Jumaat, Julai 18, 2008

Snek Awal Pagi : Berus Ekstrinsik

Ibarat dipaku doktrin; setiap hari kehidupan jadi senada.

Pesan Arjuna Pengayun kepada beberapa rakan, 'Kau tengok salesgirls tu. Apa yang mereka seronokkan?'

Jawab Waris Teruji, 'Gelak dan memperkecilkan kehidupan.'

Arjuna Pengayun menafikan, 'Salah. Baca lagi komik banyak-banyak. dah macam kartun dah kau ni aku tengok.'

Angguk Pemberi Perskripsi, 'Ada betul. Jadi apa yang mereka gelakkan?'

Arjuna Pengayun berkata, 'Mocking one of em boobies. Lain-lain semua mekar bak ros merah di taman; satu layu, kecut, kering lalu tersembam ke tanah sebelum dimamah Sang Pengurai.'

Medioker Medik pelik, 'Perincikan huraian. Kepalailah kami dengan cahaya gasolinmu itu.'

Arjuna Pengayun, 'Berbeda dengan resam asal, bunga yang dihinggap kumbang lekaslah layunya. Segala khasiat disedut, disenyawakan dengan mekanisma serupa membentuk jisim yang lebih elok rupanya, kukuh komposisinya, lebih kebal daya tahannya menentang Perosak Gigantik mahupun Jahanam Mikro.'

Pemberi Penskripsi mencelah, 'Apa kau merepek ni sial?'

Arjuna Pengayun betah, 'Sabar. Berlandaskan dokumentasi, bunga yang tidak dirobek salurnya patut boleh membesar berkembang mekar. Lain pula jadinya bila kita alihkan subjek dengan pendekatan yang serupa. Yang dirobek ditarah, dihenyak itulah yang mekar cantik molek terletak di pembahagian jalan.'

Medioker Medik keliru, 'Membawa makna?'

Arjuna Pengayun, 'Maknanya kau telah dapat privilege untuk belikan aku segelas besar Ais Kisar Campuran Genius Kiwi Dan Epal Hijau. Saja je cakap panjang-panjang tapi takde maksud. Bagi tekak kering. Hah, tunggu apa lagi?'

Waris Teruji, Pemberi Perskripsi dan Medioker Medik simultanius berkata, 'BARUA!'

Taktik Sekolah Lama macam ni pun masih tak faham-faham lagi.