Selasa, Julai 08, 2008

Snek Awal Pagi : Tubuh Pucatmu Itu Punya Tarikan Nekropolis Yang Tersendiri


Suka aku tengok seorang rakan yang dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas.

Padan muka dia.

Dan padan muka kamu yang pernah, hampir dan bakal terima perkara yang sama. Dah banyak kali aku pesan bila makan itu senonoh sikit, sikit pun tak dihapikkannya.

Sekarang, aku pula yang kau nak susahkan. Dah elok-elok aku tengah curi tulang, 5 minit selepas itu aku berkejar-kejaran langgar lampu isyarat langgar peraturan pelbagai yang dibuat untuk mengelakkan kecelakaan berlaku. Celaka tak ada bau, begitu juga malang. Kalau malang ada bau...

Sial, aku lupa punchline Afdlin dalam filem Buli. Kalau malang ada bau dah lama...buat minyak masak...minyak wangi...tak ingat. Pergi tengok sendiri cerita tu.

Baru hari tu aku cerita pasal adab semasa makan. Tak adalah aku bentangkan kod Bushido atau apa-apa kod lain yang digunakan semasa makan. Sekadar yang aku tahu, yang ada kena mengena dengan stereotaip.

Ingat. Makan jangan macam tak pernah jumpa makanan. Jangan selalu berulamkan air ketika makan, apa lagi pesan orang-orang tua. Pesan mereka itu bukannya dibuat sesuka hati. Percayalah bahawa hipotesis dari eksperimen makan garam selama berpuluh-puluh tahun lebih jitu dari eksperimen makmal.

Dan oh, entri ini sepatutnya aku pos semalam. Aku malas, so beat it!