Rabu, Julai 02, 2008
Dari dibiar musnah dimamah rodensia, ada baiknya aku konfisket.
Konfisket kerana aku tak bersalah. Sebelum hujah berkenaan pengambilan barang tanpa izin pemilik secara legit, ingin aku melalut tentang beberapa perkara yang mungkin ada, mungkin tiada kaitan dengan idea entri ini.
Kenapa aku benci pakai komputer riba sedangkan saban hari itulah yang aku hadap
Kamu tahu tentang jarak ideal mata dengan teks semasa membaca buku? Tahu? Baguslah kerana aku tak tahu. Atau lebih tepat lagi aku keliru. Banyak sangat jarak ideal, 30cm lah, sepembaris panjanglah, 2 kakilah. Tak pernahnya ada nilai yang konsisten.
Aku terpaksa membaca dalam jarak yang dekat memandangkan aku rabun dan kanta yang sudah berkhidmat hampir 2 tahun ini semakin hari semakin tidak dapat menampung permintaan tinggi dari habit aku menghadap skrin komputer/helaian teks 12 jam sehari, lebih kurang.
Ekoran dari itu, aku perlu membuat cermin mata baru dengan bajet yang kecil kerana belanja untuk kanta sahaja sudah boleh buat belanja dapur 2 bulan untuk seisi rumah satu pasukan bola lisut. Eksagerasi. Senang cerita, aku ralat nak tukar cermin mata sekerap menyalin baju.
Apa boleh buat, sudah nasib badan. Dari dulu tak pernah nak sayang mata. Umur 14 tahun sanggup bersengkang mata sampai 2-3 pagi setiap hari dengan hanya bertemankan cahaya dari monitor itu sendiri semata-mata untuk mempelajari ilmu kamasutra. Dan tanpa seberang kesal ingin dinyatakan di sini; BERBALOI.
Selepas aku Google cara-cara menjaga atau kemungkinan kecil memulihkan penglihatan, aku dapat rasakan jika cermin mata baru itu nanti akan menjadi cermin mata eterniti.
Cara pemakanan, cara membaca, cara menghadap skrin; berbeza cara mengikut resolusi dan definisi, dipendekkan, lengkaplah serba serbi.
Aku fikir. Besar pelaburan nampak gayanya. I have to start with something that wont cost me even a penny.
Membawa kepada fokus entri ini. Konfisket.
Aku rembat papan kunci USB dari sekian-sekian tempat. Kini aku menaip dengan jarak yang ideal sambil menghirup jus lobak merah yang dikisar halus dan diperah mengikut tekanan yang sesuai.
Lobak merah aku tak rembatlah. Jadi darah daging, bebal tak sudah nanti.