Ahad, Julai 20, 2008

Kudapan Senja : Edisi Terlebih Lewat Kerana Aku Punya Sukalah

Sedang tinjauan ke tapak memasak ala kawah dibuat, secara tidak langsung alunan folk Diner oleh Martin Sexton memecah simfoni cengkerik, agas dan katak puru.

Pekuliar. Perut aku laksana sebuah apparatus stereofonik; bunyi pukul keliling, merdu tak beringat.

Di atas sana adalah kedamaian taman desa.

Datang rajin aku nak kemas luar rumah sedang bilik tidur aku sendiri ibarat dipukul ribut hendaknya. Memandangkan majlis perkahwinan kakak aku bakal berlansung Sabtu ini, adalah penting bagi aku untuk fokus kepada benda-benda superfisial dulu. Bilik aku belakang cerita. Tutup pintu sudah, jangan dibuka khuatir nanti calon bakal mertua berperspektif negatif pula.

Tapi ambil pusing pula aku. Konon 'bakal mertua' itu sendiri positif buah tangan bapa saudara aku yang masih tak mengerti bahawa muka baru bangun tidur menyerupai muka orang yang baru lepas mati bini.

Dan oh, aku tak jadi pindah bawah jambatan. Semua dah penuh kena cop. Banyak sungguh penagih, pengemis dan golongon nasib tak terbela hidup merempat tanpa ada tangan yang sudi membantu. Dari buat bangunan berjuta-juta tapi tak ada orang nak masuk meniaga, ada baiknya duit tersebut campak dekat aku sedepuk dan bakinya buatlah apa-apa aktiviti kebajikan bagi membendung benda yang patut dibendung dari jadi tak terbendung.

Tiga ekor cencaru yang aku perap khas dengan ramuan turun temurun...sebenarnya tak perap pun, tampak dramatik bukan? Ikan tersebut bukan untuk disaji kepada seisi keluarga tapi untuk aku seorang. Benda lain nak makan, makanlah. Ikan aku jangan usik, tempeleng karang taulah.

Dua ekor telah selamat. Seekor sedang meneman aku menaip. Separuh sudah licin, separuh lagi dalam 10 ke 20 minit macam tu tinggal tulang, kulit dengan kepalalah hendaknya.