
Kerja teknikal yang melibatkan sambungan wayar, penggunaan transistor, entah, juga memerlukan daya kekreatifan yang tinggi.
Di atas adalah koleksi pembesar suara. Pagi beberapa hari yang lepas aku korek-korek stor dan aku jumpa satu radio lama cap Pioneer. Memang buruk habis punya, masih lagi berfungsi tapi tak pakai. Aku ambil bawa ke bilik.
Aku tenung sayu pembesar suara siap berpower amp skala rendah cap Altec Lansing yang diwarisi dari seorang rakan yang telah pun arwah. Kesian, muda-muda lagi dah pergi. Macam cerita Panglima Gelap tu. Cuma kawan aku ni tak ada menang apa-apa anugerah gemerlapan seperti Oscar, cuma anugerah Dekan saja untuk setiap semester.
Sayu pula nak teruskan. Pfft.
Aku tak ada apa-apa pengetahuan tentang cara litar berfungsi. Yang aku tahu, lintar pintas. Sebab aku sangat cemerlang dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Dan dari cemerlang maksud aku, kerja-kerja kayu sajalah. Sebab tak ada benda yang perlu aku ingat selain mengetuk dan terus mengetuk sampailah loceng tamat kelas berbunyi.
Aku cabar diri sendiri, pelajari sesuatu yang baru. Aku buka pembesar kuasa kanan kerana dalamnya ada litar.
Hoh!
Menyesal tak sudah aku pergi buka bendalah tu. Satu benda pun haram aku tak tahu. Jadi aku berfikir. Konsep fundamental pengaliran arus. Pun aku tak tahu macam mana nak aplikasikan. Aku ambil konsep networking. Vampire Tap. Aku pun tak ingat apa benda tu tapi aku rasa epifani yang datang adalah berkenaan dengan tapping the wire.
Aku ambil pembesar suara buruk cap Pioneer yang dah bersawang. Aku potong salut getah tervulkan(ye ke?) yang menyalut wayar tembaga(sekali lagi, ye ke?) yang bersambung dengan mekanisme bermagnet yang mendefinisikan gelombang bunyi atau getaran udara.
Rasa macam cerdik nak mampus pula.

Godek punya godek, sambung punya sambung, pateri punya pateri, lengkaplah sistem audio pukul keliling yang menyamai sistem audio yang dekat kedai elektronik tu. Yang harga dia beribu-ribu tu. Aku punya percuma. So, suck it up loser!
Dah, aku nak air guitar lagu Acid Rain lepas tu nak air drum lagu Recorded Inside a Pyramid lepas tu sambung tidur.