid tersebut dikuasai Alien. Baru nak main kenyit mata, kepala dah berputus badan.

Pergelutan internal antara Alien dan Predator berkesudahan dengan hibrid tersebut pergi cari hidupan lain untuk diasmara-danakan. Manusia ditolak mentah kerana Predator terhutang budi dengan seorang wanita (jika keliru, rujuk sinopsis di IMDb).

Mungkin penat mencari dan citarasa yang tinggi, di saat hibrid tersebut mahu berpatah arang, muncul seekor ayam out of the blue. Ayam itu ada dekat sebelah. Tergiur barangkali atau mungkin dorongan liar dari suplemen afrodisiak diselimuti kegersangan menjadikan hibrid tersebut tak keruan.

'Ayam pun ayamlah.'

'Goreng pun sodap.'

'Hello. Membiak dulu, makan belakang cerita.'

Petikan dialog yang telah dialih-bahasakan bilamana dua jiwa dalam satu tubuh mula berbicara.

Maka bertelurlah ayam tersebut.

Cukup tempoh bertelurlah ia. Eram punya eram, retak. Keluar, hirup atmosfera baru. Lapar. Cari makan (Ibunya telah cabut lari awal-awal semasa telur mula meretak kerana dia tahu anaknya bakal menduduki carta Top 5 Makhluk Paling Buruk Seluruh Semesta. Pertama Predator, kedua Alien, ketiga hibrid Alien-Pred, keempat hibrid Chic Al-Pred, kelima... Tunggulah hibrid Chic Al-Pred datang seru nak mengawan).

Bermulalah episod baru kekejaman luar dugaan.

Khamis, Ogos 07, 2008

Abang bau macam kakak, maaf tadi termengorat.

Hari-hari aku bau macam perempuan.

'Kau ni...'

'Bukan. Aku bukan seperti yang kau fikirkan.'

Wangian wanita untuk wanita?

Aku ada beberapa teman yang pakai Drakkar dan Lacoste untuk orang yang berbelalai.

'Bau dia sedap. Getis I each time I sembur satu badan.'

'Pulak dah... Bak sini you punya perfume, yang untuk perempuan ye. Kasi I simpan. Nanti dah kosong I pulang balik.'

'Banyak cantik!'

'Alah, I refill pakai minyak atar. Orang tua I bawa balik dulu tak habis-habis lagi.'

'Get the fuck out of here!'

Cantik. Dapat merchandise bottle pun jadilah. Aku bawa sendiri botol cenderahati. Masuk toilet sembur dari botol asal kasi penuh itu botol mini.

Masuk siang tadi, aku dah ada 13 botol mini wangian dari pelbagai jenama dan bauan.

Untuk dua bulan mendatang, risau pula aku nanti jalan terkepit-kepit kelengkang.

Entri seterusnya, Kejantanan Tergugat.

Tipu.

Aku dah penat. Tiga entri sekali rap. Kering jus otak dah ni dok piuh dari tadi nak ingat balik benda-benda yang berlaku sepanjang bulan lepas dan awal bulan ini.




Ada banyak lagi dari tempat bendalah ini datang.

*Itu lampu tidur yang dihiasi dengan kertas beranyam yang aku rembat dari kakak aku.

Seronok sebenarnya menonton slot TV yang berkisar tentang home/room makeover seperti Casa Impian, Extreme Makeover, Verizon's Stealthy dan lain-lain.

Tergerak rasa hati aku mahu merobah segalanya. Bilik aku kecil. Besar sikit dari stor. Sikit je, tak banyak. Luas kaki persegi tak ingat dan malas nak ambil tahu. Bermula dari rasa humiliasi yang menghujan turun dari kata-kata pedas ibu-ibu saudara yang singgah dua minggu sudah.

Cukup terasa aku bila orang dah menyebut, 'aku nampak sepasang ular sawa batik baik punya melingkar atas katil kau tadi.' Itu satu penghinaan. Itu tali pinggang, bodoh. Dan juga himpunan wayar-wayar hitam merah dan kabel coaxial.

Semuanya aku campak atas katil cum almari/gobok.

Tak teratur. Ada benar apa Poktih cakap dulu. Serabut, kacau bilau, bila nak kahwin? Kepala otak dia nak kahwin.

Aku jadi semakin bersemangat untuk membuka lembaran baru setelah dimaki orang tua aku ekoran tindakan membuta-tuli aku kencing dalam botol terbongkar. Ekellehh, kencing dalam botol pun nak bising.

Apa nak jadi, jadilah. Aku dismantle katil saiz permaisuri yang seumur hidup aku tak pernah aku gunakan untuk tujuan tidur. Aku sental, alih, angkut, keromot, humban, ambil balik segala khazanah bumi hijau dan kelabu keperakan.

Dan hasilnya...

Macam sial.

Konsep: Bujang dan Sofistikated serta Teknoseksual.

Kamu bayangkanlah sendiri.















Sudah?

Terbalikkan imej tersebut.

Itulah dia. Yang sebetul-betulnya.


Kudapan Senja : Nelayan

Aku dapat jala tiga ekor, siapa nak beli? Besar-besar, daging dia pun segar bugar. Aku jala kat seberang.

Aku baru belajar bahasa bapa ayam dengan seorang bapa ayam yang kini jual ayam. Ayam betul. Dulu jual ayam lain.

Daripada jala, maksud aku jerat, perangkap, menyalahgunakan kepercayaan diberi.

Tiga ekor tu tiga orang perempuan.

Beli pula siapa nak bela, jaga, langgan, henyak, balun, apa sahaja. Pokoknya mesti mahu hulur. Anak bini siapa nak bagi makan?

Besar-besar; penipu pun ya, betul pun ya. Literal dapatlah apa itu frasa "more cushion for the pushin', oh yeah." Ikut pasaran dan kehendak.

Daging segar-bugar. Belum ada orang usik. Entah kampung mana dia serkup budak tu lepas tu kasi dia persalinan menggoda, mekap ikut bajet dan voila! Ikan baru naik, beb.

Aku jala kat seberang. Auta la lu mat. Kau pun orang tengah, ambil untung atas angin. Mari sini aku nak dengar apa dia cakap. Betul la tu kot. Bunyi macam extra terrestrial je.

Lalu aku tanya, 'Apsal tak panggil guna analogi ayam je terus?'

'Kau nak mampus? Orang sekarang telinga sensitif, pantang dengar ayam, baik, lobang, celah, hah! Kau pun dah terkesima semacam. Itu belum lagi aku guna bidalan yang lain.'

'Sama je kot. Ikan pun banyak orang pakai apa?'

'Yeke? Tak tau pulak aku, maklumlah, zaman aku dah habis.'

'OK lah, aku nak balik. Aku pun nak pimp.'

'Hoi! Kau jangan macam-macam.'

'Aku nak pimp aku punya biliklah. Campak jauh-jauh katil gedabak tu. Biar kosong lengang bilik tu. Gantung dekorasi baru lampu tidur dan apa-apa jelah, janji tak semak. Lebih ruang untuk menempatkan ikan dalam tiga empat tong macam tu.'

'Barua! Terasa sial aku.'


Selasa, Ogos 05, 2008

Yeehaa! Aku atas api.

Bunyi macam sialkan? Enthusiasm, euphemism, metafora, jangan pandu lurus, nanti langgar tiang.

Kenapa aku tak perlu pergi panggung wayang

What for?

Katakan aku berhajat mahu tonton Panglima Gelap. Ia hanya mengambil masa satu malam tanpa mengeluar sebarang belanja untuk menyaksikan filem tersebut. Fuck kelas pertama, luxury seat pelbagai. Kamu tengok duduk, sakit belakang. Aku tengok berbaringan tanpa sebarang gangguan bunyi nada dering, sok-sek jiran sebelah, suluhan lampu picit budak panggung dan yang berkaitan.

Mana tadi? Oh ya, satu malam sahaja. Kualiti gambar vary with time. Kalau nak tengok yang panas dari ketuhar gelombang mikro sehari selepas premier, susahlah. Bersabar dan tunggu. Benda baik datangnya bukan secara bergolek. Ia merangkak. Perlahan. Selangkah demi selangkah dan BAM! Tengoklah sampai muntah.

Jangan cerita tentang perbelanjaan untuk ke panggung. Tak ada duit buat cara orang tak ada duit.
Tahu macam mana orang tak berduit tengok wayang? Dengan tak pergi ke panggung, that's how. Jika kehendak melebihi keperluan, dan masih lagi tak mampu, pandanglah lihatlah tiru macam aku.

Tak pernah sekalipun aku pergi tengok wayang dalam masa 3 tahun yang lepas. Wait, ada. Sekali. Bulan lepas. Orang belanja. Tak masuk buku. Dan telah aku basuh dia supaya tidak lagi membusungkan perut kapitalis yang sedia membusung sebab sibuk sangat kira duit sampai lupa nak bersenam.

'You have to stop feeding those greedy people. The more you feed em', the faster they're gonna die.'

'Really? How so?'

'Eh. Banyak tanya pula. Diam. The movie is about to start.'

Betul apa. Manusia paling suka duit, sama juga jika dibandingkan dengan semut yang suka kepada gula. Ada peribahasa dia, aku tak ingat. Mati semut kerana gula, mati manusia...entah. Kalau dah terlebih mesti ada benda buruk bakal terjadi.

Dulu aku selalu terlebih rezeki. Do you know what kind of person I ended up to be? Being a pothead. Dan tiada yang elok berlaku sepanjang aku pakai tanda nama "Dr Chronic". Except for the rush of getting the ass from busted and the high and the extra cash and the ladies; since when your head caught high on weed, all the words came out from your mouth are like Shakespeare's, if you know what I'm sayin'. Blablabla.

Itulah yang aku nak pesan. Itulah dia keseluruhan idea entri ini dan kesinambungan kepada beberapa entri yang lepas yang aku sendiri tak tahu mana satu atau dua, mungkin lebih. Dah tersedia cuma perlu mencari, belajar sikit-sikit dan sit back and enjoy every little thing that you've worked for.




Isnin, Ogos 04, 2008

Eh, tolonglah! (buat slang Ja'afar Onn dalam Kecil-Kecil Cili Padi)

Siapa tak suka gelak? Jari kelingking aku dijadikan pertaruhan jika kamu berjaya melepasi ujian Faktor Ketakutan bertemakan Jangan Ketawa ini.

Klik sini untuk memulakan ujian.

OK. Aku tarik balik. Siapa tak sayang jari oi. Sebab utama, kamu mungkin tak dapat rasa aliran deras kelucuan kerana kamu mungkin dibelenggu amarah, menyirap, meluat, rasa nak bubuh kawan sebelah meja cukup-cukup dan sebagainya.

Atau the game is on dengan syarat-syarat berikut:

1. Kalau dilanda emosi, pergi main jauh-jauh.
2. Kalau sedang gembira pun belum tentu boleh sahut cabaran.
3. Jika kamu gembira sebab dicetus oleh benda yang datang secara tiba-tiba, don't even think about it. Rosak suasana.
4. Kalau kamu gembira sebab dicetus oleh bahan-bahan yang mengkhayalakn, memang dialu-alukanlah.
5. Suka hati kamulah.

Are you that pathetic to follow rules? Kerana pautan di atas adalah berkenaan orang yang tak ambil pusing apa orang cakap, peraturan yang digariskan dan meletakkan keyakinan mengatasi kemampuan.

Kudos Tina, you wonderful babe. Pfft!


Ahad, Ogos 03, 2008

Kudapan Senja : Kau

Ya. Kau atau lebih sopan, kamu.

Terima kasih.

Nothing special, salahkah aku berterima kasih?

Jumaat, Ogos 01, 2008

Snek Awal Pagi : Sampai Datangnya Apokalips Pun Belum Tentu Ada Orang Mahu Pasarkan

Terlebih dahulu, aku sangat suka durian. Lebih-lebih lagi durian yang gugur ikut nature; ranum isinya, enak baunya.

Sampai sekarang aku tak faham kenapa masih ada orang yang tak suka makan durian. Bau tolak tepilah, rasa dia tu mak datuk lazatnya. Takut demam, Panadol dekat mana-mana ada jual apa. Takut nafas berbau, kentut bau haram, kencing bau tungkik. Well, itu semua complementary, datang dengan pakej meratah hingga terjilat licin setiap ulas.

Aku tak banyak masa.

Aku beli durian dua biji. Sempat kupas, makan tak sempat. Pek dalam plastik sumbat dalam freezer. Mungkin, mungkin ada kelapangan aku pegi balun sampai habis.

Malam semalam aku lapang.

Dah dua minggu kena peram. Mesti lagi kaw-kaw dia punya pergi, kata rempit, berdesut. Tanpa mukadimah, aku makan seulas. Ada rasa pelik. Lantaklah. Dah lama tak bedal. Habis satu pek bersamaan sebiji durian. Bersandar, sendawa lepas tu hidu bau sendawa. Serius bau gampang. Tak mengapa, durian itu makanan bergas. Pernah tengok tupperware isi tempoyak meletup laksana gunung berapi Krakatoa? Macam itulah visualnya.

Aku tahu apa rasa sampingan yang datang bersama rasa asli sang durian. Aku cuma tak mahu terima kenyataan.

Kerana kenyataan itu sangat pahit, meloyakan jika mengikut situasi.

Kerana akulah pengamal Dasar Pandang ke Timur yang berpaksikan Negara Matahari Terbit secara tak sengaja.

Habis dua pek.

Bersandar.

Pasang rokok.

Muntah.

'Barua! Rasa ikan sial durian tadi.' Bisik aku sendirian.

Aku nak rangka pelan perniagaan dan kertas kerja tersebut akan aku submit pada MARDI. Akan aku pasarkan produk ini ke Jepun. Durian Ikan. Jangan ciplak idea aku, saman nanti taulah.