Selasa, Julai 08, 2008

Snek Awal Pagi : Polisi Tanpa Dadah, Berapa Lama Boleh Bertahan

Kepala aku sakit. Aku ada migrain. Aku cari perubatan alternatif. Perubatan yang tiada sangkut paut dengan dadah. Dan oh, aku ada rabun silau.

Aku Google.

Pil. Dadah yang legal. Masih lagi dadah tapi dibenarkan pengambilannya. Masih lagi dadah dan you're OUT!

Aku tak tahu main kibar-kibar selimut boleh mengubati sakit kepala. Mungkin selimut tak banyak membantu, menjelaskan kehadiran bola tenis di atas selimut tersebut. Terapi visual barangkali. Main kibar selimut tak berkesan jika dimainkan dalam gelap. Aku migrain sebab rabun silau. OUT!

Maui Cattle Company Garlic Steak. Aku tak jumpa gambar daging lempap, asam pedas daging ketetel, sate daging hatta gambar haiwan tenusu yang lain. Yang aku jumpa itu dibawah kata carian "migraine medication". Gambar tersebut di-crawl oleh spider kerana ianya di bawah tag Topamax, sejenis dadah klinikal untuk mengelakkan serangan migraine. Barua! Promosi rupanya.

Nampak gayanya metod aku juga yang boleh dipercayai yakni lari sampai penat, mandi dan baring. 5 minit kemudian tidur dan enam mungkin lapan jam kemudian, bangkit dengan kuntuman senyuman serta halitosis.

Dah. Aku nak bancuh kopi dan mungkin mencari benda untuk isi lapar seharian semenjak sehari yang lepas.